Archive for November, 2010
30 Nov |
KHAIRAT KEMATIAN |
Assalamualaikum,
Lepas update blog ini saya perlu ke Bank untuk cagarkan 300 gram emas jongkong seorang sahabat.
Insya Allah dipermudahkan dan apabila sudah dicagar emasnya, jika harga emas naik RM20 untuk 1 gram, sahabat ini akan mendapat RM6,000 sebelum tolak upah simpan bila dia tukar surat pajak.
Lama sungguh saya tak update blog ni bukan kerana tak ada cerita yang nak dikongsikan tapi masalah line internet yang tak lancar. Banyak kali semasa menaip blog ini bila tiba masa nak upload karangan terus internet jadi offline. Karangan yang ada sampai 1000 patah perkataan hilang begitu sahaja.
Ini semua …
24 Nov |
KAWAN-KAWAN PENTING FAKTOR KEJAYAAN |
Bismilahirahmanirahim. Hari ini kemungkinan besar sibuk sampai ke lewat malam sebab malam ni ada program di Shah Alam SACC. Ada forum ilmu bersama trainer-trainer Spiritual. Ada jugak ajak beberapa kawan-kawan yang tengah problem baik besar dan kecil.
Walau besar mana problem baik masalah ekonomi, keluarga semuanya harus merujuk ke dalam sudut hati kita. Sudah berapa lama kita tak membuat perhitungan diri kita terhadap perbuatan yang telah kita lakukan selama ini. Mungkin kita belum jumpa kekuatan spiritual yang selama ini terpendam dan diabaikan.
Sebab itu ada orang pernah berkata apabila kita tengah problem, bermakna waktu itu nak kembali ke pangkal jalan…
Walau susah …
23 Nov |
PERKONGSIAN PESERTA YANG SUDAH MENGIKUTI KURSUS ADVANCE ISP |
Bahang Program Kursus ISP Advance makin terasa. Ramai yang berminat untuk datang hadir mengikuti kursus.
Dengan harapan dan inginkan kepastian Kursus ini lain daripada yang lain selama ini mereka pernah hadir di luar sana. Tak sedikit juga yang bertanyakan boleh cerita apa yang diajar.
Memang mustahil nak cerita kerana mereka perlu “FEEL” semasa program ini. Kali ini, ISP ingin postkan beberapa perkongsian yang diberi oleh peserta-peserta yang telah mengikuti Kursus Advance ISP ini.
Mereka bukan sebarangan peserta kerana latar belakang mereka hebat-hebat belaka. Selalu mengikuti Program-program diluar yang yurannya sehingga beribu. Apa kata mereka….
22 Nov |
AMALAN SUNNAH YANG DILUPAI |
Bismilahirahmanirahim,
Alhamdulillah, setiap hari Allah beri petunjuk dan jalan untuk memudahkan segala urusan. Kadangkala setiap perkara yang ingin dilakukan pasti terhalang dan tidak menjadi kerana ada hikmah kebaikannya.
Sebagai contoh, tengahari ini sepatutnya saya perlu pergi mengambil stok emas 200 gram tetapi stok tersebut tidak ada pada pembekal. Jadi sahabat yang nak beli emas esoknya saya berikan emas yang menjadi koleksi saya. Kalau diluar nilai emas ni lebih mahal sebab jenis rare gold.
Kira untung sahabat yang beli emas ni. Dan petang ni juga ada orang nak hantar perabot ke rumah setelah tertangguh lamanya nak hantar. …
20 Nov |
JEJAK WALI |
Assalamualaikum Wbt. Pernahkah anda terlihat iklan rokok yang berbunyi :
“Kita akan menghargai paru-paru kita apabila paru-paru kita sudah rosak dan terpaksa dibuang.”
Inilah konteks BERSYUKUR dalam apa jua keadaan. Sama juga disaat kita dalam kesusahan tak ada duit tertekan dengan hutang yang menimbun tetapi dalam masa yang sama kita mempunyai sihat tubuh badan.
Ada juga orang yang duit tiada masalah tetapi masalah dari segi kesihatan. Terpaksa mengambil berpuluh-puluh pil setiap hari untuk kekal sihat.
Disaat kita mengeluh susah keluarga dalam tertekan kerana gaji kecil nak kena bayar macam-macam tetapi dalam masa yang sama …
18 Nov |
IKLAN JAWATAN KOSONG |
Bagi sesiapa yang berminat bolehlah datang interview ke surau-surau atau mana-mana masjid
~ Selamat Hari Raya Aidil Adha ***
16 Nov |
BOLEH BELAJAR BERBAGAI JURUS ENERGI DI BENGKEL ISP ADVANCE |
Alhamdulillah, hari ini semakin ramai yang dah kenal Program ISP walaupun tidak dihebohkan dalam media cetak atau media TV dan Radio. Kebanyakannya dapat tahu daripada Blog. Dari sini berkembang keahlian ISP dengan Ahli Tendai secara serentak.
Apa yang di kongsikan oleh peserta-peserta yang hadir ke bengkel ISP ialah mereka merasakaan kursus yang dianjurkan ini tak pernah dilalui oleh mereka dalam kursus -kursus yang pernah mereka ikuti. Insya Allah dengan ilmu yang mereka belajar dalam Bengkel ISP ini terus dapat diaplikasikan.
Antara yang menarik dalam Kursus ISP Advance ini ialah mereka …
13 Nov |
MAKSUD EHSAN… |
Assalamualaikum wbt…
Hari ini saya update blog saya di Ritz Gardern Hotel Ipoh tempat buat kursus ISP peringkat Advance. Jam dah pukul 3 pagi tak sedar pulak masa cepat berlalu. Mula program pengijazahan jam 8 malam dan berakhir 12 malam kemudian saya dan peserta pergi ke Nasi Lemak Ayam Kampung di kawasan dekat dengan hotel ni.
