08
Oct

7 CARA EFEKTIF MERANCANG

planSekarng ni masih ada orang yang sanggup gunakan ilmu hitam untuk hancurkan bisnes orang lain. Hal ini berlaku kepada kawan baik saya sendiri yang buat bisnes di Putrajaya food court.

Bila sebut food court bermakna orang yang menghantar perkara tak elok juga dari food court. Sampai menyebabkan gangguan pada anak isteri.

Kalau dalam Islam perbuatan ini antara dosa besar. Di dunia mungkin terlepas lah. Mungkin bisnes dia boleh jadi tak bolos dan berjaya kerana orang lain yang berniaga sekelilingnya terpaksa gulung tikar. Tapi bila dah masuk ke lubang kubur nanti , hadapilah azab pedih sehingga kiamat.

Kalau dalam kubur sendiri dah tak selamat, sudah pasti tergolong dalam ahli neraka. Itulah pesan guru saya terhadap orang-orang yang menggunakan ilmu hitam untuk hancurkan orang lain.

Itulah mukadimah pada hari ini. Apa cara penyelesaiannya? Caranya ialah perlu tingkatkan ilmu dan merujuk dengan orang yang tahu. Sebagai ketua keluarga, tanggungjawab memastikan keselamatan keluarga wajib.

Nabi Muhammad SAW selalu memesan pada sahabat-sahabat, Untuk berjaya dunia perlu ada ilmu, nak berjaya akhirat perlu ada ilmu dan nak berjaya kedua-dua dunia akhirat juga perlu ada ilmu.

Untuk berjaya, perlu merancang dengan efektif.  Tips perkongsian ini adalah apa yang saya praktikkan dari dahulu lagi dan ia berkesan untuk sesiapa sahaja yang cenderung untuk mengubah hidup.

Ada 7 cara untuk merancang :…….

1# Jangan Bergantung pada orang lain

Anda tidak perlukan kebenaran orang lain bagi mencapai impian. Percaya pada diri sendiri dan beri peluang kepada diri anda untuk berjaya. Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat dengan anda. Orang itu mestilah positif.

Mereka akan menjadi pendorong anda untuk bergerak. Jika anda ada idea, kehendak dan kemahuan, anda tidak perlukan persetujuan orang lain. Jangan tunggu kerana ini membuang masa anda.

2# Jangan tunggu sampai sempurna

Menunggu sehingga segala-galanya sempurna akan membuatkan anda hilang semangat, perhatian dan minat untuk menunaikan impian. Anda tak mungkin ada segala-galanya macam wang, masa dan pengetahuan untuk capai impian.

Ambik risiko, belajar dan tingkatkan diri secara bertahap. Kalau nak tunggu sampai sempurna maksudnya bila dah banyak duit, bila dah tahu semua maksudnya anda memang nak buang masa.

3# Ciptakan Masa

Ramai orang ada impian, sasaran dan kehendak. Tapi sasaran tak dapat disempurnakan. Mungkin kerana kesibukan rutin hingga tidak ada masa untuk sempurnakan impian. Masa dan tenaga perlu diperuntukkan untuk capai impian.

4# Tetapkan hati

Setiap usaha yang dilakukan dengan hati yang ikhlas pasti membuahkan hasil. Kalau buat dalam keadaan hati yang berat, lama kelamaan boleh jadi pekerjaan itu sekerat jalan atau tidak berhasil langsung. Buat ikut minat sahaja, tak minat cari benda lain.

5# Ambil Anisiatif

Berusaha dan bertindak secara proaktif dan bersistem. Kalau anda kongsi idea dengan orang lain dan tunggu orang lain bertindak untuk pihak anda. Ibarat anda nak makan minta orang lain suapkan. Senang cerita, tidak ada sesiapapun yang akan ambik berat pada impian anda kecuali diri anda sendiri.

6# Keluarkan belanja

Bagi mencapai impian, anda sendiri yang keluarkan belanja. Bukan orang lain. Jika idea anda itu bijak, jangan fikir ia akan dibayar oleh orang lain. Contohnya anda mempunyai idea bisnes yang hebat. Anda perlu keluarkan belanja untuk menjadikan produk itu reality.

7# Lakukan satu perkara terlebih dahulu

Buat semua perkara dengan satu komitmen. Lakukan pada satu projek dahulu. Tak kira kalau anda gagal ataupun berjaya, lakukan satu perkara terlebih dahulu.

Jika anda lakukan banyak perkara, anda memerlukan tenaga yang lebih bagi merealisasikan impian anda. Cari keutamaan dahulu. Rancang kerja dan kerjakan rancangan anda.

Insya Allah, anda boleh berjaya dan menjadi seorang yang sukses!

Post ditaja oleh : www.AuraSukses.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

reza

October 8, 2010 at 1:43 am

alhamdulilah talian internet telah disambung dapatlah ana mengikuti tulisan dari master.

Hasbullah

October 8, 2010 at 10:34 am

Alhamdulillah. Terima kasih Master Hadzrin untuk perkongsian ini. Kadang-kadang tu memang banyak idea dan peluang yang datang sampai tak tahu nak buat yang mana satu dahulu. Tips no. 7 tu sangat membantu. 🙂

Master Hadzrin

October 8, 2010 at 12:58 pm

Hasbullah :

Alhamdulillah. Terima kasih Master Hadzrin untuk perkongsian ini. Kadang-kadang tu memang banyak idea dan peluang yang datang sampai tak tahu nak buat yang mana satu dahulu. Tips no. 7 tu sangat membantu. :)

Pak Lah, insya Allah kalau ada rezeki jumpa di kursus solat khusyuk