28
Oct

SIMPAN DUIT DI BANK BAGUS ATAU SIMPAN EMAS ?

MekkahMusim haji bakal tiba tak lama lagi. Antara Raya Haji dan Raya Puasa, bagi saya Raya Haji yang lebih meriah dan lebih banyak aktiviti boleh buat. Kalau budak-budak kecil mereka lebih suka Raya Puasa sebab boleh collect duit Raya.

Raya Haji pula kita boleh collect daging di surau atau masjid-masjid. Memang setiap kali Raya Haji, baru saya buat open house iaitu dengan mengadakan barbeque setiap malam Raya. Tahun ini insya Allah bercadang untuk membuat korban lembu dan aqiqah.

Hari ini kita sama-sama renungi situasi seorang hamba Allah yang bercadang nak mengerjakan Haji. Hamba Allah ini namanya  Ahmad. Dia pergi ke Tabung Haji untuk menanyakan berapa kos untuk buat Haji. Pihak Tabung Haji beritahu kosnya RM12,000.

Jadi Ahmad bercadang nak kumpul duit dan targetnya untuk buat Haji lagi 5 tahun. Gaji dia separuh disimpan untuk buat Haji. Selama 5 tahun dia menahan dari berbelanja lebih termasuklah berjimat dengan makan di rumah sahaja.

Sepanjang dia mengumpul duit, dia sudah membayangi suasana di masjidil haram, dia sudah membayangkan dirinya berada di depan Makam Rasulullah SAW, dia sudah membayangkan dia berada di Jabbar Nur, berada di depan Kaabah dan dah bayangkan setiap hari membaca Quran di masjidil haram sambil minum air zam-zam setiap kali berada di masjid.

Selama ini dia hanya mampu menonton Televisyen suasana orang sembahyang berjemaah di Mekkah bersama imam Masjidil Haram. Hatinya sudah melonjak-lonjak untuk buat Haji lagi 5 tahun. Hari dan tahun yang dinantikan sudah tiba masanya.

Ahmad pergi ke Tabung Haji untuk membayar kos Haji sebanyak RM12,000. Selama 5 tahun dia mengumpul duit tersebut dan walaupun gajinya kecil sahaja tetapi dia berjaya juga mengumpulnya dalam masa 5 tahun. Ahmad sudah tak sabar nak ke Mekkah.

Sewaktu dia tiba di kaunter Tabung Haji, pegawai kaunter memberitahu Kos Haji sekarang sudah jadi RM17,000. Apabila Ahmad dapat tahu kos dah naik, hatinya remuk dan kecewa kerana tidak dapat nak tunaikan hasratnya buat haji tahun itu.

Mengapa kos buat Haji meningkat sampai banyak sekali? Sebenarnya bukan kerana kos buat haji yang meningkat tetapi nilai duit kita yang jatuh. Jika dahulu roti canai berharga 60 sen sekarang dah jadi 80 sen kalau kedai mamak dan RM1 kalau kedai Melayu. Sebab kedai Melayu pakai Planta.

Tanpa kita sedari, kuasa membeli kita setiap tahun jatuh. Dan yang menghairankan, gaji dari dulu sampai sekarang masih tak banyak meningkat. Contohnya gaji kerani dari dulu dan sekarang masih lagi RM500 ke RM800. Harga Binatang Korban juga dah naik. Kalau dulu lembu boleh dapat dalam RM2,000 sekarang dah cecah RM4,000.

Baru-baru ni saya berjumpa seorang kawan, simpanannya ada RM20,000. Selama 5 tahun dia mengumpul. Penolong Pengarah jawatannya di LHDN. Saya kongsikan situasi saya dengan dia selama ini simpan duit dalam bank banyak-banyak dapat dividen sedikit.

Member tu beli 100 gram dan ikut program beli 100 gram cagar di Ah Rahnu dapat 200 gram lagi. Kemudian main Spot Gold. Emas naik tukar surat pajak dan ambik lebihan keuntungan. Kalau emas naik RM20, bermakna RM20 X 300 dia dapat RM6,000 senang-senang.

carta emasPernah beberapa bulan yang lepas simpanan di Bank ada RM40,000 dapat RM1.70 dividen pada bulan itu. Kalau simpan di ASB boleh dapat 8%. Ada RM20,000 ke atas di ASB sedap sedikit setahun dapat Seribu lebih. Berbanding emas setiap tahun purata pulangannya 30%.

Anda boleh lihat carta di sebelah sepanjang 10 tahun dari tahun 2000 sampai 2010, harga emas meningkat sahaja.

Sekarang analisis menjangka emas akan naik dari 1gram RM160 sekarang ke RM250 segram tahun depan.

Berbalik pada kisah Ahmad di atas tadi, jika dia menyimpan emas untuk buat Haji, setiap tahun emas dia meningkat. Jika Simpan duit, nilainya jatuh ditambah pula pulangan yang bank bagi sedikit. Letak duit banyak-banyak di Bank dan bank guna duit kita buat bisnes.

Bagi saya cukup sahaja menyimpan duit untuk keperluan sahaja di Bank. Sebagai Contoh ada RM10,000 di Bank dan yang lain simpan Emas. Tetapi terpulang pada anda kerana tiada siapa yang benar dan tiada siapa yang salah.

Tinggalkan pandangan anda..

Tinggalkan Komen Anda

*

Hasbullah

October 28, 2010 at 10:02 am

Terima kasih Master. Penerangan dan perbandingan yang sangat jelas. Semakin teruja untuk menyimpan emas. :)

master hadzrin

October 28, 2010 at 10:12 am

Insya Allah Pak Lah… Sekarang ni makin berdentam dentum orang beli emas sebab dah mula buka mata tentang kelemahan nilai duit kertas

nizar

October 29, 2010 at 6:34 am

BAGUS SANGAT JELAS!!!! tapi sumber duit nak beli emas tu…..hehehe

azli

October 29, 2010 at 3:29 pm

sumber tu bole buat loan dgn tuan master…..

syikin

October 29, 2010 at 5:11 pm

x lama lagi dah sifu….. tgk member kat melaka dpt rm600 sehari seronok.. InsyaAllah………

Ms Y

November 10, 2010 at 3:02 pm

setuju…. simpan emas mmg bernilai