05
Oct

SIAPA PUNYA REZEKI SEBENARNYA…

ayoyPagi ini saya ada satu apoinment bersama Kak Zainon dan Abang Khalil salah seorang peserta ISP yang bakal diijazahkan dengan Ilmu Dasar pada 23hb di Advance Level Putrajaya ISP Training Center.

Sebenarnya pagi ini kami mempunyai urusan di Bank Rakyat Ah Rahnu Subang Perdana. Jika ada rezeki, Kak Zainon dapat gandakan emasnya dari 119 gram menjadi 269 gram dan dapat duit lebihan RM3ribu.

Sayangnya kesilapan teknikal berlaku maka terpaksa dilaksanakan pada 25hb depan. Mungkin ada hikmah dan dapat belajar dari setiap perkara yang berlaku.

Bila keadaan ini, saya lihat satu peluang yang lebih baik muncul dan Alhamdulillah, malamnya saya mendapat berita gembira. Di atas berita itu, 300 gram emas saya dapat perolehi untuk diri saya sendiri. Dapat modal dari sumber yang tak disangka-sangka.

Walau tinggi mana dugaan untuk membeli barang, pertama sekali saya akan beli emas dahulu. Kisah seorang tauke cina yang berniaga emas menjadi inspirasi saya. Cerita ni disampaikan oleh kawan saya sendiri yang sama-sama buat bisnes emas.

Selama 20 tahun tauke cina tersebut berniaga emas dengan cara traditional. Maksudnya tak ada guna internet atau komputer. Yang ada hanya style zaman Ip Man dulu.

Sekarang tauke tersebut dah ada 30 kilogram emas. Bayangkan kekayaannya berapa banyak, 30 X RM150,000 = ???

Saya berbincang dengan kawan saya tu tentang perniagaan. Jika perniagaan yang senang buat duit biasanya tak tahan lama. Seperti kawan tu sebelum ini buat projek kontrak.Sekali dapat projek berjuta dapat tapi lepas tu bila tak ada projek menganga tak makan.

Saya akui juga kalau dulu saya mudah dapat duit seperti tak buat apa-apa tetapi pendapatan masuk 4 angka sehari. Hasil dari kerja keras orang lain. Sebab itu tak tahan lama. Berbanding dengan perniagaan yang saya bina dengan keringat dan usaha gigih saya, hasilnya saya dapat rasai ada keberkatan.

Berbanding dahulu, walaupun pendapatan banyak tetapi saya tak mampu membuat simpanan. Jika sekarang, simpanan ada , aset dalam bentuk emas pun ada. Perniagaan apa yang saya buat sekarang, semuanya perlu usaha gigih seperti membuat rawatan, mengajar, menghasilkan produk, emas, uruskan pinjaman peribadi…

Tetapi sebenar-benarnya, rezeki kita bagi orang yag sudah berkahwin adalah rezeki tumpang sahaja. Rezeki yang diterima sebenarnya adalah rezeki anak. Jadi tak usah nak berbangga dengan kejayaan atau kekayaan yang melimpah ruah diperolehi kerana itu adalah hak anak.

Alangkah jahil bila dapat duit banyak kemudian berjoli dan habiskan duit ke atas perkara-perkara mungkar padahal rezeki yang diterima adalah rezeki anak.

Sebab itu, kita perlu ada standard dalam menetapkan rezeki yang kita ingin perolehi. Setiap kali keluar rumah seharusnya niat bahawa pergi kerja untuk dapatkan rezeki untuk anak.

Bayangkan bila kita keluar rumah tinggalkan anak isteri yang tidak bekerja, mereka mengharapkan kita membawa pulang sesuatu seperti rezeki dan alangkah sia-sia jika keluar dan membuang masa. Keberkatan rezeki itu akan terasa bila niat untuk kebaikan mencari rezeki.

Tambahan jika niat untuk mendapat rezeki agar boleh memberi anak-anak yatim makan. Saya perhatikan antara amalan kawan-kawan saya yang kaya dan kedekut tapi dalam diam-diam mereka ada menguruskan beberapa rumah kebajikan seperti anak yatim.

Seperti kawan saya yang bekerja sebagai kontraktor, walaupun kalau beli barang nak sampai minta harga kos tapi dalam masa yang sama dia sedekahkan kerja-kerja pembinaan rumah-rumah kebajikan. Tu yang bertambah kaya dan bertambah kedekut.

Kedekut bukan bermakna kedekut untuk belanja orang lain tetapi menggunakan duit untuk perkara-perkara yang penting sahaja. Kira mulia jugalah, duit simpan dan bila belanja gunakan untuk kebaikan seperti bayar zakat dan sedekah kepada anak yatim.

Satu perkongsian mudah yang jika anda nak dapat rezeki tambahan dengan melakukan antara kebiasaan mamak-mamak restoran lakukan.

Jika anda perasan, kadang kala mamak memberi burung-burung makan. Berilah makan dedak burung-burung itu. Sebab itu bisnes mamak maju sampai jualan tahunan berjuta berbanding restoran lain yang bukan bagi burung makan malah kalau boleh membunuh bisnes orang lain.

Itu perkara mudah yang anda boleh lakukan. Ada juga saya lihat seorang jemaah surau setiap pagi bila pergi surau bawa nasi bagi kucing makan. Kucing liar yang tinggal di kawasan surau. Orang itu memang tak kerja tapi mampu pergi haji setiap tahun.

Jadi rezeki yang Allah bagi terlalu banyak untuk diambil dan jika kita tahu rahsia rezeki itu untuk siapa sebenarnya maka kita akan lebih berhati-hati dan sentiasa mencari rezeki yang berkat.

Insya Allah, bila rezeki anda bertambah, anda juga mampu miliki aset yang banyak seperti mulai menyimpan emas sebagai harta anda. Bagi yang dah miliki emas teruskan menyimpan dan gandakan. Ada yang melihat peluang hanya sejengkal tetapi tidak menilai peluang yang lebih banyak dihadapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Master Hadzrin

October 5, 2010 at 2:56 pm

Gambar hiasan seorang ayah bernama Ayoy dan anaknya Zara Deliza

shah

October 6, 2010 at 1:52 am

nape tak gune gambar anak master?

azli

October 6, 2010 at 10:10 am

takut anak master lebih glamour dr master…tp post kali ni ade sikit touching…rezeki yg kite dpt sbenarnye bukan totally tuk kite…..

Master Hadzrin

October 6, 2010 at 10:52 pm

shah :

nape tak gune gambar anak master?

Nak tunggu anak shah tak tahu bila jadi pakai gambar anak Ayoy (kira tak menjawab soalan la ni )
Azli : Sejak dah pergi training ISP makin tinggi sensitiviti azli sehingga baca post boleh jadi touching ..heheh