19
Sep

SESUATU YANG LUAR BIASA BAGI ORANG LAIN TETAPI SATU PERKARA BIASA BAGI ORANG YANG LUAR BIASA

falling-money copy

Semalam Hari Ahad saya dah kongsikan pasal cara nak sasarkan kereta impian. Dulu memang saya kaki kereta tapi bila dah berkeluarga dan keluarga bertambah besar saya dah minat bas pula. Beli bas Mini pun ok, dalam boleh letak TV dan peti sejuk.

Malam semalam saya di Putrajaya duduk berbincang dengan sahabat baik lama. Kitaorang duduk minum di Mamak Ali Bistro sahaja sementara menunggu masuk waktu solat Isyak.

Sahabat saya ni memang dah jutawan. Kerjanya dari tahun 2001 buat kerja dari rumah a.k.a. Gaya Pos. Sememangnya bisnes Gaya Pos ni kalau di US dah ramai Jutawan dilahirkan dalam industri ini. Apa tu Gaya Pos? Lain kali kita bincangkan kalau berkesempatan.’

Sahabat misteri saya tu beritahu pada saya , dia pernah buat RM200,000 dalam masa dua bulan. Saya tanya dia itu hasil dari bisnes gaya pos dia ke? Dia cakap bukan. Jadi saya tanya dia macamana dia buat duit sebanyak itu. Dia jawab Rezeki Allah bagi.

Selepas dia ceritakan apa yang dia buat, saya fikir ia memang masuk akal. Kalau dulu saya anggap Ahli korporat aje buat duit ratusan ribu dengan cepat tapi lepas bercampur dengan kawan-kawan yang ada juga pendapatan sehari sampai ratusan ribu, idea-idea mereka buat duit semua saya dapat hadam.

Tapi saya nak tekankan disini, kerjanya kena kuat. Bukan kerja senang-senang kalau nak dapat duit sebanyak itu. Tetapi perjalanannya mudah. Mana mungkin nak duit sebanyak RM200,000 tapi usaha RM20. Dan mana mungkin jadi pak tempel kalau nak buat duit banyak.

Siapa pak tempel? Orang yang mengharapkan orang lain untuk dapatkan projek untuk dia. Nak berjaya kena usaha buat projek sendiri. Carilah projek apa yang sesuai untuk anda. Tetapi jika tahu amalannya, projek itu akan datang sendiri dan ia memang rezeki untuk anda dan anda usahakannya dengan perjalanan yang lancar.

Untuk apa saya kongsikan ini dalam blog saya? Sudah disedia maklum, kita semua suka perkara-perkara yang ajaib, fantasi dan mistik tetapi ianya berhasil dan berkesan. Bagi setengah orang yang menutup minda akan beranggapan ia mistik, dongeng dan mustahil.

Tapi bagi yang positif dan boleh terima akan beranggapan ianya mistik, cerita ajinomoto tetapi ia berkesan dan benar. Sebab itulah yang berlaku pada Tony Fernandez sewaktu dia nak buat loan untuk buat bisnes Air Asia orang semua cakap dia Gila dan Mistik. “Buat apa buat bisnes tu…MAS kan ada….” kata pengkritik yang hari ini mulut ternganga.

Cuba lihat sekarang, mana yang buat untung banyak? MAS atau Air Asia?

Sebab itu saya suka berkongsi perkara-perkara yang luar biasa supaya fikiran kita akan bertukar dengan berfikir secara luar biasa. Lama kelamaan, kita akan berubah tanpa kita sendiri sedari. Anda sebagai pembaca blog saya sedikit sebanyak akan berubah berfikir dan lama kelamaan akan mula menerima segala pembaharuan.

Kalau dulu orang yang berkata Bumi ini bulat seperti Galileo Galiley dihukum bunuh kerana sudah beratus ribu tahun orang beranggap bumi ini rata. Zaman sekarang ada orang mampu berbual walaupun seorang duduk di London dan seorang berada di Malaysia menggunakan Telefon yang kalau dulu Alexander Graham Bell pencipta telefon akan bertanya berapakah panjang wayar telefon nak kena buat kalau nak berbual macam tu?

