29
Sep

MENARIK KEKAYAAN DENGAN EMAS

 

Assalamualaikum Wbt,

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini ramai yang berminat dengan pelaburan emas sejak saya menganjurkan program gandaan aset melalui emas.

Sungguhpun selama ini tak ramai yang mampu memiliki emas atau menyimpan emas tetapi apabila diberi pendedahan tentang kelebihan emas dan keuntungannya , maka hari ini ramai pembaca blog saya sudah mampu memiliki sekurang-kurangnya 20gram emas.

Hari-hari boleh dikatakan saya banyak berurusan dengan bakal-bakal pembeli baik ada yang ingin membelinya menggunakan duit ASB atau ada yang beli menggunakan Loan.

Setakat ini yang buat loan kebanyakannya menguruskan sendiri loan mereka. Jika ingin diuruskan Loan mereka itu untuk membeli emas, Agency akan mengenakan kadar 3 ~ 12% diatas jumlah pinjaman.

Jadi bagi menjimatkan daripada membayar kos pengurusan tersebut maka digalakkan membuat pinjaman sendiri untuk membeli emas.

Ramai yang membuat pinjaman sebanyak RM20,000 kemudian membeli 100gram emas yang bernilai RM15,000 mengikut kadar sekarang. Apabila sudah membeli 100 gram, Program Gandaan Emas Syarikat saya akan memberikan lagi 200 gram untuk dipinjam sebagai cagaran di Ah Rahnu.

Daripada mereka mempunyai 100 gram Emas, kini mereka mempunyai 300 gram yang bernilai RM45,000. Ada juga yang sudah mempunyai 3 kilogram emas bagi yang sudah mempunyai Modal.

Semua sedia maklum, setiap tahun harga emas tetap akan naik. Seperti jika anda merujuk ke website Kitco.com, sepanjang 10 tahun, emas sudah meningkat 153%.

Selain harga emas naik, kita mendapat keuntungan untuk mengggunakan duit cagaran yang tidak dikenakan interest sebagai modal , perbelanjaan barang besar atau untuk membeli lagi emas.

Sebagai contoh, Jika nak beli kereta, dengan emas sahaja dah boleh dapat sebuah kereta yang sudah dihabis bayar. Tidak ada soal atau masalah kalau nama Blacklist untuk buat pinjaman kereta kerana jika anda memiliki emas, anda boleh gunakan bila-bila masa duit bank untuk beli kereta atau rumah.

Sebenarnya apa yang saya perasan sepanjang menjalankan perniagaan Emas ini, aura daripada emas sendiri yang luar biasa secara tak langsung meningkatkan kreadibiliti dan pengaruh.

Sebagai contoh, jika dahulu saya mengedarkan risalah tentang perniagaan MLM (3 tahun lepas), respond agak kurang berbanding saya mengedarkan risalah tentang pelaburan emas atau bisnes emas.

Jika selama ini anda beranggapan Tauke Emas boleh jadi kaya dan kalau nak jadi tauke emas perlukan modal yang besar, kini saya menjemput anda untuk bersama-sama menjadi Saudagar Emas dengan modal yang paling rendah.

Anda selain mampu memiliki emas sendiri dengan membuat pelaburan secara konsisten dalam emas, anda juga dapat berkongsikan dengan kenalan-kenalan anda atau sesiapa sahaja tentang kepentingan mempunyai emas.

Bayangkan jika anda melibatkan diri dalam program emas, dalam masa yang sama anda membeli emas sambil berniaga, tak mustahil dalam masa 3 tahun anda sudah mempunyai sekurang-kurangnya 3 kilogram emas iaini bernilai ½ juta.

Ketika itu keadaan ekonomi anda sudah selesa. Selain pendapatan sebulan boleh buat 5 angka ke atas anda dapat mengukuhkan kekayaan anda melalui emas. Walaupun orang cakap simpan emas nanti nak kena bayar zakat.

Sebenarnya ramai tak perasan, bila bayar zakat emas ia akan menggandakan lagi emas kita. Itu rahsia yang orang mengelak daripada nak kena bayar zakat tak tahu. Bagi mereka rugi kalau bayar zakat emas.

Jika bangsa lain sudah menjadikan emas sebagai aset utama, jadi kita sudah mula membuka mata maka sekaranglah permulaan yang baik untuk kita mula menyimpan dan gandakan emas sambil menjalankan program keusahawanan emas.

Jika berminat untuk menjadi Usahawan Emas atau ingin membeli emas, boleh email kepada saya di innerselfpower@gmail.com dan saya akan mengemailkan kepada anda info tentang kekayaan emas dalam bentuk pdf file .

Jika anda berada berdekatan seperti di Kuala Lumpur atau Putrajaya boleh berjumpa dengan saya . (Bergantung kepada kesesuaian masa).

Sponsor Post : www.AuraSukses.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

shah

September 29, 2010 at 4:06 am

dh hanta detail

hairudin bin maarof

September 29, 2010 at 4:55 am

saya berminat untuk menjadi Usahawan Emas bagaimana caranya