06
Oct

PERNIAGAAN GAYA POS DENGAN KEUNTUNGAN 100%

gaya posKali ini , saya akan dedahkan keuntungan menjalankan perniagaan konsep gaya pos iaini bisnes dari rumah yang dah mula menjadi perhatian ramai.

Ini salah satu alternative bagi sesiapa yang masih tak tahu nak buat apa setelah dah banyak ilmu belajar. Saya akan kongsikan pengalaman saya sewaktu mula-mula membina empayer perniagaan saya sendiri setelah saya berhenti membina empayer orang lain.

Masih ada yang tak tahu konsep gaya pos itu apa. Sebenarnya gaya pos ini ialah satu bisnes yang transaksinya melalui pos dan cara penerimaan bayaran produk atau servis juga dalam bentuk wang pos.

Ada juga skim-skim yang terlibat dalam konsep gaya pos seperti skim minta derma ikhlas, skim kutu, skim pyramid dan saya tidak ingin membincangkan pasal skim-skim tersebut kerana ia bukan real bisnes.

Gaya pos lebih dianggap real bisnes jika ia mempunyai fizikal produk. Sebagai contoh jika dulu saya bermula dengan menjual CDROM yang menerangkan cara-cara untuk buat perniagaan gaya pos dengan bayaran RM70, tetapi dari situ saya belajar selok belok perniagaan jenis ini.

Ketika itu, memang agak lembap perniagaan gaya pos saya kerana tidak ada strong value pada produk. Sebulan hanya mampu menjual 10 CDROM dan bermakna pendapatan sebulan dalam RM700 belum tolak kos iklan, kos setem, kos CD dan surat.

Setelah saya perhatikan hampir 2 tahun menjalankan perniagaan gaya pos iaitu mulai tahun 2003, setelah menilai orang lain yang sama-sama menjalankan perniagaan gaya pos , saya dapati mereka mempunyai pelbagai produk optional untuk diketengahkan.

Maka saya juga berikhtiar mempelbagaikan produk-produk saya seperti menjual pelan prepaid telefon, menjual keahlian hotel, menjual produk kesihatan syarikat MLM dan banayak lagi. Ada peningkatan pendapatan selepas itu dimana saya menerima pelbagai sudut pendapatan.

Kelebihan dan kejayaan lebih tercapai bila saya menyertai kursus Tendai yang bermula dari peringkat Dasar sehinggalah ke peringkat Super Grand Master. Semasa mempelajari ilmu tendai pada awalnya saya ingin membangkitkan potensi dalaman saya.

Ternyata apa yang dipesan oleh Guru Tendai saya, dua bidang yang perlu difokuskan setelah belajar Tendai iaitu bidang perawatan dan bidang ekonomi dan ini saya masih pegang sehingga hari ini. Jika belajar ilmu untuk perkara kehebatan seperti kebal, hebat bersilat, boleh menghantar jurus, itu semua akan bangkit bila keadaan memerlukan di saat getir.

Setelah melalui Latihan Tendai peringkat Dasar 21 hari, saya sudah mulai mempunyai energi baru iaitu energi DSI ( Daya Sejati Insani ) dan kelebihan apabila selesai latihan ini memang luar biasa. Sebelum melalui latihan, Ahli Tendai mempunyai satu Diklat yang perlu dituliskan.

Diklat tersebut perlu mensasarkan target dan perlaksanaan apabila sudah capai target. Daripada 5 target saya isikan 4 perkara dapat dicapai seperti melangsaikan hutang kecil yang banyak dan mendapat pendapatan tambahan.

Setelah peringkat Dasar, saya melanjutkan ke peringkat Master Tendai (peringkat Guru) dengan Mahar RM550. Memang sukar pada mulanya untuk mengumpul mahar sebanyak itu tetapi apabila sudah niat dan target untuk perolehi ilmu sungguh-sungguh, akhirnya Berjaya mengumpul mahar tersebut.

Di Peringkat Master Tendai, 9 hari latihan kemudian saya sudah mampu mengijazahkan orang Ahli Dasar Tendai dan mampu memasukkan Energi ke dalam produk seperti garam , kapsul dan minyak wangi dengan energi peringkat Master.

Seperti di peringkat awal saya nyatakan, untuk Berjaya dalam bidang gaya pos perlu ada inovatif pada produk. Salah satu perkhidmatan atau produk yang saya tawarkan dalam gaya pos ialah mengijazahkan murid tendai.

Yang paling menariknya apabila menjadi Guru Tendai ini ialah anda mampu meraih 100% pendapatan sendiri. Berbanding jika dulu semasa saya menjalankan MLM, 85% hasil jualan perlu diberi kepada syarikat MLM tersebut. Walaupun ia bakal mendapat pendapatan Pasif apabila downline bergerak.

