14
Oct

DARI KAYA RAYA JATUH TAK NAIK-NAIK

jatuh susahSemalam bersama sahabat-sahabat pergi menziarah Qomaiza Master di rumahnya.

 Alhamdulillah, bulan Disember , Mac dan Jun ada banyak program bersama Qomaiza dan kemuncak aktiviti pada Jun di mana kami semua akan membuat lawatan ke Makam-Makam Wali di Indonesia.

Sebagai belajar dan memperingati para-para Wali memperjuangkan dakwah Islam pada suatu ketika dahulu.

Qomaiza ada menceritakan, orang yang berjaya adalah dari kalangan Sufizm (Ahli Sufi) di mana mereka telah mencapai kejayaan yang kemuncak dan itulah kejayaan merangkumi kebahagiaan optimal.

Sebagai contoh kita sering dengar ada ramai yang mempunyai kekayaan tetapi hati tidak bahagia. Ahli Sufi sebenarnya kekayaan sudah dianngap secondary kerana mereka telah jumpa kejayaan hakiki dengan mengenali Maha Pencipta yang memiliki segala kekayaan dan isi nikmat dunia.

Itulah ilmu Tauhid yang orang-orang berjaya , kaya dengan harta, duit dan amal kebajikan miliki dan dengan platform Tauhid ini mereka membina empayer mereka dalam pelbagai bidang dan bertujuan untuk membantu seramai yang mungkin.

Saya seronok bila mengetahui di setiap pentadbiran madrasah atau pusat pengajian Islam belakangnya di sokong oleh Orang yang berjaya. Kerana itu juga aim dan cita-cita mungkin kita semua ada.

Mengenai topik hari ini sebenarnya satu iktibar dan satu pengajaran buat kita untuk memahami dan membuat post mortem mengapa kita sering dengar dan lihat ramai orang yang dahulunya duit banyak, rumah besar, kereta mewah menjalar tetapi jatuh miskin sampai hari ini dan tidak naik-naik.

Pengalaman saya pernah suatu ketika semasa saya buat perniagaan MLM berjumpa dengan seorang Dato yang memegang jawatan sebagai pengerusi Engineering di Johor. Saya tahu walaupun dia seorang tokoh berpengaruh tetapi tanggungjawab saya untuk menyampaikan hajat rakan (downline) saya untuk membuat presentasi pada Dato itu.

Bagi saya tak mengapa bila lagi nak berpeluang jumpa orang berpengaruh dan kira hari itu saya ada aktiviti bisnes. Saya tak mengharap langsung sesiapa yang saya jumpa untuk menyertai bisnes saya. Apa yang saya lakukan ialah sampaikan sahaja amanah dan tanggungjawab saya kemudian biarlah mereka nak buat keputusan.

Tetapi belum sempat saya memulai presentasi pada Dato tersebut, dia sudah membelasah saya dengan mengatakan ini bisnes untuk orang bodoh dan tak akan orang seperti dia nak jumpa ajak orang buat bisnes orang bodoh.

Saya percaya tak semua Dato-Dato seperti orang itu. Kalau ada mungkin 1 dalam seribu. Jadi saya tak berkesempatan untuk menceritakan peluang bisnes saya ketika itu. Dengar sahaja leterannya dan saya lihat rakan saya yang ajak jumpa Dato tu mukanya merah padam tunduk.

 Mungkin dia malu pasal dato cakap buat kerja orang Bodoh atau mungkin dia malu ajak saya dan buang masa jumpa Dato itu.

Saya tak buat bisnes yang macam awak ni pun sekarang saya dah banyak duit, boleh pakai kereta Toyota Harrier duduk rumah besar. Jadi tak ada sebab saya nak ikut awak. Saya lihat awak pun tak berjaya lagi. Ajak orang lain dulu baru ajak saya.

Memang benar, waktu itu saya masih baru lagi dalam MLM dan kereta pun tak ada tumpang kawan. Walaubagaimanapun, alang-alang dah jumpa orang seperti itu, saya anggap itu first and last, saya mulai bicara sebagai penutupan perjumpaan hari itu.

Memang benar kata Dato tu, Dato dah berjaya segala-galanya dah ada buat apa nak buat bisnes macam ni. Saya percaya hidup kita macam roda, hari ini kita pusing berada di atas dan esok mungkin bawah. Hari ini Dato berada di atas dan tak mustahil esok lusa tahun depan dato berada dibawah. Saya doakan All the best untuk dato. Terima kasih atas masa Dato.

