16
Nov

BOLEH BELAJAR BERBAGAI JURUS ENERGI DI BENGKEL ISP ADVANCE

Alhamdulillah, hari ini semakin ramai yang dah kenal Program ISP walaupun tidak dihebohkan dalam media cetak atau media TV dan Radio. Kebanyakannya dapat tahu daripada Blog. Dari sini berkembang keahlian ISP dengan Ahli Tendai secara serentak.

Apa yang di kongsikan oleh peserta-peserta yang hadir ke bengkel ISP ialah mereka merasakaan kursus yang dianjurkan ini tak pernah dilalui oleh mereka dalam kursus -kursus yang pernah mereka ikuti. Insya Allah dengan ilmu yang mereka belajar dalam Bengkel ISP ini terus dapat diaplikasikan.

isp ipohAntara yang menarik dalam Kursus ISP Advance ini ialah mereka dapat mempelajari Jurus Kunci dan Jurus Buka untuk pelbagai guna dalam kehidupan termasuklah untuk mengunci rezeki, hati orang, kunci rumah dan banyak lagi bergantung pada kreativiti niat.

Ada antara peserta Kursus telah berjaya membuka beberapa hati orang yang telah buat salah untuk mengaku, ada juga yang berjaya menggunakan ilmu kunci rezeki dan mulai mendapat sales terbanyak dan hari-hari…walaubagaimanapun semuanya dengan izin Allah.

Sebenarnya ramai yang masih mencari-cari jalan penyelesaian segala permasalahan baik dari segi rumahtangga, ekonomi, kesihatan dan emosional. Salah satu jalan ada antaranya mereka menggunakan ilmu metafizik.

Kebanyakan peserta yang hadir mengikuti kursus ISP rata-rata dah mengikuti bermacam-macam kursus di luar sana. Jadi mereka semuanya sudah ada asas dan pendedahan tentang ilmu metafizik seperti aura, kuasa minda , tarikh lahir dan law of attraction. Ilmu yang mereka dapat melalui Program ISP adalah ilmu penambahan bagi semua ilmu yang dah ada.

Boleh dikatakan setiap minggu ada 2 kes saya terima mengenai masalah rumah tangga seperti suami lari atau isteri lari. Bila belajar ilmu dari Advance ISP , jurus Tendai boleh diaplikasikan untuk merawat permasalahan ini. Senang cerita setiap orang mampu mengatasi masalah masing-masing tanpa perlu bergantung pada orang lain.

Setiap masalah diatasi dengan ilmu sama seperti untuk berjaya dalam apa hal mesti ada ilmu. Dan ilmu yang dipelajari ini tidak bercanggah dan tidak menggunakan unsur-unsur lain. Itu yang buatkan semua peserta ISP bersemangat kerana dapat terokai potensi mereka yang Allah anugerahi.

isp ipoh2  isp ipoh3

tenaga dalam illahi   tenaga dalam illahi

Beginilah keadaan Bengkel ISP Advance. Penuh dengan perbincangan secara dekat bersama peserta-peserta dan secara bersantai. Pada seisi malam bermula jam 8 sehingga 12 malam tidak rasa begitu lama kerana padat dengan latihan amali serta penghayatan tenaga baru yang diijazahkan.

tenaga dalam illahi  tenaga dalam illahi

tenaga dalam illahi  tenaga dalam illahi

Jika anda berminat untuk hadiri Kursus ISP Advance pada 28 hb ni di Putrajaya (Ahad) bolehlah daftarkan nama dahulu kerana pengambilan peserta adalah terhad. SMS Nama untuk mengikuti kursus di Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya mulai jam 9:30 pagi (daftar). SMS ke 012-3969746 / 014-888 7979.

Maklumat lanjut pergi ke link ini…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*