20
Nov

JEJAK WALI

waliAssalamualaikum Wbt. Pernahkah anda terlihat iklan rokok yang berbunyi :

“Kita akan menghargai paru-paru kita apabila paru-paru kita sudah rosak dan terpaksa dibuang.”

Inilah konteks BERSYUKUR dalam apa jua keadaan. Sama juga disaat kita dalam kesusahan tak ada duit tertekan dengan hutang yang menimbun tetapi dalam masa yang sama kita mempunyai sihat tubuh badan.

Ada juga orang yang duit tiada masalah tetapi masalah dari segi kesihatan. Terpaksa mengambil berpuluh-puluh pil setiap hari untuk kekal sihat.

Disaat kita mengeluh susah keluarga dalam tertekan kerana gaji kecil nak kena bayar macam-macam tetapi dalam masa yang sama kita masih mampu memasak nasi di dapur sambil makan lauk ayam atau ikan sedangkan ada orang yang berlaparan setiap malam dan siang hari makan kerak nasi berlauk garam.

Disaat kita mengadu pada orang lain dan mengeluh bahawa diri ini sungguh malang kerana Bank dah hantar surat lelong rumah kerana sudah berbulan-bulan tunggakan pinjaman tak dibayar sedangkan dalam masa yang sama ada beratus ribu orang yang tiada rumah tidur bawah jambatan bersama anak isteri di kota raya dengan tidur bergilir-gilir takut ditangkap penguat kuasa.

Disaat kita mengeluh tidak dilaku adil kerana suami atau isteri tidak bertanggungjawab sedangkan dalam masa yang sama ada orang yang sanggup membunuh isteri atau melacurkan isteri serta anak kerana tidak bertanggungjawab.

Disaat kita mengeluh ekonomi Negara kita tidak adil, barang naik harga, makanan mahal, minyak naik, pemimpin tak adil tetapi dalam masa yang sama ada orang Negara lain yang mengalami kemusnahan gempa bumi, kemarau dan ketandusan tiada makanan dan minuman bersih sedangkan kita masih boleh berseronok tengok berita di astro sambil makan keropok dan mengeluh.

Sebab itu dalam apa jua perkara yang berlaku kita perlu munasabah diri dahulu.

Disaat kita sedang menjamu selera kita ingat pada orang lain bahawa mereka tidak dapat rasai apa yang kita rasa.

Disaat kita mendapat surat dari bank, kita perlu ingat ada orang yang bukan menyorok dari bank tetapi menyorok dari keganasan Tentera musuh dari dibunuh. Setakat ini bank tidak membunuh pelanggan-pelanggannya.

Hentikan segala keluhan dan aduan pada diri selain mohon petunjuk dari Allah. Disaat kita dalam kesukaran itu sebenarnya Allah menantikan apa tindakan kita.

Sama ada kita mengunakan peluang yang ada untuk meminta pada Nya atau kita menggunakan usaha kita sendiri. Anda akan rasa bersyukur kerana ditempatkan di Negara yang aman dan tidak ada bencana alam.

Seorang ulama pernah memberitahu mengapa kita sentiasa selamat dari masalah-masalah besar seperti bencana alam seperti di Negara-negara jiran yang menyebabkan beratus ribu nyawa terkorban.

Ulama tersebut menyatakan bahawa Negara kita ini mempunyai ramai wali-wali Allah. Jika TV3 pernah membuat rancangan jejak Rasul, kalau di beri cadangan rancangan “Jejak Wali” patut di usulkan.

Para-para Wali ini adalah golongan yang menyebarkan Islam secara berdakwah. Baik secara terbuka atau tertutup melalui kelas-kelas agama. Bermakna para wali ini ciri-cirinya adalah mempunyai murid. Kalau yang tidak mempunyai murid atau pengikut itu belum cukup ciri-ciri seorang wali.

Ada juga antara mereka yang tidak sedar bahawa diri mereka itu Wali dan ada juga yang tidak mengaku mereka itu Wali. Kebiasaannya orang persekitaran yang dapat melihat tanda-tanda seseorang itu sama ada dia seorang Wali atau bukan.

Ada yang melihat cahaya di angota badan golongan ini, ada yang melihat wajah golongan ini seperti indah sekali, ada yang melihat wali itu berada di merata tempat…banyak pengalaman boleh dihimpunkan menjadi cerita kisah-kisah orang yang dinaikkan darjat oleh Allah ini.

Ada juga saya difahamkan ciri-ciri seorang Wali ini dia tidak berkahwin lebih dari seorang atau dia hanya mempunyai seorang isteri. Ada setengah orang beranggapan wali ini tidak berkahwin seperti dalam agama lain seperti budha, paderi yang tidak berkahwin.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Barang siapa yang tidak berkahwin dia bukan tergolong dari umatnya.” Hadis sahih Bukhari.

Bermakna para Wali itu berkahwin. Yang berkahwin lebih dari seorang itu ada setengah pendapat bukan Wali tetapi itu semua kuasa Allah yang menginginkan sesiapa sahaja dikehendaki untuk menjadi Wali.

Setakat ini wali-wali yang dikenali memang mempunyai seorang sahaja isteri. Antara faktor keadilan penting bagi para-para wali ini. Mustahil boleh berlaku adil jika mempunyai lebih dari seorang isteri.

Perangai Wali ini pula mereka suka membuat perkara-perkara aneh. Mereka suka membuat pekerjaan yang akan disindir masyarakat.

