22
Sep

MULAI SIMPAN EMAS 999 SEKARANG KERANA IA SANGAT MENGUNTUNGKAN

jaguar showroom

Bismilahirahmanirahim. Assalamualaikum Wbt.

Aktiviti hari semalam memang mengalirkan energi yang memenatkan setelah seharian sibuk berurusan di bank dan pejabat berjumpa orang kemudian singgah sebentar di show room kereta Jaguar di The Curve Damansara. Dengan pakai selipar aje masuk showroom siap test masuk dalam kereta Jaguar.

Harga bagi Jaguar XF RM488,888 dan Harga bagi Jaguar SuperCharge RM888,888. Tak salah pasang impian dan untuk miliki mesin Jaguar tersebut jika Allah izinkan, suatu hari nanti memang boleh pakai. Jika tak dapat pakai mungkin duit buat beli kereta tersebut mungkin lagi bagus dibuat untuk perbelanjaan lain.

Nak pakai kereta tersebut untuk tujuan mulia tak mengapa tapi kalau tujuan untuk berlagak baik lupakan sahaja. Masa duduk dalam memang tak ada rasa berlagak tapi rasa macam duduk dalam kereta biasa.

Tapi kalau secara spiritual, kereta-kereta mahal hanyalah sesuatu yang semua orang boleh miliki dan tak mustahil tetapi yang susah untuk miliki adalah hati yang bersih tidak ada perasaan riak dan sombong. Itu yang payah nak jaga.

Tentu sekali susah nak jaga. Maklumlah pakai Jaguar nanti tiba-tiba ada Kancil potong dari belakang. Tak ke rasa tercalar. Itu dah satu rasa riak dan berlagak. Jadi 100 kali lah fikir dahulu sama ada mampu untuk kawal perasaan atau tidak bila dah pakai nanti.

Jika anda berminat dengan Jaguar, bolehlah datang ke Show room tersebut di Damansara The Curve depan Ikea. Untuk makluman, sehari showroom tersebut hanya ada dua customer sahaja yang masuk tengok-tengok kereta. Kira hari semalam saya kira orang yang kedua lah tengok-tengok.

Jurujual Kereta Jaguar pun cakap, naluri manusia nak masuk tengok tapi takut kerana tempatnya memang sangat esklusif. Pakatlah perut kosong masa tu, kalau tak masih lama lagi duduk dalam showroom tu untuk duduk test drive.

Sebenarnya motif saya cerita hal saya masuk ke show room Jaguar ni bukan nak tunjukkan saya ni Kaya boleh masuk Showroom Jaguar. Semua orang yang kaya asal dulu tak ada apa-apa. Kalau dulu sebelum saya nak beli BMW lagi lah teruk. Siap hari-hari masuk showroom BMW di Jalan Tasek Johor Bahru duduk minum air dalam kedai tu.

Memang muka tak tahu malu lah. Pada hal tak ada duit pun masa tu nak beli. Sebenarnya rahsia nya ialah Energi yang terkumpul untuk miliki sesuatu itu mengalir deras. Sama seperti waktu semalam ketika duduk dekat showroom Jaguar.

Apabila keluar sahaja dari showroom itu, saya merasakan sangat penat dan mengah-mengah. Kerana energi terlalu banyak mengalir keluar untuk selaraskan dengan kereta tersebut. Mana tak nya siap duduk dalam start enjin kereta dengar bunyi enjin Jaguar yang gunakan teknologi Austin Martin.

Saya percaya, tak mustahil saya dapat beli secara tunai atau percuma sahaja kereta itu. Sebab saya yakin mampu miliki kereta tersebutlah yang buat saya berani untuk masuk kedai kereta itu. Cuba kalau jenis kerja tak tentu hala, mana mungkin usahkan nak masuk showroom, nak pasang cita-cita pun tak mampu.

Apa yang buat saya begitu yakin ?  Haa…barulah saya nak masuk cerita apa yang tajuk post hari ini. Iaitu mengenai emas. Tak kisahlah anda nak cakap ini projek emas ke, pelaburan emas ke atau bisnes emas tetapi yang penting gunakan medium emas untuk capai impian anda.

Cuba bayangkan jika ketika saya masuk showroom Jaguar tu , saya duduk test drive kemudian saya bagitahu pada Salesman showroom itu yang saya nak beli hari ini secara tunai tanpa pinjam bank. Agak-agak apa reaksi Salesman itu (namanya Najim Mansor jika anda masuk showroom tu carilah orang yang nama ini).

goldTentu sekali dia happy sebab sepanjang showroom itu dibuka hampir setahun, baru dua biji kereta Jaguar sahaja yang sudah dijual. Jika waktu itu saya beli, saya orang yang ketiga la kot. Itulah kelebihan Jaguar, tak banyak orang pakai di tengah jalan raya.

 Kalau BMW dah bersepah macam sama banyak dengan kereta Wira. Macamana saya beli cara Tunai tanpa berhutang? Cuba bayangkan kalau ketika itu saya membawa 3 kilogram Emas 999. Cukup untuk beli Jaguar XF yang harga RM488,888 tu.

Bawak emas 3 kilo yang berharga hampir RM500,000 tu dengan selamba sahaja letak dalam poket seluar. Tapi kalau orang yang tak minat kereta akan guna duit ini beli rumah daripada beli kereta.

