27
Oct

ILMU MENYELESAIKAN 1001 MASALAH

1001 masalah mencari jalan keluarDi dalam al-Quran, surah al-Ahzab ayat 56, Allah menyatakan yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Al-Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, “Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”

Bacalah selawat, Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi wa as-haabihi ajma’iin.

Maksudnya, “Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabat baginda.”

Pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar R.A., jika penduduk Madinah mempunyai masalah, mereka akan menrujuk kepada Baginda Saidina Umar untuk menyelesaikan permasalahan mereka. Dan Saidina Umar yang pada ketika itu merupakan pemimpin, konsultan dan menghakimi pelbagai hal.

Semua orang yang ada masalah akan diturunkan ilmu cara mengatasi masalah mereka baik masalah mereka besar atau kecil. Insya Allah, kali ini saya akan berkongsikan ilmu itu buat anda dan sebelum itu, sebagai aturan untuk mendapat rahmat dan keberkatan ilmu yang diperolehi, anda diminta memberikan sedekah “ALFATIHAH” kepada 5 orang:

 

  1. Kepada Nabi Muhammad SAW untuk mendapat syafaat dari baginda pada hari Kiamat
  2. Kepada Kedua ibu-bapa kerana melalui mereka kita dilahirkan ke dunia
  3. Kepada Saya Hadzrin Shahari sebagai penurunan mendapat ilmu
  4. Kepada diri anda sendiri
  5. Kepada semua penduduk Islam

Alfatihah…

Cuba perhatikan masalah-masalah berikut. Adakah diantaranya anda menghadapi masalah tersebut…. Mungkin ada antara masalah yang saya senaraikan ini saya terima daripada email/sms/ telefon kepada saya tentang aduan masalah orang-orang yang memerlukan bantuan:

  • Tak ada duit simpanan
  • Hutang bertimbun
  • Gaji kecil kerja dah lama tak naik-naik
  • Tak mampu nak beri duit kepada ibu bapa
  • Anak bertambah dan duit belanja meningkat
  • Kena diberhenti kerja
  • Suami kahwin lain atau ada perumpuan lain
  • Susah dapat kerja
  • Orang tak suka pada anda
  • Kekasih melarikan diri
  • Selalu kena tipu oleh orang yang dikenali dan tak dikenali
  • Susah nak dapat projek
  • Berusaha gigih tetapi tidak berhasil
  • Tanaman tak menjadi
  • Bankcruptcy dan Muflis
  • Menghidap penyakit
  • Barang hilang
  • Keluarga tak harmoni
  • Anak degil tak mendengar kata
  • Masalah negara
  • Susah nak terima ilmu
  • ……………………..dan banyak lagi permasalahan yang boleh diatasi dengan amalan ini.

Ada orang sudah mengetahui tetapi tidak mengamalkannya. Dan ada yang tak tahu dan bila sudah tahu juga tidak melaksanakannya. Sebab itu dengan niat yang ikhlas, mengikut aturan mengaplikasikan ilmu ini disertai dengan sedekah Alfatihah kepada 5 pihak dinyatakan diatas, Insya Allah segala kesulitan akan ditemukan jalan keluar.

Apa yang perlu dilakukan untuk mencari jalan keluar dari permasalahan anda lakukan dengan 3 M iaitu :

Menerima ~ anda terima masalah anda

Mengaku ~ anda akui bahawa anda tiada kuasa untuk menyelesaikan masalah itu dan berserah kepada Allah

Melepaskan ~ Anda serahkan segala masalah anda bulat-bulat kepada Allah untuk diselesaikan.

Setelah melakukan “3M” anda “BERISTIGHFAR” sebanyak 70 kali setiap hari sehingga Allah mengizinkan anda untuk menemui jalan keluar dari kebuntuan anda.

Usaha yang mudah dilaksanakan. Anda boleh lakukan bila-bila masa samada semasa menonton TV, memandu kereta, selepas solat, sebelum tidur, semasa menunggu orang….dan dimana-mana. Insya Allah, jika anda lakukan ini, pasti bantuan dari Allah akan muncul dari cara yang tak terfikir kerana pemikiran kita sebagai hamba Allah amat terbatas.

Selamat beramal…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

rayme

March 21, 2011 at 4:16 am

al Fatihah 5 kali tu pun kena buat setiap hari juga ke bersama 70 x istighfar

lily

April 3, 2013 at 8:08 am

assalammualaikum,
saya nak tanye.. al fatihah tu kan kena baca lima kali ke atau sekali untuk lima orang. saya menghadapai dua masalah. satu hutang yang tak tertanggung dan sekarang saya dah memang tak mampu nak bayar. dah 6 bulan cari jalan penyelesaian tapi sampai sekarang masih belum jumpa jalan.

kedua, anak saya tak nak dengar kata. degil…

sekian, wasalam..

    masterbloguser

    April 3, 2013 at 3:32 pm

    oic…sudah faham mengapa jadi begitu