Sebagai contoh, Mahar yang ditetapkan oleh Pengasas Tendai bagi peringkat Dasar ialah RM165 dan jika sebulan anda boleh mengijazahkan 10 orang murid Tendai baru bermakna pendapatn anda RM1,650. 100% mahar anda punya.

 Walaupun anda mengambil ijazah master dengan saya tetapi apabila anda ijazahkan murid dasar itu mahar semua anda yang punya.

Anda perlu bersemangat kerana ilmu yang anda sampaikan kepada orang lain adalah ilmu yang berguna dan banyak membantu mereka dalam kehidupan.

Hari-hari saya mendapat feedback orang yang belajar dengan saya setelah mereka menjalani latihan mereka mengalami pengalaman luar biasa dan berubah menjadi seperti apa yang dihajati.

Bagi yang tidak menjalani latihan, saya boleh umpamakan seperti masuk dalam gym tapi tak angkat berat atau dumbbell. Biarpun 10 tahun masuk gym badan tetap tak berubah. Duit Gym dah bayar…

Rata-rata saya bertanyakan apabila sesiapa yang ingin belajar ilmu Tendai , mereka menjawab ingin meningkatkan ekonomi. Bagi yang sedang menjalankan perniagaan saya tak risau. Sebab saya percaya apabila mereka mempunyai ilmu Tendai, kebiasaannya bisnes mereka makin maju.

Contohnya seorang peniaga gerai kini mampu meraih pendapatan hari-hari yang lumayan kerana nasi mereka sudah dimasukkan energi. Orang yang makan nasi di gerainya akan ingat sampai bila-bila.

Contoh lain seperti Ahli MLM, jual Insurans, Guru Tusyen, Salesman Kereta dan ramai lagi usahawan yang mengambil ilmu Tendai dengan saya kini ada peningkatan ekonomi mereka.

Bagi yang bekerja dengan orang saya cadangkan sebagai pekerjaan tambahan seperti merawat orang, mengijazahkan orang atau melakukan konsultasi seperti memagarkan  rumah orang.

Ya benar, dengan ilmu Daya Sejati Insani sebenarnya anda boleh buat macam-macam. Sebagai contoh perkhidmatan untuk membersihkan rumah dan memagarkan dari unsur negative, maharnya ialah RM899. Ini sudah ditetapkan dan bayangkanlah kelebihan yang anda mampu lakukan dan orang lain tak tahu.

Sebab itu sayang sekali, setelah belajar macam-macam ilmu kemudian meraih simpati menyalahkan guru kerana tidak ada rasa apa-apa. Hal ini dah biasa bagi saya menerima aduan sesiapa yang dah belajar macam-macam ilmu tapi tak merasa apa-apa.

Kena pula antara guru yang mereka komplainkan antaranya adalah kawan saya sendiri . Manusia tak lari dari menyalahkan orang lain apabila gagal. Walaupun belajar dengan seorang yang dah Berjaya sehingga bergelar Dato atau  doktor sekalipun.

Saya mewakili guru-guru yang mereka belajar tak kiralah aliran ilmu Tendai atau keilmuan lain, untuk merasai ilmu yang anda sudah pelajari ialah dengan mempraktikkan nya. Umpama lepas belajar ilmu bawak kereta tetapi lepas itu takut nak bawak kereta kemudian salahkan Cikgu Kelas Mamandu, JPJ…

Kebiasaannya orang yang belajar ilmu macam-macam kemudian tak praktikkannya ialah orang yang dah senang. Kerana setiap kali mereka keluar duit dan rasa seperti tiada apa-apa lalu terus mencari ilmu lain. Dan mereka akan keluar duit lagi. Seperti yang saya nyatakan disini, nak rasa kena praktikkan.

Buatlah pemasaran untuk ketengahkan produk atau perkhidmatan anda. Nak Berjaya dalam apa jua bidang ialah pandai buat pemasaran. Sebab itu ada setengah pihak sanggup buat module tentang pemasaran.

Lakukan gaya pos jika anda belum berkemampuan nak promosi besar-besaran seperti masuk iklan di TV. Target buat iklan di Surat khabar Media Terkini. Surat khabar ini memang famous dengan pembaca mistik dan peminat ilmu.

Point yang ingin disampaikan disini ialah Belajar kemudian praktik. Sayangi duit atau modal anda kerana setiap duit yang keluar sekurang-kurangnya perlu balik modal. Kerana saya juga seperti anda, sudah berhabis beribu-ribu duit untuk mencari ilmu dan tiba masanya untuk anda mengutip hasil.

Post kali ini ditaja oleh : Dompet Biomagnetik ~Kaedah menarik kekayaan dengan medium dompet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

nizar

October 16, 2010 at 8:22 pm

ok lah saya nak berlatih semula 🙂