30
Nov

KHAIRAT KEMATIAN

Assalamualaikum,

Lepas update blog ini saya perlu ke Bank untuk cagarkan 300 gram emas jongkong seorang sahabat.

Insya Allah dipermudahkan dan apabila sudah dicagar emasnya, jika harga emas naik RM20 untuk 1 gram, sahabat ini akan mendapat RM6,000 sebelum tolak upah simpan bila dia tukar surat pajak.

Lama sungguh saya tak update blog ni bukan kerana tak ada cerita yang nak dikongsikan tapi masalah line internet yang tak lancar. Banyak kali semasa menaip blog ini bila tiba masa nak upload karangan terus internet jadi offline. Karangan yang ada sampai 1000 patah perkataan hilang begitu sahaja.

Ini semua sudah takdir. Setiap perkara yang kita jangkakan yang terbaik tetapi menjadi sebaliknya. Jadi, hari ini saya ingin kongsikan pasal khairat kematian sebab kita tak boleh jangka berapa lama lagi kita masih hidup. Semua orang yang meninggal dunia tak pernah terfikir pun bagaimana cara kematiannya.

Hari ini bukan saya nak kongsikan pasal Insurans tetapi satu program tabung khairat kematian yang kita boleh sertai di mana-mana surau atau masjid. Seelok-eloknya kita sertai khairat kematian di masjid atau surau yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Nak sertai sebanyak boleh pun digalakkan.

Mengapa program khairat kematian penting….?? Pernahkah kita setiap kali ada kematian kita sama-sama membantu iaitu membantau membelikan kain kafan si mati, memandikan si mati, menggali lubang kubur si mati, menanam kubur si mati, membeli dan meletakkan batu nisan si mati….

Jadi, jika kita menyertai program khairat kematian, semua proses pengkebumian seolah-olah kita yang sama-sama laksanakan ibarat kita juga yang menggali kubur si mati, kita memandikan senang cerita kita secara tak langsung membantu segala proses pengkebumian tersebut.

Seperti kita sama-sama memegang cangkul menggali lubang kubur. Pahala pekerjaan itu besar Allah beri. Walhal kita tidak berada semasa pengkebumian tersebut. Itulah kelebihan jika kita mempunyai tabung khairt kematian. Sebelum kita meninggal dunia, kita sudah siap sedia amalan kebajikan yang mengalir setiap kali ada orang meninggal dunia.

Inilah yang dipesan oleh Nabi Muhammad SAW melalui riwayat hadith dari Abu Hurairah. Selain dari itu, hutang si mati juga boleh dibayar menggunakan tabung khairat kematian. Roh si Mati akan tergantung jika masih mempunyai hutang.

Jika seseorang itu mencarum tabung khairat kematiannya secara premiumnya panjang tempoh contohnya sehingga tahun 2050 walhal umurnya tak panjang sehingga tahun 2012 sahaja, maka carumannya yang lagi sehingga 2050 itu sudah menjadi amal jariah atau sedekah.

Bayangkan sedekah yang dibuat itu mengalir lagi kepadanya walaupun dia sudah meninggal dunia. Insya Allah rohnya aman dan bahagia.

Cuba bayangkan jika kita tidak menyertai khairat kematian, apabila esok kita mati kelak, kos upah memandikan kita secara automatik telah berhutang jika waris kita tak bayar upah mandi, kos tukang gali kubur dan jentolak juga kita sudah berhutang, kos kain kafan, kos batu nisan , kos itu kos ini….

Jika Si Mati yang tidak ada hutang tetapi apabila kematiannya dia tak menyediakan tabung khas untuk pengkebumiannya secara tak langsung si mati sudah berhutang. Alangkah betapa sedihnya.

Benar, selama ini kita tak pernah didedahkan dengan hal ini kerana sibuk tak pernah bersama hadiri program di surau atau masjid. Mungkin kita leka dan tidak mendapat ilmu ini.

Insya Allah, kita sama-sama perbaiki diri kita agar di hari akan datang kelak kita melalui proses yang bahagia untuk berjumpa dengan Yang Maha Pencipta. Amin Ya Rabbal Alamin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

azli

December 1, 2010 at 1:01 am

perkara penting tetapi ramai org menganggap remeh termasuk sy jugak tuan master…tq atas peringatan ini…

Roslan Abd Raman

May 12, 2014 at 6:37 am

As salam tuan,
Benarkan saya salin (copy) tulisan (sebahagian) ini utk tujuan kempen kesederan tentang kepentingan menyertai khairat kematian.