23 Oct |
ZAKAT EMAS DAN KURSUS ASAS ISP PADA 24 HB OKT (AHAD) |
Hari ini baru habis buat kelas Lanjutan ISP di Putrajaya batch pertama. Alhamdulillah, ramai yang hadir dan ada yang datang dari jauh seperti dari Pulau Pinang. Mula jam 9:30 pagi tamat jam 2:00 petang. Esok ada lagi buat kelas.
Semalam bertemu dengan kawan lama yang berkecimpung dalam bisnes MLM dan Emas. Ramai yang bertanya saya kenapa tak buat MLM lagi sekarang. Maksud mereka kenapa tak join MLM syarikat orang lain. Saya beritahu yang saya sudah mempunyai perniagaan saya sendiri dan mempunyai masa yang diperuntukan sendiri.
Senang cerita saya sudah jumpa hala tuju saya sendiri. Jika dulu tak ada masa untuk diri sendiri, tapi sekarang banyak masa digunakan untuk munasabah dan tingkatkan diri sendiri dengan mencari ilmu. Disamping itu, dapat menjalankan bisnes emas yang menjadi salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu menggalakkan orang memiliki emas sebagai pelaburan atau cara urusniaga.
Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.
Dalil Wajib Zakat
Firman Allah s.w.t:
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu”
(Surah At-Taubah: 34-35)
Sabda Rasulullah s.a.w:
Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis riwayat Abu Hurairah)
KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS
* Emas Yang Disimpan
o Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut.
* Emas Yang Dipakai
o Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan).
simpan dan beli lah emas untuk simpanan kita orang islam dan melayu pada masa hadapan..anda tidak akan rugi.

Tinggalkan Komen Anda