04
Sep

ORANG YANG RUGI ADALAH ORANG YANG MENGIRA UNTUNG DAHULU SEBELUM BUAT KERJA

Assalamualaikum Wbth…

Pagi ni sementara tunggu Subuh dan sebelum pergi ke center untuk buat persiapan training ISP , banyak benda nak dikongsikan dalam blog ni tapi simpan dulu untuk post-post akan datang.

Dari dulu saya perhatikan bila setiap kali dapat projek dan mula nak kira berapa untung dapat, pasti projek itu tak menjadi. Walaupun 100% percaya projeknya memang buat duit. Dan yang peliknya bila tak dikira, berjalan lancar sahaja.

Pernah alami situasi begini? Bukan saya yang cakap tapi kebanyakan orang yang dah berjaya pun percaya akan hal ini. Antara puncanya mengapa selalu gagal bila dapat projek dan tak dapat hasil ialah diri sendiri, bukan salah orang lain.

Akan timbul perasaan tamak dan mula ingin mementingkan diri sendiri bila setiap kali mengira untung dahulu atau kira berapa dapat duit. Kenapa perasaan tamak muncul? Ia adalah lumrah bagi orang yang mula mengira dan menghitung dahulu keuntungan sebelum menghitung kemampuannya.

Dan apabila timbul perasaan tamak dan pentingkan diri, datanglah iblis menggagalkan perancangan kita. Memang iblis suka menggagalkan semua projek-projek kita supaya kita akan jadi kecewa dan apabila kecewa, kita akan menjadi lemah dan mudah di salurkan energi negatif. Bagi orang yang jahil,mereka akan mula mengambil minuman keras untuk mengubat kekecewaan. Mereka akan menyalahkan dunia yang berlaku kejam terhadapnya.

Dalam hal ini sama juga kes membuat loan perniagaan. Sebelum mengira keuntungan dan berangan berapa banyak keuntungan boleh dikaut, kira dahulu kemampuan bagaimana untuk melepasi pinjaman. Apabila dah mula sibuk kira untung sekali loan tak aprove, maka mengundang kekecewaan. Kecewa kerana untung yang dah dikiranya tak mampu nak dimiliki.

Dalam Bisnes MLM, insurans , unit trust  juga biasanya saya lihat ramai yang mengira untung, pasang angan-angan letak kereta impian ,rumah impian , pendapatan impian sebagai sandaran tanpa mengira kerja yang harus dilakukan. Energi banyak digunakan pada angan-angan dan tidak ada peruntukan pada usaha untuk mencapai angan-angan itu.

Lebih-lebih lagi angan-angan untuk jadi jutawan. Secara teorinya , nilai jutawan ialah RM1,000,000 bermakna sebulan pendapatan harus RM84,000. Kata-kata mudah nak jadi jutawan tanpa mengira usaha yang mendatangkan hasil RM84,000 sebulan. Apa yang perlu dibuat ialah bangkit dan carik projek dan usahakan dahulu.

Ramai yang bertanya saya berapa banyak untung dapat…untung dapat…untung dapat….ibarat nak minta kerja di satu syarikat, biasanya kalau pekerja yang bertanyakan berapa banyak gaji dapat, orang itu memang tak akan kemana-mana kerana ia datang bekerja hanya memikirkan perutnya sahaja. Ia pikir berapa gajinya sahaja.

Berbanding orang yang datang interview dan minta kerja bertanyakan tentang hal bagaimana cara dia boleh bantu tingkatkan kemajuan syarikat. Orang berfikiran beginilah yang boleh berjaya di Syarikat tempat dia kerja dan tak mustahil suatu hari nanti akan dilantik sebagai CEO atau GM.

Memang benar, kita harus ada target dalam hidup. Tetapi ramai yang tak target usaha yang setimpal. Contohnya jika ingin pendapatan RM100,000, apa usaha yang harus diberi tumpuan dalam bisnesnya. Target pada promosi dan iklan. Bila buat banyak iklan, tentu sekali banyak hasil dapat. Ini contoh paling mudah.

Jika nak duit, keluar dan kerjakan dengan memberi risalah sebanyak boleh. Saya ambik contoh suatu ketika , saya menghasilkan pendapatan RM50,000 sebulan dengan usaha mengedar seminggu 100,000 risalah. Dan jika sekarang saya ingin meningkatkan lagi hasil, saya tupukan pada iklan di akhbar yang dicetak lebih 10 juta seluruh Malaysia.

Iklan apa, saya masih dalam perancangan. Sasaran dah ada tetapi saya tak membuang energi seperti kebanyakan orang mengira untung. Sasaran hanya untuk meningkatkan usaha. Contoh apabila sudah sibuk dengan projek luar, saya sasarkan berapa ramai yang saya harus memberi sumbangan tak kira ilmu atau perkhidmatan.

Jadi, ikut lah hati anda sama ada nak kira untung dahulu atau kira kemampuan dahulu. Ikut kata hati mati…ikut kata rasa binasa…ikut pada iman jadi aman…

Tinggalkan Komen Anda