12
Oct

PERNIAGAAN APA YANG BOLEH JADI JUTAWAN

hayatNi memang soalan lazim yang ramai bertanya. Perniagaan apa yang boleh jadikan kita usahawan jutawan?

Selalunya saya akan tanya balik kepada yang bertanya. Rasa-rasanya perniagaan apa? Dan jawapan yang saya selalu dapat…

  • Perniagaan hartanah
  • Perniagaan construction
  • Perniagaan telekomunikasi
  • Perniagaan restoran…
  • …dan sebagainya!

Hendak tahu jawapannya? Jawapannya adalah….

Semua perniagaan boleh jadi jutawan!

Tak kira apa sahaja perniagaan, kita boleh jadi usahawan jutawan. Tak percaya? Lihat sahaja semua industri… bukankah ada jutawan yang tercipta?

  • Jual produk kecantikan boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… usahawan Sendayu Tinggi, De Navichee dan ramai lagi telah membuktikannya!
  • Jual kasut boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… siapa tak kenal Jimmy Choo, usahawan jutawan kelahiran Malaysia yang menempa nama sampai ke Hollywood!
  • Jual perkhidmatan design boleh jadi jutawan? tentunya boleh…

Jual baja boleh jadi jutawan? Jual kacang boleh jadi jutawan? Jual keropok boleh jadi jutawan? Jual ikan boleh jadi jutawan? Jual basikal boleh jadi jutawan? Jual dompet boleh jadi jutawan? Jual gitar boleh jadi jutawan?

aurabios

Semuanya boleh. Sebut sahaja apa sahaja industri dan pastinya ada usahawan jutawan dalam industri tersebut!

Oleh itu, berhenti dari mencari alasan industri ni tak boleh… indistri itu tak boleh… industri ni susah dan sebagainya. Semua industri boleh mencipta usahawan jutawan. Ianya bergantung kepada usahawan – ANDA – sendiri! Kalau tak jadi usahawan jutawan, bukan salah industri. Tetapi SALAH KITA.

Seperti rakan saya Ustad Haji Hayat, orang Semenyih mampu meraih RM500,000 dalam masa 3 bulan dengan hanya menjual Koyok kaki. Janganlah pula bila anda baca post saya ni terus cadang nak jual koyok kaki pula.

Ada strategy dan teknik dia untuk berjaya. Tapi point yang sebenar ialah produk alternatif kesihatan memang laris di pasaran. Jika anda kreatif, cipta sendiri produk kesihatan anda. Ada seorang lagi kawan saya pengeluar produk Kunyit Dr Idris namanya, kalau anda minat untuk pasarkan memang dialu-alukan.

Walau apa pun bisnes yang anda ceburi, 5 S perlu ada. 5 S apa? Saya pernah ceritakan dalam post-post sebelum ini…

Tinggalkan komen anda…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

azli

October 13, 2010 at 2:17 am

hj hayat org kg sy..sememyih..hehehe…koyok kaki terhangat di pasaran…..

Master Hadzrin

October 13, 2010 at 7:41 pm

orang semenyih ramai jutawan…

salleh ahmad

May 18, 2012 at 1:32 pm

saya ingin nak dapatkan satu produk kesihatan yang laris untukb dijual