10
Oct

KELANTAN LANCAR DINAR EMAS

KelantanDinar

Menggunakan Dinar ni bukan satu eksperimen baru dalam urusan jual beli dan ekonomi tapi sebenarnya satu idea yang telah digunakan sejak 1400 tahun lalu ketika zaman Rasulullah SAW lagi.

Baru-baru ni kerajaan negeri Kelantan dah lancarkan dinar dan dirham yang juga akan digunakan di 1000 premis sekitar negeri Kelantan termasuklah Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah.

Kalau pi area tu memang ramai makcik-makcik jual emas di kaki lima. Saya ada bertanya pada mereka pendapatan sebulan berapa diaorang dapat. 5 Angka senang-senang. Kalau kat KL ni nak niaga emas kaki lima dah kena ragut atau pow.

Menteri Besar Kelantan Dato Nik Aziz mulai membayar gaji kakitangan kerajaan negeri di Kelantan dengan menggunakan dinar. Dinar emas atau Gold Dinarialah syilling emas 22 karat atau emas 916% ketulenannya.

Satu dinar bersamaan 4.25gram. Dinar Emas Kelantan dikeluarkan oleh Perbadanan Kelantan Berhad dan pengeluarannya dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade.

Sebenarnya, sejak kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniyah 100 tahun lalu, kini Dinar dan Dirham pertama kalinya diperkenalkan oleh kerajaan umat Islam sebagai matawang syariah.

Apabila dinar emas diperkenalkan semula di Kelantan, sebenarnya ia bukan idea baru atau eksperimen. Dah jadi alat pertukaran yang telah digunakan sejak 1400 tahun lagi.

Kalau ikut kiraan sekarang, 1 dinar bersamaan RM570 dan 1 dirham bersamaan RM15.

Sempena pelancaran Dinar dan Dirham dilancarkan di Kelantan, 4 perkara disasarkan dan dilaksanakan terlebih dahulu.

  1. 30% pembayaran gaji kepada para kakitangan kerajaan seluruh negeri Kelantan akan menggunakan Dinar dan Dirham.
  2. Bil elektrik dan air akan menggunakan sistem dinar dan dirham
  3. 600 kedai mempunyai pelekat terima transaksi dinar dan dirham
  4. pembayaran zakat menggunakan dinar dan dirham.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*