Tengahahri sebelum bertolak ke Ipoh sempat pula singgah rumah Aza di KL Central Suasana Condominium. Berjiran dengan orang-orang kaya macam Tony Fernandez, Dato Douglas Menteri Alam Sekitar Sarawak Ras Adiba…banyak lah. Kira boleh serap energi orang-orang …
10 Nov |
PENTINGNYA SISTEM COACHING DALAM KEHIDUPAN |
Assalamualaikum.
Maaf agak sibuk untuk update blog.
Pastinya ada yang berasa bosan bila tiap kali masuk ke blog hadzrin dot com ni asyik post yang 7 hb pasal program ke Ipoh sahaja.
Bukan apa, sejak kebelakangan ni nak curi masa depan komputer pun payah.
Yang mana dah jumpa saya mereka tahulah rutin saya banyak di luar berjumpa orang. Ada juga yang ingat saya duduk di ofis Putrajaya. Ada yang terus datang ofis nak beli barang atau nak belajar tapi ofis tutup memanjang.
Ofis tu guna buat training ISP setiap hujung minggu atau hujung …
07 Nov |
KURSUS ISP ADVANCE DI IPOH PADA 13HB DAN 14HB NOVEMBER |
Alhamdulillah. Baru ada ruang untuk mengupdate blog. Setiap hari banyak aktiviti dan peluang mendatang. Peluang untuk memperbaiki diri sendiri.
Sejak seminggu lepas, banyak kes misteri yang berlaku kepada kenalan-kenalan. Banyak kes SAKA dan gangguan makhluk halus terhadap diri mereka dan keluarga mereka. Ada setengahnya bukan disebabkan SAKA atau gangguan halus tetapi lebih kepada masalah emosi.
Ada juga kes yang sudah 8 tahun di “ganggu ” dan sudah sebati dengan diri. Kadang-kadang nak solat berjemaah pun tak boleh dan nak belajar mengaji pun tak boleh.
Memandangkan Kursus ISP pada hari Ahad digabungkan …
05 Nov |
SELAMAT BERCUTI DEEPAVALI…HARI INI PENUH DENGAN AKTIVITI |
Hari Jumaat ni time cuti Deepavali aktivitinya pergi solat di Masjid Besi Putrajaya. Lepas itu ke Alamanda urusan jumpa Ahli Tendai yang nak belajar. Jumpa di Alamanda senang sebab tempat selesa dan santai.
Bagi yang dah belajar jarak jauh boleh datang jumpa saya di Alamanda dengan set masa pertemuan. Jadual memang sibuk setiap hari tetapi saya cuba juga beri ruang untuk orang yang dah jadi Ahli Tendai untuk buat pengajian dengan saya.
Semalam adik dari Johor datang ke rumah untuk menyambut cuti deepavali. Sampai pukul 3 pagi juga sembang dengan dia. Facebook …
04 Nov |
KURSUS ISP HANYA PERINGKAT ADVANCE PADA 28 HB NOV |
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, semalam isteri saya selamat melahirkan anak . Pagi ini nak update blog pun di saat saya mencuri masa sebentar. Sekejap lagi nak cari tembikar pasu untuk buat tanam uri anak.
Kebiasaannya saya akan tanam di kawasan masjid. Proses pembersihan dah dilakukan semalam. Waktu di Hospital Wad bersalin semalam, saya difahamkan untuk petang semalam sahaja semua bilik penuh baik yang first class, second class dan third class.
Memang benar, lahir di Hospital Kerajaan sahaja memang jimat. Sepanjang isteri buat checkup bulanan di klinik secara percuma berbanding di swasta setiap kali buat checkup kena bayar RM seratus lebih.
Jika ada peluang untuk save …
02 Nov |
MENGGUNAKAN YOU TUBE UNTUK TARIK ENERGI |
Assalamualaikum Wbt.
Semalam pergi ke Kampung Baru jumpa dengan salah seorang kawan yang dah kenal 2 tahun tapi tak pernah jumpa face to face. Kawan yang buat gaya pos sama-sama.
Dia berminat untuk buat bisnes emas. Saya kongsikan peluang itu dengan dia sebab katanya habis kontrak kerja nak buat bisnes full time.
Kalau kita buat bisnes insya Allah , Allah akan bagi kelebihan kepada kita sebab waktu buat bisnes kita akan berserah pada Allah terhadap apa yang rezeki diterima itu.
Kerja hari ini tidak menjanjikan hasil kalau buat bisnes tetapi ada satu sudut keyakinan jauh didalam …
01 Nov |
BLOG QUANTUM KEKAYAAN MEMBERI INFO TENTANG EMAS |
Assalamualaikum.
Hari Isnin ni macam hari Ahad. Jadual padat sebab biasanya hari Ahad yang padat. Semalam sahaja ada kelas di Putrajaya dan semalam lebih santai sebab tak ramai orang yang hadir. Jadi buat di Ali Bistro sahaja training semalam. Lebih dekat di hati para pelatih. Datang seorang Abang berumur 53 tahun nak join training.
Katanya dia terjebak dengan program Friends Club dengan melabor RM35,000 pakai loan. Sekarang terpaksa menanggung bayar bank tolak gaji RM850. Saya cakap dia RM35,000 tu banyak boleh buat kalau tak join skim yang mengkaburi mata dengan menayang kereta-kereta …
