18
Oct

PERKONGSIAN PENGALAMAN SALAH SEORANG AHLI TENDAI

Assalamualaikkum,

Alhamdulillah baru berkesempatan untuk membuka lap top update blog. Dua hari sebelum ini sibuk dengan apoinment dan kelas latihan ISP di ISP center Putrajaya.

Hari ini saya ingin kongsikan antara pengalaman menarik yang dialami oleh salah seorang Ahli Tendai yang sudi menerbitkan kisah dan bagaimana dia mengaplikasikan ilmu Tendai yang sudah lebih setahun dipelajarinya.

zulkifliMungkin dari cerita beliau, anda boleh kaitkan dengan diri anda dan akan jadikan sebagai inspirasi bagi mengharungi segala cabaran hidup. Nama beliau adalah Encik Mohd Zulkifli Bin Osman yang berasal dari Teluk Intan.

Jika anda nak berkenalan dengan beliau, bolehlah add dalam facebook beliau sebagai rakan.

Berikut adalah Email yang dikirimkan atas perkongsian beliau . Selamat membaca…

Mohd.Zulkifli Osman

<zulif_1234@yahoo.com.my>

Mon, Oct 18, 2010 at 11:18 AM
To: innerselfpower@gmail.com
ASSALAMUALAIKUM WRT MASTER YANG DIHORMATI,

Secara mudah saya katakan di sini ,banyak pengalaman yang saya alami seperti:(anehnya energi ini)
kesemua pengalaman ini saya paparkan untuk renungan bukannya nak menunjuk-nunjuk ilmu Tendai Dasar saya bahkan saya akui saya adalah seorang yang tak suka berbuat demontrasi.
 

1.saya merasakan ketenangan mendalam harian kerana masalah bagaikan selesai dengan automatik ,tanpa difikirkan  seolah jalan-jalannya tersedia spontan-bebas daripada perasaan negatif,kehidupan dipermudahkan bahkan lebih mudah,lebih senang dan lebih pantas daripada percuma(pelik tapi benar).

2.keajaiban adakalanya dapat berinteraksi dengan alam contoh yang saya selalu alami bila panas datangnya sendiri angin,hujan,suasana jadi nyaman seronok,bagaikan tau je ape yang saya perlukan dalam satu-satu masa dan keadaan situasi,pernah juga terbayang ular tedung tak sampai setengah jam dia muncul 2 depa depan saya,wow!!! saya kata wajib hati-hati dengan Tendai ni.

3.di suatu masa yang bertepatan  saya merasakan diri saya bersatu dengan alam dan mengalami keceriaan yang bersangatan yang saya sendiri pun terasa unik,,energinya sangat mendamaikan.

4.kusa minda terserlah,fokus tepat,bayangan visual menjadi jelas bahkan boleh buat telepati,gerak signal tergambar dan selalu benar-benar terjadi,datang sendiri automatik.

5.pernah juga dapat mengetahui sesuatu hal perkara itu terjadi dengan lebih awal,juga ada saya alami bila saya berimaginasi dan ia berlaku dalam waktu yang singkat.

6.eksploitasi negatif automatik-pelik juga bila saya tak suka tapi energi saya cam faham je saya tak nak ia terus bertukar kepada yang positif-contohnya saya tak nak orang tu buat cam yang saya tak suka dan bila bertemu dia hanya buat yang saya suka je,cam tau-tau je saya nak yang itu.

7.banyak juga dapat yang percuma seperti wang,makan minum,dan hal-hal urusan seharian seumpama telah disediakan untuk saya-penyelesaian masalah berjalan lancar ,tersedia bahkan ada juga baru terdetik dah ada,pantas betul,biasanyalah begitu sampaikan saya pun pelik terkejut dan hal-hal ni pun dah mulai disedari orang yang rapat dengan saya sebabkan kehidupan saya ni senang je.Yang bestnya hati tenang bagaikan bebas daripada masalah,jadi saya beribadah pun senang,khusyuk.

8.masyarakat merasakan saya perlu diambil perhatian -tidak diketepikan dan penuh kasih sayang,pandangan diterima orang juga.

9.selalu diberi amanah tanggungjawab-orang yakin saya boleh melaksanakannya terutama hal-hal yang utama dalam keluarga saudara-mara saya.jadi orang tengah@wakil.(kekeluargaan).

10.kemudahan dalam memahami sesuatu pembelajaran dan dapat menguasainya dengan pantas walaupun masih baru tau lagi,kefahaman yang mendalam.

11.emosi terkawal,ilham pun datang memudahkan urusan seharian membawa keseronokan hidup positif bermasyarakat berkeluarga.senang dan disenangi je.

Saya rasa inilah yang saya dapat kongsikan buat masa ini sebagai renungan,semuanya atas izin ALLAH SWT ia berlaku.

“TIADA DAYA UPAYA SEMUANYA MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH SWT.”
“WALLAHUA’LAM”

Sekian.Terima kasih banyak.

WASSALAM.

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

arif

October 18, 2010 at 4:08 pm

rasa rugi pulak tinggal latihan..dh lame x buat latihan..mungkin energi dh x kuat dh..macm mane nk kuatkn blik energi sy ni master??ingat nk ambik master pulak lepas ni..mungkin secara berlaga lutut pulak..baru best ckit..he3

Master Hadzrin

October 18, 2010 at 4:10 pm

latihan ibarat masuk gym angkat besi…baru badan tough…walaupun sudah lama ambik dasar, saya tetap buat latihan setiap malam. Boleh Arif. Berlaga lutut di Alamanda Putrajaya.

shah

October 21, 2010 at 7:27 am

ini baru yang dasar klu yg advance..hmmm..

NORANI KARNO

June 20, 2012 at 3:21 am

Assalamualaikum, Ahli Tendai, saya seronok jua jadi ahli Tendai, pertamanya bila saya teringat anak yang jauh dari saya tak semena dia telefon untuk melepaskan rindu. Cucu susah nak tidur, tertidur guna energy bola emas, buat kueh selalu tak habis adunan dan inti tapi bila guna kuasa tendai semua cukup semuanya tak ada basi best kan