01
Nov

BLOG QUANTUM KEKAYAAN MEMBERI INFO TENTANG EMAS

Assalamualaikum.

Hari Isnin ni macam hari Ahad. Jadual padat sebab biasanya hari Ahad yang padat. Semalam sahaja ada kelas di Putrajaya dan semalam lebih santai sebab tak ramai orang yang hadir. Jadi buat di Ali Bistro sahaja training semalam. Lebih dekat di hati para pelatih. Datang seorang Abang berumur 53 tahun nak join training.

Katanya dia terjebak dengan program Friends Club dengan melabor RM35,000 pakai loan. Sekarang terpaksa menanggung bayar bank tolak gaji RM850. Saya cakap dia RM35,000 tu banyak boleh buat kalau tak join skim yang mengkaburi mata dengan menayang kereta-kereta mewah.

Sebulan tak pasal-pasal kena tolak gaji RM850. Tu pun boleh buat bayar Exora  sebulan lagi puas hati. Sebenarnya untuk buat Bisnes berbentuk MLM ni tak perlu nak keluar modal sampai beribu-ribu. Setakat ini siapa yang keluar modal tinggi jarang sekali berjaya. Memang benar janji Upline mereka akan berkata nak dapat besar keluar modal besar…

Saya dulu join MLM join yang ciput sahaja…RM290. Dah cukup banyak tu pun boleh jadi Jutawan. Yang penting ialah usaha. Modal keluar besar tak janji apa-apa kejayaan. Bermula dengan yang sedikit tetapi usaha lebih adalah paling selamat untuk mengelakkan dari hilang duit.

Dalam dunia online atau blog, tak dinafikan ramai yang tak gemar dengan industri MLM kerana bagi mereka ia lebih menindas. Contoh macam kisah Abang yang join Freinds Club tu. Sekarang terpaksa bayar hutang loan join skim tersebut. Jika kerajaan masuk campur dengan mengenakan tindakan terhadap syarikat atau individu yang mempengaruhi orang awam buat loan banyak-banyak untuk join MLM , perkara itu boleh berlaku bila-bila masa.

Ada banyak peluang lain yang tak perlu mengeluarkan modal besar untuk mulai mencari rezeki. Sebagai contoh menjadi Ejen Insuran, Unit Trust atau MLM yang ada produk dan amalkan konsep jual beli. Bukan yang bersandarkan menaja orang atau Head Hunting.

Saya membuat blog khusus untuk peluang-peluang buat duit di bawah blog QuantumKekayaan.com yang banyak membincangkan pasal potensi emas dan tips-tips. Insya Allah apabila siap nanti, maklumat tentang peluang pelaburan emas banyak dibincangkan di blog tersebut.

Dan seperkara lagi bagi yang berminat, untuk menjadi ejen jual emas permulaan dan setakat ini adalah Modal Sifar. Jika berminat boleh  berjumpa saya atau email sahaja. Khusus untuk yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

Jenguk-jenguk blog Quantum Kekayaan

Nota: Blog belum diupdate lagi atas kesibukan. Yang ada sekarang adalah peluang yang dibawa oleh adik saya di Johor Bahru. Bagi sesiapa yang berminat, boleh hubungi beliau. Pasal emas nanti akan saya update pada blog tersebut. Harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*