26
Oct

PENTINGNYA LATIHAN BERTERUSAN

Bismilahirahmanirahim.

Post hari ini lebih membincangkan tentang kejayaan. Tentu sekali nak berjaya atau nak senang bukan ada jalan mudah atau jalan senang. Jika ada ilmu rezeki yang menggunakan amalan juga tak ramai yang mampu buat.

Latihan berterusan akan menjadikan seseorang lebih pakar, lebih berpengalaman dan lebih bijak menguruskan diri. Walau tinggi mana ilmu yang dipelajari tetapi tidak dibuat latihan maka ilmunya tidak berkuasa (power).

Berbanding dengan orang yang ilmunya sedikit tetapi atas latihan berterusan dan bertubi akan menghasilkan impak dan momentum yang luar biasa. Sebagai contoh, seorang ahli silat yang hanya tahu satu jenis jurus dan berlatih setiap hari jurus tersebut mampu menewaskan orang yang ada 100 jurus dan hanya berlatih setahun sekali.

Contoh lain semasa pergi Gym, boleh lihat orang yang berlatih akan mendapat tubuh badan yang diimpikan dalam masa 6 bulan. Berbanding orang yang pergi Gym dan hanya duduk bersembang dan kononnya tahu semua cara membina otot yang berkesan.

Hari ini Alhamdulillah, dengan ilmu yang tak seberapa dan atas latihan berterusan saya dan beberapa Ahli DSI, kami perolehi pelbagai kelebihan dan pengalaman luar biasa. Setiap malam sebelum tidur saya akan melakukan Latihan DSI (Daya Sejati Insani) walaupun peringkat Dasarnya sudah lama diijazahkan.

Kesimpulannya, jika kita biasakan diri dengan membuat latihan, kita akan perolehi dan mencapai pelbagai hajat dan boleh jumpa jalan keluar dari segala kebuntuan dan permasalahan. Dengan selalu buat latihan secara tak langsung menguatkan jantung dan sihat tubuh badan disebabkan banyak berpeluh.

Diri kita ibarat handfon yang perlu di caj bateri setiap hari. Dengan membuat Latihan, diri kita akan mendapat energi baru dan akan menarik energi-energi positif dari luar dengan lebih kuat. Oleh itu, saya sarankan kepada diri saya dan sahabat-sahabat DSI agar kita sentiasa berlatih untuk memantapkan ilmu yang kita perolehi.

PENTING : Untuk semua Ahli DSI dibawah pengijazahan saya, ayuh kita sama-sama tingkatkan energi dengan melakukan latihan bersama setiap hari Khamis malam Jumaat mulai jam 10:30 hingga 11:00. Insya Allah saya akan selaraskan energi sekali waktu itu.

Salam Sukses!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

azli

October 26, 2010 at 5:19 am

alhamdulillah..setakat ni latihan seminggu sekali belum mis lg….

master hadzrin

October 26, 2010 at 12:06 pm

mantap azli !!

Alessandro

October 26, 2010 at 12:55 pm

Praktice Makes Perfect ^__^