Saya dan kawan minta diri dan keluar dari ofisnya. Selang dua tahun, saya lalu di depan bangunan ofisnya saya lihat ofisnya dah ditutup dengan arahan mahkamah. Dato tersebut jatuh bankrupt kerana terlalu banyak hutang dan bisnesnya lingkup kerana tak banyak dapat projek.

Kisah ini mengingatkan saya kembali 4 tahun dahulu selepas berbual dengan kawan-kawan tentang pengalaman mereka jumpa seorang patient yang mereka merawat. Patient itu asalnya Kaya Raya dan berjaya atas projek hartanah. Rumah besar dan kereta banyak.

Tetapi sekarang dah jatuh miskin sehingga dapat duit zakat. Itu yang menghairankan saya, duduk rumah teres sekarang ini dapat menerima duit zakat. Kalau orang yang masuk BERSAMAMU tu lain cerita.

Patient tersebut rakan-rakan bantu kerana katanya ada Saka dalam badan.  Tetapi bagi kami yang tahu sebenarnya bukan pasal saka tetapi pasal Stress dan masalah rumah tangga. Banyak energi negatif dalam dirinya. Punca nya bila suaminya kahwin dengan orang lain. Selepas itu anak bini bergaduh dan itu yang mengundang banyak energi negatif.

Patient tersebut bagitahu punca dia jatuh dari bisnes hartanahnya adalah disebabkan Saka. Tak pasal-pasal Saka dipersalahkan. Jika dah seiap malam bergaduh dan masalah rumah tangga menjadi berat, bagaimana nak jumpa client untuk dapat deal bisnes.

Jumpa dalam keadaan mata bengkak-bengkak tak tidur malam sebab bergaduh. Tu yang punca bisnes jatuh dan dari ada kereta kena tarik, rumah besar terpaksa lelong simpanan ada jadi licin. Bukan pasal saka sebenarnya. Jika ada pun disebabkan ia membenarkan masuk. Bila dah minda selalu cakap saka…saka…jadi betul.

Bila dah jatuh sebenarnya satu pengajaran besar dalam mencari ilmu kebenaran akan muncul. Kebiasaannya Allah menguji dengan ada duit dan dengan tak ada duit.

Disaat kita berduit Allah uji, adakah tanggungjawab dilaksanakan atau tidak dan ketika kita tak ada duit, adakah diuji tanggungjawab dilaksanakan atau tidak.

Sebab itu, ramai yang dalam kesusahan dan kejatuhan tak jumpa jalan untuk naik semula. Semua mengharapkan segera dan cepat dan mudah kena tipu. Ada yang beli nombor ekor untuk naik semula. Ada yang pinjam along untuk naik cepat semula.

Waktu susah selalu mengeluh minta untuk jadi kaya semula dan nak beli kereta harta semula tetapi tak pernah sujud di tikar sejadah. Jika bertanya pada orang-orang yang alim, mereka mengatakan bila Allah timpa kesusahan sebenarnya itulah nikmat yang paling besar Allah beri.

Mereka merasakan disaat melakukan ibadah sewaktu susah adalah yang paling sungguh-sungguh dibanding waktu senang. Sebab itu Nabi Muhammad SAW tidak memilih kesenangan dan kekayaan kerana cinta kepada Allah melebihi segala-galanya. Sebab itu Baginda risau umat-umatnya mencintai dunia melebihi cinta sejati.

Bukan bermakna kita dilarang mengejar kekayaan tetapi kita selalu dipesankan supaya kaya itu bukan prime prinsiple tetapi menjadi kaya  dengan mendekatkan diri kepada Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

abdul rahim

October 14, 2010 at 10:56 am

Master, menitis air mata saya membaca artikal di atas…..

ajin...

October 14, 2010 at 2:03 pm

ini betul menginsafkan…saya….akan saya ingat cite ini…..

Master Hadzrin

October 14, 2010 at 4:08 pm

abdul rahim :

Master, menitis air mata saya membaca artikal di atas…..

Rahim tersentuh part mana ?

abdul rahim

October 15, 2010 at 4:12 am

Master nak tipu saya.Mana ada orang duduk dengan sampah pakai lab-top lerrrr………

Yan

October 15, 2010 at 9:45 am

artikel ne banyak pengajaran.. terima kasih master (“,)

Master Hadzrin

October 15, 2010 at 1:19 pm

Yan :

artikel ne banyak pengajaran.. terima kasih master (”,)

sama-sama kongsi pengalaman masa nak bangkit…

Master Hadzrin

October 15, 2010 at 1:21 pm

abdul rahim :

Master nak tipu saya.Mana ada orang duduk dengan sampah pakai lab-top lerrrr………

tempat orang berteduh jadi tempat tinggal dikatakan sampah…