09
Oct

KES HISTERIA SEMALAM

mistikBismilahirahmanirahim,

Pagi ini jam 5 pagi dah keluar rumah pergi KLIA menghantar sahabat. Kemudian sempat solat subuh di Masjid Besi Putrajaya. Jam 7 pagi dah ada apoinment di Presint 9.

Nak kata sibuk, tak lah sangat tapi sehari perlu ada 10 apoinment jumpa orang.

Semalam sewaktu sedang buat meditasi, seorang murid baru Tendai telefon saya sanpai 2 kali. Kali pertama tak angkat sebab tak sempat.

Kali kedua baru dapat menjawab. Katanya minta pertolongan sebab ada salah seorang student perumpuan di kolejnya terkena Histeria.

Minta tolong saya rawat guna jarak jauh. Walaubagaimanapun, saya minta dia sediakan air tiga baldi dicampurkan dengan air batu untuk dimandikan patient itu. Maaf lah ye kali ini post ceritanya agak mistik.

Sejak TV3 banyak dedahkan kisah Dasyat 13, Ilmu Alam Ghaib, makin banyak pulak kes mistik. Namun saya tekankan disini, saya bukan bomoh dan setakat ini saya tak pernah pun charge orang yang mana nak berubat dengan saya.

Yang mana minta tolong buat rawatan, saya sarankan guna jarak jauh dan saya transfer energi penyembuhan. Insya Allah patient tersebut akan sembuh. Bagitu juga kes semalam, saya hanya menghantar energi penyembuhan dan dengan izin Allah patient yang berada di Kedah itu kembali pulih.

Bukan senang untuk merawat orang jarak jauh. Sahaja cerita-cerita dulu ya tapi jangan percaya apa yang saya cakap sekarang. Sewaktu sedang menghantar jurus, energi negatif yang masuk ke tubuh petient tersebut datang ke depan pandangan saya dan saya boleh kenal pasti rupanya.

Seperti yang saya cakapkan tadi, baca dan jangan percaya apa yang saya cakap. Cuma dengar sahaja cerita. Warna unsur negatif itu satu badan berwarna merah dan bertanduk 3. Kepalanya lebih besar dari badannya.

Mungkin anda fikir saya mengarut atau buat cerita. Sebab itu saya cakapkan tadi , dengar-dengar sahaja jangan percaya. Saya cuma nak beritahu apa yang saya lihat sewaktu menggunakan kaedah rawatan jarak jauh.

Hal ini telah saya bincang dengan rakan sejawatan saya ( Guru Super Grand Master Tendai ) pak ustad. Memang rupa benda-benda negatif ini seperti itu. Ada setengah orang panggil makhluk itu jin. Tapi saya anggap ia satu unsur negatif.

Kebiasaannya , kita asyik cakap kalau datang merasuk ke…meracau, jin punya kerja. Jin sentiasa kena fitnah sahaja. Ada kes seorang seperti kena rasuk dan orang semua ingat angkara jin. Sampai tukang mengubat pun ingat jin punya hal.

Tak lama tu jin pun masuk datang dalam tubuh patient tersebut dan berkata bukan kerja dia. Patient itu memang tengah sakit. Lalu ia keluar. Datang sekadar nak memberitahu kebenaran.

Maaf ya jika ada yang tersinggung dengar kisah mistik di blog ini. Bukan apa, sekurang-kurangnya kita ada ilmu bila berhadapan dengan kes begini. Hari ini mungkin kita normal tapi jika berlaku pada diri atau keluarga kita terkena histeria, sekurang-kurangnya kita tahu apa nak buat.

Nak tahu orang kena histeria atau tidak ialah dengan melihat mata patient itu. Kadang-kadang ada orang yang berlakun kena histeria. Matanya seakan-akan juling.

Orang yang terkena histeria paling sesuai nak merawat ialah dengan memandikan dia terus dengan Ais. Ingat tu Illyas, lain kali kalau berlaku buat apa yang saya sarankan.