Ada seorang pemimpin setiap malam dilihat bangun tidur tengah malam dan pergi mencuci tandas awam. Itulah amalan istiqomah yang dilakukan dan bagi mata pandangan manusia biasa ia sesuatu yang kerja low class.

Sama seperti Saidina Umar sewaktu pemerintahannya, setiap minggu beliau pergi ke rumah seorang perumpuan tua dan membersihkan rumahnya.

Banyak kelebihan para-para wali dan mereka ini dianggap istimewa. Sebagai contoh doa mereka lebih capat dimakbul. Insya Allah, sebelum berlaku sesuatu bencana mereka akan memberi peringatan dahulu dan jika tidak bertaubat Allah akan turunkan bencana.

Seperti yang berlaku di Aceh sewaktu Tsunami melanda, seorang hamba Allah memberi peringatan tetapi dipukul oleh penduduk situ yang melakukan maksiat.

Banyak keistimewaan para wali ini. Sebagai contoh, mereka boleh dilihat di merata tempat. Dari mata kemampuan kita lihat mereka di rumah (jasadnya) tetapi saat itu mereka berada di hadapan kaabah melakukan solat. Hal ini banyak di saksi sendiri peristiwa wali-wali yang berada di Malaysia di saat orang sedang mengerjakan haji atau umrah mereka berjumpa dengan para wali ini.

Kisah-kisah ini boleh dijadikan sebagai pengajaran dan mengakui kebesaran Allah. Apa yang kita boleh buat ialah berbanyak-banyak berdoa kepada Allah agar sentiasa dibuka ilmu untuk dinaikkan darjat atau tahap kita menjadi seorang hamba yang soleh untuk mencapai kejayaan kekal abadi di syurga tertinggi dan ditempatkan bersama para-para solehin.

Jika di Malaysia Negeri Sembilan terdapat ramai wali. Di Johor saya ada mengenali beberapa orang. Kebiasaannya mereka tidak mengaku diri mereka wali tetapi kita boleh melihat keupayaan mereka.

Sebagai contoh ada seorang wali menyambut tetamu datang ke rumah dengan menghidang air minuman dari dalam sebuah teko. Setiap orang tetamu mendapat berlainan jenis minuman walhal dari teko yang sama. Ada yang dapat milo, ada yang dapat teh, ada yang dapat kopi , ada yang dapat sirap…jawapan pak cik itu : “Inilah rezeki kamu…”

Kalau pergi ke rumahnya, jika niat baik maka terlihat rumah wali itu sunguh indah. Kalau niat jahat, kelihatan rumahnya buruk.

Ada pertanyaan ramai bagaimana nak menjadi wali? Adakah wali ini boleh diminta untuk jadi atau memang di pilih Allah? Adakah kita berpeluang untuk menjadi wali? Apa kelebihan menjadi wali ?

Paling penting, jika kita memohon untuk menjadi seorang Wali insya Allah doa kita dimakbulkan. Sedangkan doa Syaitan Durjana memohon pada Allah untuk memberi kekuatan kepada Si Syaitan menyesatkan semua keturunan Adam , Allah izinkan doanya.

Inikan pula jika kita berdoa mohon pada Allah untuk menjadi kekasih Nya seperti para-para solehin dan para-para wali. Allah Maha Memberi.

Apa amalan yang boleh dilakukan untuk menjadi kekasih Allah (Wali) ? Apa yang saya pelajari ialah melakukan sesuatu secara istiqomah. Maksudnya pilih satu amalan dan buat satu amalan itu berterusan biarpun amalan itu amalan yang mudah.

Sebagai contoh jika kita membuat amalan setiap kali sebelum tidur dengan melakukan solat taubat, insya Allah amalan kita diterima dan doa kita mohon dinaikkan darjat dimakbulkan.

Apa kelebihan sebagai seorang Wali ? Kelebihannya adalah lebih baik dari segala yang ada dari dalam isi bumi dan langit. Orang yang alim atau para wali ini tidak sabar untuk pulang ke “kampong halaman” (syurga).

Ada seorang Allahyarham yang dilihat sebagai seorang Wali meninggal dunia membuat pesanan sebelum kematiannya. Tak lama itu, Wali itu meninggal dunia.

Pesanannya apabila dia sudah meninggal dunia hendaklah cepat-cepat dikebumikan dan jangan membuka kain kafannya dibahagian muka apabila sudah ditutup.

Pesanan itu di dituruti oleh muridnya tetapi isterinya membuka kain tutup muka dan alangkah terkejut semua yang hadir, wajah jenazah itu sudah berubah seperti orang lain. Nadi masih berdenyut seolah-olah berzikir menyebut Allah.

Jenazah diangkat dalam keranda seperti ringan seolah-olah dalamnya kosong. Itulah tanda-tanda kejayaan seorang hamba Allah yang telah dipilih untuk mencapai nikmat yang tidak pernah digambarkan.

Sama seperti Ustad yang mengajar saya mengaji semasa kecil , seorang Noja Masjid meninggal pada tahun 2000. Kelihatan jenazah tersenyum sehingga sampai ke telinga…Subhanallah, mungkin Allah sudah menampakkan balasannya di akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

asrul

November 20, 2010 at 6:02 am

SubhanaAllah3x…

fazid ahmad

November 21, 2010 at 3:46 pm

rasa nak menitiskan airmata rasanya baca kisah wali ni.

Izzat Samsudin

September 25, 2013 at 3:19 am

boleh tahu dimana wali yg berada di Johor. ana mahu menziarah..