15
Oct

PENGGANDAAN ASET DENGAN EMAS DENGAN 2 PILIHAN

Hari ini saya ingin jelaskan apa yang tidak jelas. Mungkin dah banyak kali mendapat pendedahan tentang menggandakan emas seperti dalam post-post sebelum ini. Saya pasti ramai yang keliru. Sebagai contoh beli satu dapat 2. Memang benar dapat 2 lagi tetapi 2 itu bukan free.

Mengapa emas? Harga emas pada penghujung tahun 2009 bagi 100 gram adalah RM11, 090. Hari ini ( 15hb Oktober ) harga emas sudah menjadi RM15,600. Jika pandai main spot gold memang untung sebab dapat duit lagi.

Apa itu spot gold ? Kalau kita cagar letak emas di ah Rahnu, kita boleh tukar surat pajak kita setiap kali harga emas naik. Sebagai contoh sekarang emas RM150 per gram. Apabila ia naik RM170 per gram bermakna ada perbezaan RM20.

Jadi jika kita mempunyai 300 gram bermakna RM20 X 300 dah dapat RM6,000. Caranya ialah hanya pergi ke Ah rahnu dengan menukar surat pajak. Itu dinamakan Spot Gold.

Program menggandakan Aset ada dua pilihan :

  1. Dengan miliki 100 gram dengan modal RM6,400. ( Harga emas 100 gram adalah RM15,600)
  2. Beli 100 gram dan pajak di Ah Rahnu untuk dapat lagi 200 gram menjadi 300 gram. Bayar RM15,600 dapat emas bernilai RM48,000.

Jika kita belum pernah miliki emas, dengan kaedah begini, kita mampu mempunyai sekurang-kurangnya 100 gram. Untuk mengumpul RM6,400 boleh dilakukan dengan cepat jika ada bisnes, ada kerja part time, dapat bonus, dapat loan dan janganlah dapat duit buat beli benda lain dahulu.

Tuntutlah ilmu dan bina aset dahulu kerana ini akan membantu anda disaat kesulitan ekonomi

Bagaimana nak jadikan ia berganda sperti yang dinyatakan? Jika anda pergi ke mana-mana tempat , anda tidak akan dapat peluang ini. Sebagai contoh anda nak beli emas di kedai emas. Memang mereka tak akan layan.

Jadi jika ingin buat penggandaan seperti di atas, boleh hubungi saya. Buat sementara ini , saya belum melantik mana-mana orang tengah atau ejen kerana kerumitan mengendalikan program lebih-lebih lagi ia melibatkan modal besar.

Tetapi jika anda mempunyai pelanggan yang ingin membeli emas dan mempunyai modal seperti diatas untuk membeli emas, saya boleh memberi komisen. Jika diluar ejen emas biasanya mendapat 1.5%, tetapi saya beri lebih sedikit. Lebih berapa? Mungkin 3% daripada harga emas.

3% je ? Mungkin ramai yang beranggapan bila berniaga emas terus boleh jadi kaya. Mungkin terus boleh dapat beribu-ribu. Ideologi ini boleh pakai jika ada lombong emas sendiri. Pergi mendulang sendiri dan dapat emas jual ikut harga pasaran.

Walaupun sedikit marginnya tetapi kenapa ramai orang berebut-rebut nak jadi ejen emas atau penjual emas? Ini kerana nilai emas dipandang tinggi. Sebagai contoh, ini hanya perumpamaan ye. Saya harap tak ada sesiapa yang tersinggung.

Jika dua orang kawan datang berjumpa dengan anda dan ajak anda buat projek iaitu seorang ajak buat projek MLM dan seorang lagi projek emas. Yang mana satu anda rasa berminat ?

Benar, kita boleh tahu yang mana menguntungkan semua pihak. Pembeli dan Penjual. Sebagai pembeli, mereka boleh mendapat keuntungan 30% purata setiap tahun atau dengan mendapat duit bermain Spot Gold walaupun dia sudah berumur atau jenis tak mempunyai ramai kawan.

Lagi satu, menjalankan perniagaan emas akan mengeluarkan aura menarik rezeki-rezeki lain. Sumber terbesar saya bukan dari emas tetapi daripada bisnes konsultasi saya sendiri. Saya sibuk melakukan perniagaan emas tetapi dalam masa yang sama perniagaan konsultasi saya berjalan sendiri.

Walaubagaimanapun, jika anda berminat untuk menjadi ejen, boleh datang berjumpa saya dengan membeli emas seperti di atas 100gram atau beli 100gram plus 200gram. Jika tidak membeli, boleh menyertai program Affiliate emas dengan modal RM516. Anda akan menerima bisnes kad, buku resit dan slide Presentasi serta risalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

abdul rahim

October 16, 2010 at 1:19 am

Master.Terima kasih kerana sudi menjelaskan tentang penggandaan emas yang beli satu dapat dua bukannya percuma tu.Saya ni MCE Mathematics dapat F9.Tapi jangan gelak jawatan terakhir saya sebagai lembaga pengarah koperasi mengendali aset melebihi RM100 juta.MCE gred 3 1971.

reza

October 16, 2010 at 2:26 pm

ape cerita dgn loan ari tu master?

nizar

October 16, 2010 at 8:07 pm

master berjanggut tunggu nak masuk business ni….boleh tak mulakan tanpa modal?

AREYEY

October 17, 2010 at 11:51 pm

HAJAT TU MEMANG ADA..MODAL TENGAH KUMPUL..BARU NAK MENABUNG.

shidi

October 18, 2010 at 1:41 am

hahaha…dah jelas dah sikit master…dengan RM516 dah boleh jadi affiliate…menarik..satu lagi..boleh ker kita mulakan dengan 10 gram dapat 20 gram…sikit-sikit lama2 banyak tu…

Suha

October 19, 2010 at 2:25 am

Master.. dulu saya ada join etika emas.. beli 7 ketul emas…pastu kerajaan blog program ni…emas sangkut kat arrahnu…. pastu kena tipu plak ngan fajar permata… ada program berkaitan dengan Z1 mlm emas….. sekarang dapat selamatkan 200g emas jer… tapi bank rakyat n bank pertanian tak terima emas tu.. saya pun tak tau nak buat ape.. niat hati nak tukar jer dengan emas 916 dari member ..100g 999 tukar 110g.. pastu baru pajak kat bank n main spot gold… ntahler… master ada idea ker apa nak buat..

Master Hadzrin

October 19, 2010 at 4:31 am

Suha :

Master.. dulu saya ada join etika emas.. beli 7 ketul emas…pastu kerajaan blog program ni…emas sangkut kat arrahnu…. pastu kena tipu plak ngan fajar permata… ada program berkaitan dengan Z1 mlm emas….. sekarang dapat selamatkan 200g emas jer… tapi bank rakyat n bank pertanian tak terima emas tu.. saya pun tak tau nak buat ape.. niat hati nak tukar jer dengan emas 916 dari member ..100g 999 tukar 110g.. pastu baru pajak kat bank n main spot gold… ntahler… master ada idea ker apa nak buat..

Program yang Suha join tak sama. Ini lebih kepada jual beli emas sahaja.

roi

July 2, 2016 at 8:03 am

saya dari kota bharu. saya nak beli emas drp master . mcm mana nak berurusan dgn master.