24
Nov

KAWAN-KAWAN PENTING FAKTOR KEJAYAAN

Bismilahirahmanirahim. Hari ini kemungkinan besar sibuk sampai ke lewat malam sebab malam ni ada program di Shah Alam SACC. Ada forum ilmu bersama trainer-trainer Spiritual. Ada jugak ajak beberapa kawan-kawan yang tengah problem baik besar dan kecil.

Walau besar mana problem baik masalah ekonomi, keluarga semuanya harus merujuk ke dalam sudut hati kita. Sudah berapa lama kita tak membuat perhitungan diri kita terhadap perbuatan yang telah kita lakukan selama ini. Mungkin kita belum jumpa kekuatan spiritual yang selama ini terpendam dan diabaikan.

Sebab itu ada orang pernah berkata apabila kita tengah problem, bermakna waktu itu nak kembali ke pangkal jalan…

Walau susah bagaimanapun kita, insya Allah akan ada seorang hamba Allah yang tampil dalam hidup kita membantu kita untuk bangkit.

Tengok bagaimana penerimaan kita. Kalau kita masih lagi belum mandapat kesedaran, kita akan menolak pertolongan yang mendorong diri kita ke arah kebaikan sebaliknya memilih jalan yang kita rasa diri kita betul.

3 hari lepas saya berjumpa dengan seorang kawan lama yang banyak mengubah hidup saya. Saya mula mengenali dia sudah lebih 10 tahun dahulu. Waktu masih menuntut di ITM lagi. Ketika itu sahabat ini seorang Manager pada usia 24 tahun dengan pendapatannya RM14,000 sebulan.

Bayangkan kalau 10 tahun dulu gaji RM14,000 sebulan tu bukankah manusia? Kalau sekarang ni makcik jual goreng pisang pun boleh dapat RM14,000 bersih sebulan seperti di bangunan Mawar Johor Bahru.

Berbalik pada kisah sahabat saya ni, dulu dia sebagai Manager Insurans yang mempunyai Agencynya sendiri pada usia muda. Yang paling hebatnya pada zaman itu dia memandu kereta Honda Dolphin ( EK ). Kalau dulu memang nampak dasyat kereta tu…kalau sekarang pun masih nampak dasyat lagi sebab pelik masih ada lagi orang pakai kereta lama tu…

Sejak berkenal dengan sahabat saya tu, saya sudah mulai nekad untuk berniaga selepas tamat pengajian. Maksudnya saya tak harap untuk bekerja dengan orang. Ketika itu belajar jurusan perakaunan dan saya tak bercadang untuk menjadi seorang akauntan tetapi cenderung untuk buat bisnes pada usia muda.

Penangan kawan saya tu buatkan saya jadi partime jual insuran semasa belajar. Kira dapat juga pelanggan sewaktu student dan pelanggan saya dikalangan pensyarah ITM. Waktu itu sudah mulai minat untuk belajar dah tak ada. Tak fokus sebagai seorang student tetapi sibuk mencari duit.

Merasa lah juga masa student pakai motor besar dan pakai kereta. Dipendekkan cerita jodoh saya dalam bidang insuran tak berkekalan. Begitu juga dengan sahabat saya ini yang dahulunya selalu memberi motivasi pada saya. Saya masih lagi ingat, setiap kali bila saya dapat pelanggan baru, sahabat saya selaku Manager besar ini akan jumpa beri hadiah dan bagi kata-kata semangat.

Tak lama selepas itu, sahabat saya ini menukar kereta dari Honda ke Mercedes Lampu bulat (zaman dulu orang panggil mata belalang). Memang zaman tu siapa pakai kereta tu orang cakap tauke balak atau menteri besar. Sekarang ni kereta tu RM30,000 pun boleh beli. Bayar cash ok lah asalkan jangan buat loan sebab dah lama kereta tu.

Jodoh saya dalam bidang insuran tak berkekalan dan berhenti setelah 5 tahun kerana di terminate dari syarikat kerana tidak perform. Begitu juga sahabat saya itu , bila dia pakai Mercedes bisnesnya jatuh teruk. Pendapatan cukup-cukup untuk bayar duit kereta dan untuk rolling duit belanja pelanggan atau jumpa ejen dah tak ada.

Dipendekkan cerita, saya dan sahabat buat haluan masing-masing. Lebih 6 tahun kami tak berjumpa lagi. Saya pindah ke Johor Bahru dan sahabat itu masih lagi di Selangor. Secara tak disangka kami bertemu semula di Shah Alam 3 hari lepas. Banyak cerita kami kongsikan.

Saya simpati sebab sahabat itu belum lagi jumpa jalan untuk kembali bersinar seperti dahulu. Saya beritahu pada dia, sepanjang lebih 6 tahun tak jumpa, saya sudah 2 kali jatuh dan naik. Dari uruskan kedai kereta jatuh kemudian naik buat MLM kemudian jatuh kemudian naik semula.

Nasib sahabat saya ni pula sejak dia tak buat bisnes insuransnya lagi, dia masih belum jumpa jalan untuk dia naik. Nasib dia pun beruntung sebab ada beli kebun kelapa sawit dan hasil kelapa sawit sahaja dia hidup untuk dia dan menyara dua orang anak dia. Cukup-cukup untuk buat makan.

