19
Sep

TAK SUSAH NAK PAKAI KERETA IMPIAN TAPI…

HONDA EK

Salam Sejahtera dan Assalamualaikum. Hari Ahad begini memang seronok kalau duduk rumah pakai kain pelekat sambil menonton Video.

Sepatutnya hari ini ada kursus ISP di Pusat Training Putrajaya tapi bagi chance pada sesiapa yang masih lagi nak bercuti di kampung.

Walau bagaimana pun, petang ni ada perjumpaan dengan Guru-guru Paranormal di Putrajaya. Ali Bistro jadi port singgah. Hari ini saya nak kongsi tentang kereta.

Sebenarnya kereta yang penting boleh bergerak kemana sahaja walaupun ia kereta kecil.

Ada kereta besar tapi tak ada fulus nak isi minyak untuk pergi jauh pun tak guna jugak. Saya masih ingat lagi kawan lama saya namanya Bancang. Kalau tanya si Don dia kenallah. Top Ejen Insuran. Pakai kereta besau Honda EK (zaman tu kira hebat) tapi income cukup-cukup buat bayar duit kereta yang sebulan RM1800.

Bila duit cukup-cukup buat bayar instalmen kereta maknanya budjet lain untuk belanja anak buah tak ada, nak belanja klien tak ada. Kerjanya banyak close orang menggunakan telefon. Dari pagi sampai malam bergayut guna telefon ofis telefon prospek untuk dapat sales.

Sekarang ni zaman dah berlalu hampir 10 tahun. Kereta Honda EK nya pun dah jadi ketinggalan zaman. Tak tahu apa yang dia buat sekarang sama ada masih buat Insuran atau tak.

Kalau tanya diaorang tentang saya mesti dia orang cakap saya orang yang tak ada masa depan sebab berhenti buat Insurans pada tahun 2004 setelah 5 tahun dalam industri itu.

Sebenarnya nak dapat kereta macam Bancang sekarang ni senang. Walaupun anda blacklist nama dah tak boleh buat loan. Buka aje laman website http://www.CarList.com . Kat situ pilih lah kereta impian yang anda nak sambung bayar.

Saya pernah duduk dengan orang kaya tahap ratusan juta duit dalam banknya. Jauh beza saya dengan orang itu. Saya yang hanya¬†ciput-ciput dalam bank duduk dengan orang yang ratusan juta dalam bank confident level memang tak sama. Dia cakap “Orang bodoh je beli kereta secara Cash”….

Ingat duit berlambak beli barang semua cash. Rupanya beli kereta pakai loan juga orang yang duit berjuta-juta ni. Dah la pakai Full Loan. Satu sen tak keluar duit.

Ada saya dengar perbualan Telefon Dato tu nak beli Porche Cayyen dia pakai Full Loan dan bank minta 10% down payment lalu dia mengugut bank untuk keluarkan semua duit dia yang berlambak tu pindah ke bank lain.

Bila dah macam tu , Bank pun akur lah untuk luluskan loan RM700,000 untuk Dato tu pakai kereta Porche Cayyen tanpa keluar duit satu sen pun. Macam dapat kereta free je. Pertama income dari interest Bank dapat bayar bulan-bulan kereta tu. (Kalau duit beratus juta boleh la).

Keduanya, duit nak buat bayar cukai dibuat bayar kereta. Perbelanjaan di bawah Company Expenditure. Walaupun kereta sebenarnya satu liabiliti dan ia ada susut nilai tapi bagi setengah orang ia sebagai Aset. Seperti Syarikat Mayflower Car Rental, Avis Car Rental.

Mayflower sahaja ada 100 biji kereta di KLIA untuk disewa. Bayangkan income boss dia. Ok lah sudah jauh menyimpang dari tajuk asal bagaimana kita boleh dapat pakai kereta impian dengan mudah tetapi sebenarnya nak pakai memang senang tapi nak maintain yang payah.

Sebagai contoh nak pakai kita boleh kumpul duit selama setahun mungkin duit muka kereta impian kita tapi nak bayar maintainnya sampai 9 tahun lamanya! Anda buka website CarList dot com tu dan cari kereta impian anda. Contohnya anda berkeluarga nak pakai kereta besar seperti Alphard.

Mukanya RM40,000 dan bulan-bulan RM2,000 selama 5 tahun. Jadi untuk kumpul RM40,000 duit muka mungkin ambik masa setahun atau 3 tahun. Kalau anda jenis beringat. Kalau tak beringat kumpul sebulan dua terus ambik kereta sampai duit habis licin.

Beringat bermaksud anda gunakan 50% daripada simpanan untuk perkara besar. Kalau 100% memang susah nak dapat balik duit. Dan pakai kereta kalau tak ada tujuan lebih baik pakai kereta biasa-biasa sahaja.

Sekarang Trend Guru Tendai kebanyakannya pakai Proton Exora. Pasal ikut langkah Mahaguru.Mana tahu trend akan datang Guru Tendai pakai Jaguar pula.

Nak selamat untuk pakai kereta impian mulai sekarang siapkan satu tabung khas. Tabung itu adalah aset anda. Anda boleh beli emas sebagai aset untuk beli kereta. Sasarkan 3 tahun untuk beli kereta impian anda dan selama 3 tahun itu anda kumpul beli emas.

Bila dah sampai masa untuk beli kereta, emas yang anda miliki anda boleh jual sebahagian dan sebahagian lagi anda boleh guna buat bayar bulanan. Jadi biarkan aset anda bayar kereta impian anda. Jika pelaburan emas anda mampu memberi anda pulangan 30% setahun, kereta anda pastikan tak lebih dari 30% setahun bayar pada bank.

Dua bahan nak disediakan iaitu Gambar Kereta impian anda dan tabung kereta anda. Ini adalah asas sahaja . Kalau nak lebih detail ada kursusnya seperti menggunakan khadam, bola emas, gedung kekayaan, tarik energi dan macam-macam.

Yang itu semua ada di dalam bengkel ISP dan insya Allah satu program baru bakal muncul dimana program ini simple dan efektif. Sekarang dalam penyusunan modul dan insya Allah satu hari nanti anda berpeluang untuk menyertainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

shah

September 19, 2010 at 5:09 am

Program asas dh jadi mcm advance plak,byk ilmu yg nk dikongsi

azli

September 19, 2010 at 10:47 am

bile la agaknye sy nk pakai porche cayyen?xpe la exora pn ok gak..mpv sehebat anda….

    Master Hadzrin

    September 19, 2010 at 10:36 pm

    betul tu azli…saya juga nak lihat azli berjaya dengan kereta impian porche cayyen. biasanya bila dah pakai kereta tu, dah ada tambah title. Orang tak panggil azli lagi tapi panggil “Azli Cayyen”.