Semuanya ialah belegu dalam pemikiran. Saya juga banyak belegu tapi sedikit demi sedikit saya pecahkan. Kisah bagaimana sahabat saya mampu menghasilkan pendapatan RM200,000 dalam masa 2 bulan itu saya kongsikan di masa lain kali. Tapi saya akan kongsikan apa persediaan dia untuk dapatkan hasil sebanyak itu.

Apa yang dia nak dapatkan dia tahu tapi bagaimana yang dia nak buat dia tak tahu. Itulah apa yang saya boleh katakan. Tapi dalam huraiannya, saya beritahu anda, dia menulis sasarannya untuk dapatkan RM200,000. Kemudian ada satu proses RITUAL yang dia lakukan.

Jadi formulanya ialah : TARGET + RITUAL + DAPAT PROJEK = $$$HASIL.

Ramai yang beranggapan nak dapat : RITUAL = $$HASILĀ  >> itu yang menghampakan sedangkan mereka telah dibentangkan dengan pelbagai peluang projek tapi tak sanggup untuk ambik a.k.a PEMALAS.

Lain orang lain pintu rezekinya. Kalau tanya saya, boleh tak dapat projek macam sahabat saya tu…jawapan yang saya mampu berikan ialah, usahkan anda, saya juga tak boleh nak terima projek yang sahabat saya dapat. Projek saya lain perjalanannya, sahabat saya tu lain perjalanannya dan anda pula lain juga perjalanan anda.

Ada yang bertanya pada saya adakah program ritual yang ada dalam blog ini sama seperti yang sahabat saya buat? memang sama tetapi dalam blog ini ia hanyalah yang asas sahaja. Peringkat advance ke atas memang tak diiklankan disini. Peringkat asas ini memang untuk kebanyakan orang dan proses ia lama sedikit dan tanpa anda sedari.

Jika yang peringkat advance tu memang tak semua yang sanggup untuk terima pengijazahannya. Dan ia lebih kepada jemputan khas atau pun yang benar-benar memerlukannya sahaja. Yang mana tak sabar dan nak kira untung dulu memang tak akan berjaya dalam apa jua proses ritual kerana salah satu proses ritual adalah perlu jadi “zero”.

Yang mana berminat untuk mengambil proses Ritual advance ini akan menghantar email. Kesan selepas mereka diselaraskan dengan ritual ini, mereka sendiri akui ada kesan luar biasa baik dalam kehidupan selepas ambik ritual. Ritual yang ada 3 orang guru laksanakan ini memang tak dikomersialkan tetapi bagi yang perlukan baru diberi khidmat

Kalau berkemampuan, bolehlah guna khidmat guru-guru ini untuk buat Ritual pada dirinya. Proses ritual pun senang, hanya dari rumah sahaja. Berapa maharnya? Bergantung pada size keinginan.

Inilah kelebihan yang Allah sediakan dari alam yang kita tinggal dan dalam Al-Quran sendiri ada disebutkan bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu benda sia-sia. Kadangkala kita melihat udara itu kosong sahaja tetapi Allah jadikan udara ini untuk kehidupan yang bila dihuraikan satu persatu tentang kehidupan terlalu banyak.

Satu rahsia kekayaan , dekat alam ini ada Energi khas untuk kekayaan yang berlegar-legar dan tak semua yang tahu rahsia menggunakannya. Ibarat yang tahu itu mempunyai alat untuk meng’sauk’ energi kekayaan yang berlegar-legar diĀ alam ini dan menjadi kaya. Adakah orang itu luar biasa atau adakah Alam yang Allah jadikan ini luar biasa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

shah

September 20, 2010 at 9:02 am

hebat…

halil

September 21, 2010 at 6:41 am

“perlu jadi zero”????? tak faham aku…cam maner tu?

    Master Hadzrin

    September 21, 2010 at 11:33 pm

    perlu berilmu untuk memahami maksudnya yang dalam