Mengapa ais? Unsur negatif bersifat api dan suhu ais adalah sifar. Jadi ia meneutralkan. Mandi 3 kali baldi kalau satu kali tak ada kesan. Walaubagaimanapun jika malam, dikhuatiri terlalu sejuk dan memudaratkan patient, boleh guna air dicampur garam dan air bekas cuci beras.

Tapi paling cepat itulah guna ais. Punca kes semalam berlaku ialah apabila unsur negatif ini mendapat gangguan seperti ada orang yang membuat amalan dan mengeluarkan gelombang positif, unsur ini akan menjadi tak tenteram lalu mengganggu orang yang lemah.

Ataupun kadangkala, patient sendiri tak tahu selama ini ada unsur negatif dalam badannya dan apabila berdekatan dengan energi positif maka unsur ini akan mengila dan menyebabkan tubuh mangsa yang didudukinya mengalami histeria.

Menuntut ilmu mengubat mistik boleh jadi fardhu kifayah. Jika berlaku macam kes semalam seperti di kolej kes semalam, dan ustad atau yang tahu tidak ada ketika itu setidak-tidaknya kita yang tahu ilmu merawat boleh beri bantuan.

Insya Allah, anda boleh buat sendiri. Jika anda mengambil ilmu tendai tak kira peringkat dasar sekalipun, anda mempunyai energi yang anda sendiri tak perasan boleh membantu orang yang ada masalah.

Sebab itu , saya tak berapa nak layan kalau ada orang dah belajar ilmu macam-macam tapi rasai dirinya tidak ada apa perubahan seolah-olah mereka inginkan bila berjalan badan keluar api atau bergoncang tanah. Itu dalam komik atau cerita kartun yang buat kita jadi terpengaruh.

Kadangkala, disaat kita tak sedari, kita dapat dirasai oleh unsur negatif tentang energi kita. Seperti ada kes seorang ahli tendai yang baru selesai latihan 21 hari, sewaktu berjumpa dengan ibunya, dia menunjukkan tapak tangannya lalu ibunya termengundur jauh ke belakang secara automatik.

Memang benar, dalam tubuh ibunya ada yang menumpang. Jadi sebenarnya ilmu yang kita ada adalah digunakan bila saat getir. Bukan untuk buat demo atau menunjuk-nunjuk.

Bagi saya, ilmu hebat bagaimanapun tapi jika tak diizinkan Allah maka tak menjadi juga. Jika ada perkara seperti histeria berlaku di kawan anda, buat seperti yang saya kongsikan. Kemudian terpulang pada anda untuk mencari bomoh, dukun pawang atau orang yang berilmu selepas itu.

Yang penting jangan cari saya sebab saya bukan bomoh. Saya hanyalah Ahli Metafizik Tendai dan tahu akan hukum alam serta energi. Atau jika anda dah miliki produk saya seperti minyak AuraSukses atau perfume boleh juga gunakan kerana ia mempunyai energi positif yang tinggi.

Biasanya patient yang ada masalah akan menjadi penat setelah mandi minyak AuraSukses kerana semua energi negatifnya sudah dikeluarkan. Setelah itu patient tersebut akan menjadi sangat segar dan tenang.

Saya bersyukur kerana mempunyai sesuatu yang dapat dikongsikan kepada sesiapa sahaja yang berminat. Sebagai Ahli Tendai, saya merujuk kepada Guru saya dan Murid-Murid Tendai di seluruh Malaysia agar kita dapat menyumbangkan bantuan berbentuk rawatan kepada sesiapa yang dalam kesusahan.

Kerana bila kita ikhlas membantu orang, Allah akan membantu kita disaat kita susah. Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Norita

October 9, 2010 at 6:46 am

Terima kasih Master krn b’kongsi cerita.. Insyallah akan dimanafaatkan sentiasa..

Yan

October 9, 2010 at 2:17 pm

terima kasih Master, bertambah lagi ilmu saya hari ini.

Pak Ustad

October 10, 2010 at 12:03 am

Pak Gaban,
Ingatan yang kuat. Boleh ingat apa yang dikongsikan tanpa perlu catatan. Syabas