Persoalannya, macamana nak kumpul emas sampai 3 kilo yang harga sampai setengah juta? Ini dah masuk manipulasi emas. Anda mungkin masih ingat lagi post saya yang sebelum ini cerita pasal beli 1 emas dapat 2 emas lagi bukan?

Cuba bayangkan kalau beli 1kilo dapat 2 kilo lagi! Jadi dah ada 3 kilo! Cukup untuk beli Jaguar XF. Itu belum kira naik harga lagi. Kalau emas naik sampai 1 gram RM300 suatu hari nanti dengan 3 kilo tu bukan setakat Jaguar XF, anda boleh beli yang SuperCharge RM888,888 atau 2 biji Jaguar XF.

Bagaimana beli 1 kilo dapat 2 kilo percuma? Adakah 2 kilo itu Percuma? Bank Negara Tahu ke? Halal ke? Itu soalan yang biasa ditanya. Seperti yang saya cakapkan tadi, inilah manipulasi emas.

Bagaimana caranya, anda fokus pada beli 1 emas dahulu kemudian pergi untuk dibuat cagaran dan masa nak buat cagaran, saya akan beri 2 emas lagi untuk dapat nilai cagaran 70% dari Bank AhRahnu.

Tak perlu 1 kilo. Kita usahakan dari yang rendah dulu iaitu 100gram. Bayangkan 100 gram emas harga bank Rakyat adalah RM15,000. Sekarang ni Bank Rakyat tak terima Jongkong emas tetapi hanya meas perhiasan. Masa nak pergi buat cagaran di bank Rakyat, anda buat arrangement dengan saya untuk saya bawa 2 X 100gram emas.

Bila nak cagarkan emas anda, anda bukan letak di bank 100 gram tetapi 300 gram yang bernilai RM45,000 dan Bank akan beri anda 65% duit cagaran iaitu RM 29,250. Persoalannya, dengan RM29,250 cukup tak untuk bayar 200 gram yang anda terima itu? Sudah pasti!

 Jadi daripada miliki 100 gram anda dah ada 300 gram. Dan dari miliki 1 kilo anda ada 3 kilo emas. Cukup untuk beli Jaguar. Yang bagusnya pakai duit cagaran ini ialah bank tak ada kenakan langsung interest. Hanya ambik upah simpan.

Esok bila emas anda dah habis bayar dan tiba masa untuk beli kereta Jaguar, anda boleh dapat duit lagi dari Bank dan bayar kereta tanpa perlu bayar Interest. Emas ada, kereta pun habis bayar jadi tang mananya tak untung ada emas ni.

Tambahan pula track rekod emas setiap tahun naik 30%. Ada pernah kawan saya yang ada 300 gram setelah dia beli 100 gram dapat 200 gram, baru beberapa minggu sahaja, harga emas  naik dia dah buat untung RM6,000. Beli emas ketika itu 100gram sahaja. Raya sakan lah mamat tu.

Kalau dalam sejarah matawang, semuanya jatuh seperti Dollar Amerika, Pound , Euro. Sebenarnya situasi sekarang bukan pasal harga barang naik. Seperti orang mengeluh minyak naik, beras naik, gula naik tetapi sebenarnya nilai duit kita yang jatuh.

Kalau dulu air tin harga 90sen sekarang dah jadi RM1.50. Kalau dulu roti canai 60 sen sekarang dah jadi 80sen. Ni lah susut nilai mata wang kita. Tak guna buat mogok demonstrasi harga barang naik tanpa sedari bukan kerana harga barang naik tetapi nilai ringgit jatuh.

Kalau tak percaya, nilai emas stabil, zaman Nabi Muhammad SAW dahulu ketika Nabi nak beli seekor kambing dengan harga 1 dinar emas. Jika sekarang kalau nak beli seekor kambing  juga boleh guna 1 dinar emas yang sekarang ini 1 dinar RM700. Kambing pun harganya RM700.

Padahal Zaman Nabi dah tinggalkan kita 1400 tahun yang lalu dan emas masih lagi stabil. Sekarang ni usahkan kambing, lembu, ayam (boleh guna 1 dirham -RM13.00) , itik dan jaguar pun boleh guna emas sebagai pertukaran.

Minat nak melabur dalam emas dengan saya, boleh emailkan ke innerselfpower@gmail.com

Tinggalkan Komen Anda

*

Master Hadzrin

September 22, 2010 at 1:27 am

target kumpul duit beli 100 gram emas. Jika 100gram payah mulai dengan 10 gram. lebih kecil emas lebih mahal harganya.

azli

September 22, 2010 at 2:39 am

dh nmpak rentak kekayaan…

shah

September 22, 2010 at 4:13 am

me too

Rafiq

September 24, 2010 at 6:31 am

ermm…x paham tentang cagar 100gm tapi dapat 300gm..ermm..skang ni tengah usha nak beli emas dari kuwait finace house..maybank agak diragui tentang unsur2 ribanya tentang perniagaan emas ini

zaidong

October 14, 2010 at 8:04 am

tp saye tak phm gak la pasal bl emas 100g dpt 200g..camye ye.sape yg nak bagi…