07
Nov

KURSUS ISP ADVANCE DI IPOH PADA 13HB DAN 14HB NOVEMBER

ISP ADVANCEAlhamdulillah. Baru ada ruang untuk mengupdate blog. Setiap hari banyak aktiviti dan peluang mendatang. Peluang untuk memperbaiki diri sendiri.

Sejak seminggu lepas, banyak kes misteri yang berlaku kepada kenalan-kenalan. Banyak kes SAKA dan gangguan makhluk halus terhadap diri mereka dan keluarga mereka. Ada setengahnya bukan disebabkan SAKA atau gangguan halus tetapi lebih kepada masalah emosi.

Ada juga kes yang sudah 8 tahun di “ganggu ” dan sudah sebati dengan diri. Kadang-kadang nak solat berjemaah pun tak boleh dan nak belajar mengaji pun tak boleh.

Memandangkan Kursus ISP pada hari Ahad digabungkan pada hujung bulan di Putrajaya, maka saya dan Team saya akan membuat Kursus di luar Kuala Lumpur mulai minggu hadapan.

Negeri yang akan dimulai dengan Program Kursus ISP Advance ini akan dimulai di Ipoh Perak. Mengapa disana dahulu ? Atas sebab nak bantu sepasang suami isteri yang mengalami masalah gangguan melalui pengijazahan Tendai dan merawat mereka.

Kes mereka sehingga tak boleh nak bangun. Sebenarnya mereka datang berjumpa saya di Putrajaya hari ini tetapi Allah tidak mengizinkan. Mungkin sudah ditakdirkan untuk saya mulai Program Penjelajahan Ke Seluruh Negeri untuk sebarkan ilmu Tenaga Dalam Illahi melalui Kursus ISP Advance.

Saya akan laksanakan Pengijazahan dan Kursus Perawatan menggunakan Energi Hayat dan Penghayatan Spiritual. Cara Kursus dilaksanakan secara santai dan lebih secara dekat.

Apa yang peserta boleh perolehi setelah hadiri Kursus ISP Advance ialah mereka mampu merawat diri dan keluarga melalui kaedah Transfer Energi. Jika ditempat lain belum tentu mendapat kelebihan ini.

Dalam keadaan sekarang ini, walaupun di era moden, ada kecanggihan IT serta teknologi pembangunan Ekonomi, sebenarnya terlalu ramai orang yang mengalami masalah misteri. Walaupun dalam keluarga kita tak ada kes berlaku tetapi diluar sana orang yang menanggung terlalu ramai.

Bila dah ada ilmu, insya Allah masalah gangguan atau serangan misteri ini boleh di atasi dengan mudah. Bayangkan bila anda mempunyai ilmu, anda dapat menolong orang yang mempunyai masalah-masalah tersebut.

Apa punca orang boleh kena serang….paling penting sekali diri mereka sendiri mempunyai jiwa yang lemah. Sebagai contoh kekuatan rohani tidak ada. Solat tak dijaga, ilmu tauhid cetek, itu yang buat unsur-unsur negatif mudah serang. Tambahan jika waktu itu emosi sedang terganggu.

Minat terhadap menyimpan barang-barang lama juga mempunyai unsur negatif yang menumpang. Sebagai contoh jika dalam rumah ada menyimpan barang-barang antik seperti keris lama, dan bila dalam rumah tersebut ada yang lemah maka mudah mendapat gangguan.

Selain itu juga faktor negara kita sekarang dah ramai yang datang dari negara jiran dan mereka datang ke negara kita bukan datang bersendirian. Kalau di imegresen mendaftar mereka seorang sahaja yang mendaftar tetapi di belakangnya mungkin ada 10 atau 20 yang tak daftar sekali.

Makin lama makin ramai orang yang menghadapi masalah misteri dan emosional ini. Insya Allah, bila ada ilmu, kita diberi peluang dan keizinan Allah untuk membaik pulih permasalahan  yang jenis non medis ini.

Jika anda berminat untuk hadiri Kursus ISP Advance ini (Di Ipoh Perak ), sila SMS Nama Anda ke 012-3969746 atau 014-888 7979. Yuran Kursus untuk pengijazahan dan Kursus Aplikasi Rawatan ialah RM450. Akan datang ia akan kembali ke Yuran Asal RM798.

TEMPAT : RITZ GARDEN HOTEL, IPOH , No.86 & 88, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Insya Allah, saya akan update lagi di blog saya tentang program di tempat lain dan lokasi Kursus ISP ini.  Wassalam.

Lebih lanjut lawat link ini…

Tinggalkan Komen Anda

*

Master Hadzrin

November 8, 2010 at 5:05 am

Bagi yang ingin menyertai bengkel ISP di Ipoh ini , sila buat pembayaran RM200 dahulu. SMS Nama Dan waktu pembayaran ke 012-3969746 CIMB 16010010915528 (atas nama HADZRIN SHAHARI) atau Maybank 161097053193 (atas nama MUHAMMAD KEEGAN)