04
Nov

KURSUS ISP HANYA PERINGKAT ADVANCE PADA 28 HB NOV

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam isteri saya selamat melahirkan anak . Pagi ini nak update blog pun di saat saya mencuri masa sebentar. Sekejap lagi nak cari tembikar pasu untuk buat tanam uri anak.

Kebiasaannya saya akan tanam di kawasan masjid. Proses pembersihan dah dilakukan semalam. Waktu di Hospital Wad bersalin semalam, saya difahamkan untuk petang semalam sahaja semua bilik penuh baik yang first class, second class dan third class.

Memang benar, lahir di Hospital Kerajaan sahaja memang jimat. Sepanjang isteri buat checkup bulanan di klinik secara percuma berbanding di swasta setiap kali buat checkup kena bayar RM seratus lebih.

Jika ada peluang untuk save bujet lagi bagus. Duit yang ada boleh buat beli emas untuk anak biar bila dah besar besok boleh jadikan sebagai aset untuk belanja belajar universiti. Bayangkan kalau setahun kenaikan emas 30% bermakna 20 tahun dari sekarang dah jadi berapa…

Hari ini saya cuma nak beritahu bahawa kelas pada hari Ahad seperti kebiasaannya tidak dibuat lagi tetapi hanya beri fokus pada peringkat Advance ISP pada 28 hb November. Tempat akan dibuat di kompleks kejiranan Presint 16.

Mengapa peringkat asas tidak dibuat lagi? Sebenarnya Asas ISP adalah ilmu umum yang ramai peserta sudah menyertai di program-program luar seperti mind power , motivasi dan subconcious program.

Peserta lebih suka peringkat Advance dimana mereka akan diijazahkan dengan energi baru dan aplikasi menggunakan tenaga dalam mereka dalam bidang perawatan atau untuk perlindungan diri dan keluarga mereka.

Banyak ilmu menarik dikongsikan dalam peringkat Advance ISP. Dan secara jujur semua peserta yang sudah hadir peringkat Advance ilmu yang diturunkan adalah ilmu baru dan tak pernah mereka belajar walaupun mereka sudah belajar ke peringkat Master di aliran guru lain.

Jadi, pihak kami juga tidak mahu membuang masa berharga dan duit anda yang ingin belajar ilmu metafizik dan jaminan kami, anda akan rasai ilmu yang diturunkan nilainya sangat tinggi berbanding nilai yuran yang anda bayar.

Di luar proses pengijazahan anda boleh dapat sehingga mencecah beribu ringgit tetapi di ISP Advance hanya RM450. Selepas belajar, anda sudah boleh merawat orang melalui kaedah yang dikongsikan dalam bengkel.

Bagi yang duduk jauh seperti Sabah, Sarawak, Kedah…jika benar-benar anda nak belajar anda pastinya sanggup untuk hadir. Bagaimana ilmu yang diperolehi dari Indonesia, USA semua itu tidak ada di Malaysia, kami sanggup pergi ke sana untuk menuntut.

Bagi pengijazahan Tendai pula melalui kaedah jarak jauh seperti biasa anda hanya perlu menerima panduan diklat dan media pengijazahan dan boleh berlatih di rumah disertai pemantauan dari saya setiap minggu.

Soalan yang biasa ditanya, apa beza ISP dan Tendai ? Tendai adalah ilmu penghayatan dan pengijazahan Energi Daya Sejati Insani manakala ISP adalah Kurus untuk menggunakan Energi DSI ini .

Memudahkan untuk faham, ISP ini anak syarikat Tendai. Perjuangan Pengasas Tendai diteruskan melalui ISP…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

habsi

November 4, 2010 at 2:40 am

bagi puSAKA kat anak emas seorang 1 kilo. bukan bagi saka

reza

November 4, 2010 at 3:56 am

saya dulu pun keliru juga antara tendai dan isp.

abg khalil

November 4, 2010 at 5:36 am

tahniah kelahiran org baru

shah

November 4, 2010 at 1:46 pm

klu mcm tu tendai ni HQ la ye?hmmm..

Kak Ma

November 4, 2010 at 3:53 pm

Tahniah!! bertambah lagi rezeki, ehh.. sama dgn birthdate Pak cik Man lah