Sepatutnya, apabila kita pernah berjaya, untuk kita naik semula selepas itu pasti mudah berbanding orang yang tak pernah berjaya. Seperti Donald Trump yang pernah jatuh berhutang dengan bank USD1.5 billion dapat naik semula.

Dan sebenarnya faktor kejayaan yang kita akan bina banyak juga bergantung pada persekitaran. Saya bersyukur kerana ditemukan jalan dengan persekitaran dan sahabat-sahabat yang banyak memberi munasabah diri, menyertai kursus-kursus pembangunan diri dan akhirnya saya kembali berjaya.

Sahabat saya ni pula  apabila dia sudah tak buat bisnes dan jatuh susah dia memilih untuk berpindah duduk di kawasan kampung tempat orang semua tak kenal langsung sejarah hidup dia. Padahal dia dahulu telah gegarkan industri insurans agency Melayu paling ramai ejen-ejen muda.

Sebab itu untuk dia bangkit semula dari kejatuhan memang susah kerana di kampung dia tinggal itu tak ada orang yang positif sama-sama nak majukan diri. Aura energi kekayaan di kampung kalau bidang dia memang payah melainkan dia nak tarik aura sebagai petani atau pensawah yang berjaya. Di kampungnya ada juga yang kaya dari hasil kebun dan sawah.

Bidang sahabat saya ni dulu bidang Sales dan konsultan. Jadi agak jauh menyimpang prinsip hidupnya untuk membina semula kekayaannya jika memilih bidang pertanian. Saya cadangkan dia fokus pada bidang yang dia suka. Kalau dulu dia boleh buat training setiap minggu pada ejen-ejen dan pelanggan dengan buat ceramah. Sekarang ni dia masih lagi mampu buat lagi apa yang dahulu dia usahakan.

Kat luar sana ramai kawan-kawan yang gembira mendengar berita kejatuhan sahabat saya ni. Sama seperti saya juga dahulu ramai yang nak lihat saya jatuh. Mereka tak sedar , setiap kali bila kita jatuh, kita akan naik semula dengan lebih hebat dari yang sebelum ini.

Apa-apa pun, setiap kejatuhan kita belum terlambat lagi. Semua kejayaan perlu jatuh. Sama seperti nak masuk syurga kena mati dahulu dimasukkan ke dalam tanah. Itu bukan jatuh lagi tetapi di tanam terus. Kejayaan kita yang abadi adalah apa yang kita lakukan semasa akhir hayat kita.

Apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah mulai mencari kawan yang ada niat dan semangat untuk bangun dari kejatuhan dan kukuhkan ekonomi. Kalau tak ada kawan seperti itu jangan bimbang kerana kita akan dapat bila kita dah pasang niat.

Saya masih ingat lagi, sewaktu saya jatuh, ditinggalkan kawan dan saya baru sedar bahawa kawan-kawan berkawan dengan saya hanya ada kepentingan buat MLM dengan diaorang. Bila saya berhenti atau tak buat saya dipinggirkan atau dianggap saya seorang yang gagal. Padahal kejayaan yang saya nikmati setelah berhenti dari buat MLM lama lebih banyak berbanding dahulu.

Sewaktu dah tak ada kawan, saya menulis setiap hari pada satu buku diklat saya. “Aku akan berjumpa dengan kawan-kawan yang positif” Alhamdulillah hari ini semua kawan-kawan saya yang saya jumpa sekarang semuanya positif.

Yang positif maksudnya bukan jenis yang suka bercakap besar, mengecil-kecilkan kebolehan orang lain dan memandang orang lain hina. Sudah agak lama saya tak bercampur dengan kawan-kawan yang suka mencarut.

Inilah dia komuniti spiritual dimana jika ada ruang kami akan bercerita tentang kebesaran Allah. Kadang-kadang hairan mengapa Allah ciptakan kita semula setelah kita mati. Jika Allah tak cipta semula pun sebenarnya boleh.

Bayangkan Allah cipta semula kita untuk hidup bahagia kekal abadi di Syurga. Tak perlu nak melakukan ibadah lagi ketika itu.Untuk apa semua itu?

Inilah kebesaran Allah yang Maha Memberi dan Allah hanya mahukan kita menyembah dia sewaktu hidup didunia yang pendek jangka hayat kita sebenarnya. Pernah tak kita berfikir begitu?

Sebab itu kalau ada kawan yang mempunyai frekuensi spiritual yang sama, kita dapat berdiskusi tentang kebesaran Allah daripada kita buang masa bercerita tentang hal-hal dunia yang melalaikan kita untuk menjadi seorang manusia yang tidak percaya yang suatu hari nanti dia akan ditemukan dengan Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

fazid ahmad

December 4, 2010 at 10:01 am

best artikel,saya suka

man razak

May 30, 2013 at 8:12 pm

kisah yang banyak persamaan dengan kehidupan saya. kerana saya juga seorang agent insurans baru 3 tahun berkecimpung didalam bidang ini.alhamdulilah saya pernah mencapai tahap kemuncak MDRT sebyk 2kali pada usia 20 dan 21 tahun. kini saya di ambang kejatuhan dan dan hilang momentum untk bkerja. sy percaya dgn kata2 abg kejatuhan sekarang akan membuahkn kejayaan yg lebih hebat dr sblm ini.