03
Oct

NAMPAK JALAN KEJAYAAN…LAKUKAN KEMUDIAN PAGAR RUMAH!

Alhamdulillah, baru pulang dari Kursus Intensif di Pantai Remis Selama 2 hari bersama Guru-Guru Tendai.

Suasana di Kursus memang sempoi habis memandangkan dapat tingkatkan ilmu sambil tingkatkan daya energi diri dengan menghadap laut.

Yang hadir semuanya pakar-pakar metafizik, yang miliki pHd, yang dah lama membuat pusat rawatan. yang ada menghasilkan produk herbal sendiri, yang dah biasa mengusir energi-energi negatif senang cerita semua yang hadir adalah otai-otai metafizik.

Saya bukan kategori otai. Saya hanya sang pemerhati sahaja…Aktiviti padat dengan perkongsian ilmu oleh Qomaiza dan Guru-Guru lain.

Memang dalam kursus ditekankan untuk kami semua bangkit bantu orang lain kukuhkan ekonomi melalui kaedah metafizik seperti pengijazahan Tendai dan lain-lain kaedah perawatan.

Aplikasi Tendai ada banyak dan dikupas satu persatu dengan disertai Jurus pantas untuk memantapkan energi dalaman. Untuk apa energi dalaman ini?

Ada banyak kegunaan dan kalau dalam bisnes ia lebih kepada banyak inovatif, kewibawaan, mengambil keputusan pantas, benteng diri dari ditipu dan banyak lagi. Ramai tahu bahawa untuk berjaya perlu berilmu.

Hari ini ramai yang sudah berusaha keras tetapi masih lagi belum capai impian seperti belum miliki kekayaan. Hari ini ramai yang sudah berjaya kaya raya duit banyak tetapi ada masalah keluarga seperti anak tak dengar kata dan degil.

Jika miliki ilmu untuk atasi permasalahan ini , pertama sekali pembersihan rumah perlu dilakukan seperti mengusir unsur-unsur negatif. Kaedah ini dilakukan selama seminggu untuk mencuci rumah daripada perkara-perkara yang menghalang kita untuk berjaya.

Sebab itu rezeki susah nak masuk jika dalam rumah penuh dengan unsur negatif seperti makhluk halus, jin dan sebagainya.

Walaupun dunia sekarang moden tetapi asal-usul rumah yang kita tinggal sekarang bahan buatannya kita tak tahu. Batu yang dibuat untuk membina rumah juga tanah dan pasirnya dari perkuburan atau perkampungan halus kita tak tahu.

Tapak pembinaan rumah kita asal-usul pun kita tak tahu samada ia dari perkuburan atau bukan. Latar belakang tuan rumah sebelum kita tinggal juga kita tak pasti.

Kemungkinan pernah berlaku kematian seperti pembunuhan dalam rumah dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan ada unsur-unsur negatif yang berlegaran dalam rumah. Bunyi seperti mistik tetapi ini adalah fakta.

Walaubagaimanapun, anda jangan khuatir kerana benda-benda halus ini tak akan menjelma depan anda dan boleh dilihatkan atau mengganggu anda. Apa yang menyebabkan kita selalu ditimpa masalah ialah kerana unsur-unsur negatif ini yang berada dalam rumah kita.

Jika ahli tendai peringkat Grand Master ke atas, unsur-unsur negatif ini akan lari secara automatik. Pernah ada suatu kejadian aneh berlaku di rumah salah seorang ahli tendai yang baru.

Rumah tersebut memang mempunyai sesuatu energi yang negatif dan saya difahamkan selalu berlaku permasalahan seperti jiran tak suka, tuan rumah kena aniaya, sakit-sakit.

Pada waktu Maghrib , sewaktu saya dan sahabat ingin melakukan solat di bilik tidur tuan rumah, lampu rumah tersebut berkelipan. Ini kerana unsur negatif tersebut takut dengan kehadiran energi positif dan selepas dari peristiwa itu, tuan rumah ada memberitahu bahawa kakinya sudah pulih boleh berjalan dengan baik sedikit.

Lagipun Tuan rumah sudah diijazahkan dengan ilmu Tendai peringkat Super Grand Master. Saya juga difahamkan perniagaan pusat rawatan yang dijalankan dirumahnya mempunyai kesan yang positif dan reaksi baik dari pelanggan yang datang merawat dengannya.

