13
Nov

MAKSUD EHSAN…

berdoaAssalamualaikum wbt…

Hari ini saya update blog saya di Ritz Gardern Hotel Ipoh tempat buat kursus ISP peringkat Advance. Jam dah pukul 3 pagi tak sedar pulak masa cepat berlalu. Mula program pengijazahan jam 8 malam dan berakhir 12 malam kemudian saya dan peserta pergi ke Nasi Lemak Ayam Kampung di kawasan dekat dengan hotel ni.

Tengahahri sebelum bertolak ke Ipoh sempat pula singgah rumah Aza di KL Central Suasana Condominium. Berjiran dengan orang-orang kaya macam Tony Fernandez, Dato Douglas Menteri Alam Sekitar Sarawak Ras Adiba…banyak lah. Kira boleh serap energi orang-orang kaya ni.

Kuasa Allah memang hebat. Banyak energi di alam semester ni kalau tak tahu nak diserap atau aplikasikan memang rugi. Sebab itu ilmu metafizik sekarang ni dah top. Dan ramai yang mulai mendapat kesan serta hasil dari aplikasi ilmu energi dan metafizik.

Jika dalam Tendai, kami akan kongsikan bagaimana penggunaan energi dalaman disertai dengan niat. Tetapi ramai yang tak tahu sumber energi itu dari mana.

Cuba anda bayangkan , apa sumber energy yang tak ada penghabisan….jika bateri sumber energinya akan habis. Jika janakuasa hidro sumber aliran air akan habis bila sungai surut kering kontang. Kalau tenaga suria, malam dah tak ada tenaga suria. Jadi jawapannya ialah sumber kuasa dari Allah.

Sebab itu bila ada ilmu, guna niat dengan mohon pada Allah untuk capai sesuatu hajat dan ia akan mendapatkannya dengan cara pantas serta diluar sangkaan. Semuanya dimulai “Ya Allah Ya Tuhanku…”

Semua orang tahu Allah itu Maha berkuasa. Tetapi ramai juga yang masih melakukan maksiat dan melakukan kekufuran. Padahal tahu Allah itu Maha Mengetahui.

Menggunakan energi Allah untuk capai hajat itu boleh dikaitkan dengan maksud Ehsan. Ehsan maknanya seolah-olah kita melihat yang Allah sentiasa melihat kita dan jadikan pekerjaan kita sebagai pengabdian pada Allah.

Jika sudah ehsan dan dapat rasakan seperti yang diatas, maka tidak ada lagi perbuatan maksiat atau perlakuan jahat kerana takut pada Allah.

Dan bila digabungkan dengan ilmu Ehsan dan Saluran maka niat yang disampaikan akan menjadi lebih hebat. Kerana kita ini secara jasadnya adalah kosong tidak berkuasa. Menggunakan kuasa Allah bermakna diri yang kosong ini akan menerima sahaja apa yang Allah beri.

Sebagai contoh, semasa kita mengubat orang itu sembuh maka kita terima dan jika tak sembuh juga kita terima. Biar Allah yang menentukan pa yang terbaik untuk setiap orang. Bila dah tahu hal ini, kekuatan spiritual akan terpancar dan energi diri menjadi super power.

Jadi kerja kita tak stress, maksudnya kalau buat kerja itu tak perlu nak fikir berapa banyak dan berapa cepat dapat hasil. Biar Rezeki itu diluar jangkaan. Insya Allah esok akan buat lagi kelas sebelum pulang ke KL. Esok lebih santai dan praktis sedikit….bersambung esok memandangkan sudah jam 4 pagi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*