25
Oct

RESTU IBU REZEKI MENCURAH-CURAH

maafkan-aku-ibuHari ini saya ingin kongsikan satu amalan kebaikan untuk kita yang masih lagi mempunyai seorang ibu. Saya cuba berkongsikan beberapa perkara kebaikan untuk kita lakukan supaya memudahkan segala urusan kita dan mengeluarkan kita dari segala kesulitan hidup.

Walau garang, kuat meleter macamanapun ibu kita, dia mempunyai satu kemuliaan yang harus kita hormati dan sentiasa memaafkannya. Walaupun kadang kala kepala kita diketuk atau di tonjolkan oleh ibu kita, bagi kita yang faham, itu sebagai gurauan atau sebagai teguran.

Kerana umur ibu kita tak panjang. Sama juga umur kita. Jika hari ini ibu kita selalu meleter atau menengking kita, ingat satu masa nanti, kita tidak akan mendengar suara marah ibu atau teguran ibu bila masa dia sudah dikembalikan kepada Allah.

Sentiasa bersangka baik dengan ibu. Menjadi anak derhaka akan mendapat azab pedih di dalam kubur lagi sehingga ke neraka. Semoga kita sentiasa dibimbing menjadi anak yang soleh.

Selama ini kita sering ingin menjadi orang yang berjaya mempunyai harta dan duit yang banyak dengan mengikuti jejak dan gaya orang-orang yang berjaya. Saat itu kita seolah-olah tidak ada formula sendiri untuk menjadi seorang Suksessor.

Kita terikut-ikut gaya longhat, perangai dan sikap orang yang kita anggap sudah berjaya sebagai role model atau idola. Tetapi akhirnya kita masih lagi tidak berjaya dan kecewa tambahan pula sikap buruk seperti mencarut yang terikut-ikut dengan idola itu terbawa-bawa sehingga orang mulai membenci kita.

Sebenarnya formula kejayaan anda boleh ciptai sendiri. Biarkan orang lain dengan cara mereka kita dengan cara kita. Saya pernah kenal seorang kawan yang sudah berjaya dalam bisnes MLM dahulu. Setiap perangkap ayat perkataan bila dia berbicara akan diakhiri dengan perkataan “Si#L…”

Walaupun dia sudah berjaya duit banyak tetapi dari segi akhlaknya belum berjaya. Dan budaya bercakap seperti dia menjadi ikutan oleh semua downline-downline atau orang yang nak berjaya seperti dia. Kawan yang dah berjaya tu saya tak pelik sangat tetapi orang-orang yang baru nak cipta kejayaan dan ikut cara cakap seperti itu…

Ramai orang konfius, mereka fikir dengan mengikut cara orang yang berjaya buat akan dapat jadi berjaya seperti orang itu. Walhal orang yang berjaya itu sudah mempunyai formulanya sendiri dan tidak berkongsikan apa yang penting.

Berbalik pada kisah ibu tadi. Salah satu resepi kejayaan untuk mencapai kekayaan atau rezeki berlimpah ruah selain dari menghormati ibu kita ialah dengan memperuntukkan pendapatan kita sedikit untuk ibu kita.

Sebagai contoh. Jika rezeki yang kita terima RM100, kita beri ibu kita RM10 atau RM20. Insya Allah rezeki kita berganda 20 kali dari apa yang kita beri kepada ibu kita. Saya saksikan banyak kes dimana orang-orang yang sudah berjaya dan tak ada masalah duit sentiasa peruntukkan duit untuk ibunya.

Dari mana datang rezekinya tak perlu ditanya. Bukan ibu kita yang memberi rezeki tetapi Allah , Yang Maha Memberi Rezeki.

Lagi berat kes orang yang sentiasa dilanda masalah duit bila bukan memberi ibu nya duit malah meminta ibunya duit walaupun sudah beranak 5. Memang benar ibu kita mungkin tak pakai duit banyak sebab dah tua tetapi saat kita menerima duit dari ibu walaupun sudah mempunyai tanggungan sendiri tetapi itu membuatkan kita masih lagi dalam kesepitan dan buntu tak  jumpa jalan keluar.

Bukan salah meminta duit dari ibu tetapi pegang kata-kata saya disaat itu jika anda perasan, ia tidak menyelesaikan masalah anda dan makin teruk pula keadaan ekonomi. Sebab itu saya syorkan mulai dengan sedikit dahulu memberi ibu kita duit.

Waktu saya susah dulu saya tak mampu memberi banyak saya mulai dengan RM5 dahulu beri kepada ibu. Walhal umur dah besar waktu itu. Dah itu sahaja yang saya mampu. Dan saya lakukan secara konsisten dan hari ini insya Allah saya berazam untuk memperuntukkan setiap hasil yang diterima , ada percent untuk ibu.

Tambahan pula sekarang sudah ada ibu mertua, juga diperuntukkan untuk beri kepada ibu mertua. Sebenarnya ini bukan membuatkan kita habis duit sebab banyak bagi ibu. Inilah rahsia menarik kekayaan yang para akauntan atau auditor tak dapat nak huraikan bagaimana datangnya sumber atau hasil.

Jika para akauntan dan auditor yang pakar dalam bab mengira duit pun tak dapat nak huraikan dari mana sumber maka kita yang bukan bidang itu berserah sahaja bulat-bulat pada kuasa Allah di atas usaha dan pengorbanan yang kita lakukan.

Nanti adalah sesuatu keajaiban dan kebahagiaan muncul dalam hidup kita.

Wassalam.

Tinggalkan Komen Anda

*

Master Hadzrin

October 25, 2010 at 12:29 am

Jumpa di Kelas ISP pada 31 Oktober hari Ahad. Jam 9:30 pagi di Putrajaya ISP Training Center. Perkongsian Rezeki buat emas seisi perbincangan lanjutan tentang berkat bagi duit pada ibu…

Yan

November 10, 2010 at 2:26 pm

terima kasih atas perkongsian ini…
saya sayang ibu (“,)