Jadi , kesimpulannya, jika kita seringkali ditimpa masalah sebenarnya ada gangguan negatif di rumah anda. Cara paling mudah untuk melihat sama ada rumah anda ok atau tidak dengan cara gunakan lilin.

Cara ini amat mudah dimana anda perlu kosongkan rumah anda dari penghuni dan keluar sementara selama 24 jam dari rumah. Tidurlah di tempat lain seperti di hotel, rumah saudara dan sebagainya.

Ambik lilin tersebut pasang selama 24 jam mulai sebelum magrib dan tinggalkan rumah anda dan kembali pada keesokan harinya (24 jam kosongkan rumah).

Keesokannya jika anda lihat lilin anda sudah padam walaupun baru separuh bermakna di rumah tersebut ada unsur negatif.

Jika lilin padam sehingga sumbunya habis, bermakna rumah anda okey tiada unsur negatif. Untuk apa nak ketahui ini ? Seperti yang saya bagitahu, jika selama ini kita seringkali gagal dan ada masalah baik perhubungan atau kebahagiaan yang tidak menjadi bermakna ada unsur yang tidak baik.

Saya bukan cakap anda kena santau atau sihir tetapi asal-usul rumah yang kita sendiri tak tahu dari mana sumber bahan buatannya. Jika sihir atau saka, ada cara lain untuk mengesannya.

Jangan tanya saya bagaimana kerana itu semua kerja para bomoh atau pawang. Saya bukan bomoh atau pawang tetapi saya faham ilmu energi atau getaran dan semua unsur adalah energi termasuklah diri kita.

Benda halus adalah energi tetapi ia energi yang tidak matang. Kita manusia adalah energi yang lengkap. Sama seperti seorang sami budha yang bertapa berpuluh tahun dan apabila ia mati lalu muridnya membakar mayatnya dan akan menjumpai satu bentuk kristal daripada abu tok gurunya.

Itulah energi yang sudah matang dan untuk menghasilkan kristal itu perlu berpuluh tahun melakukan meditasi. Tak percaya tanyalah dengan ahli showlin tentang kristal tok guru mereka yang sekarang ini kebanyakannya mereka jadikan sebagai azimat.

Dan kita sebagai umat Islam tidak sama kepercayaan dengan mereka. Kerana kita apabila sudah meninggal dunia , mayat kita akan dikembalikan ke dalam tanah dan bukan dibakar.

Jadi sekarang, mungkin anda dah nampak jalan dan dah tahu mengapa selama ini usaha yang keras dilakukan tetapi mempunyai banyak rintangan atau sentiasa ditimpa kesusahan.

Jalannya ialah membersihkan rumah anda dari unsur negatif. Bukan bersihkan dengan mencuci rumah seperti menyapu atau mengemop lantai.

Maksud membersihkan energi negatif ini ialah dengan memerangkap unsur negatif ini ke satu formula yang sudah disediakan dan selepas dibersihkan unsur negatif tersebut barulah merawat diri seluruh ahli keluarga kemudian memagar rumah.

Proses ini akan dilakukan peringkat-peringkat dan selepas itu barulah usaha anda berhasil. Tetapi jalan paling mudah ialah mengambil pengijazahan Tendai kerana ia secara automatik mengusir unsur negatif.

Sebab itu produk yang saya hasilkan untuk buat rawatan berkesan cepat terhadap kes mistik. Akan datang saya akan kongsikan aplikasi tendai untuk semua ahli tendai yang sudah ada energi yang diijazahkan oleh saya atau guru lain.

Bukan apa, ilmu yang anda belajar bukan setakat peringkat tendai dasar atau master sahaja sudah memadai dan ilmu aplikasi pula anda tidak tahu lebihlah rugi. Apa yang penting kita redho dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya sentiasa memberi petunjuk untuk kita dapat memulakan langkah kejayaan. Amin

Post sponsor oleh Pengijazahan Tendai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Aziz

October 3, 2010 at 1:31 pm

Terima kasih Master atas ilmu yang dikongsikan..Amin..Ya Allah.

Norita

October 3, 2010 at 11:32 pm

Terima kasih krn b’kongsi ilmu yg b’guna ini. Ini yg seronok bila menjadi ahli ISP/Tendai, sentiasa dibimbing utk menafaat b’sama. Teruskan usaha, semuga Allah memberi rahmat dan hidup lebih di berkati. Amin..