03
Sep

KESABARAN BERBALOI – MENGAMBIL ALIH REZEKI ORANG??

Satu insiden yang luar biasa berlaku pagi ini di surau selepas solat Subuh…

Biasanya orang datang ke surau untuk lakukan solat Subuh berjemaah, tapi ada jugak seorang hamba Allah yang datang nak buat maksiat. Sehinggakan sanggup memakai telekong berpura-pura sembahyang bersama jemaah perumpuan kat bahagian belakang.

Sebelum habis beri salam solat Subuh, hamba Allah yang  jahil itu mencuri beg seorang makcik yang dalamnya ada dompet duit berisi RM100 dan ada handset. Walaupun syaitan dikurung bulan Ramadhan ni tetapi manusia sendiri berperangai syaitan. Kesian makcik tu, mana tahu entah-entah itu sahaja tinggal duit dia sampai raya…

Bulan puasa ni memang banyak ujian berbanding bulan-bulan biasa…tambah pulak time puasa ni duit tak berapa banyak, keperluan banyak nak dibeli, persediaan raya lagi, anak-anak sedara dah gertak-gertak suruh balik kampung sediakan duit raya banyak-banyak, kerja menimbun tak habis-habis….

Saya tahu semua tu sebab dulu saya lalui saat kegetiran hidup. Setiap bulan bila bulan puasa sahaja, perasaan itu datang lebih-lebih lagi bila nak Raya dah dekat…kalau dulu masa zaman kanak-kanak lain lah…tak sabar nak raya. Sekarang bila dah besar, kalau boleh habis puasa tak perlu raya pun tak pa….

Sebab tahu, raya manyak nak pakai duit maa… hehehe, majoriti sama macam saya dulu ni. Dalam masa sekarang ni, secara kebetulan saya menguruskan pinjaman Bank untuk sesiapa yang nak mohon ( sekarang dah tutup sehingga lepas Raya -kan saya dah cakap tadi, kalau lepas puasa terus tak ada raya kan senang….jadi tawaran pinjaman akan berterusan tak perlu tutup sekejap…)

Ramai yang bertanyakan tentang loan mereka tak sabar-sabar nak dapat duit sebab nak pakai buat Raya…saya fikir, dekat Palestin sana orang-orangnya yang hidup dalam ketakutan sambut raya macamana lah…kadang-kadang perasaan nak menunjuk-nunjuk ada dalam diri supaya bila balik kampung orang semua pandang tinggi bila banyak duit…padahal duit loan sahaja.

Mana yang penting…belanja Raya atau duit yang dapat itu digunakan untuk digandakan lagi….jadi kalau nak digandakan lagi, tak usah risau kalau tak dapat sebelum raya…lepas raya pun boleh sambut lagi apa…sebab raya sebulan….

Bukan bermakna loan akan dapat selepas raya tapi kalau dapat sebelum raya dan dah niat nak guna perabih buat raya alamatnya pusing-pusing situ jugak…di masa akan datang nak buat loan lagi nak cover hutang lagi…itulah rat race…

Rezeki dapat loan lain dan kali ini sebenarnya saya nak kongsi tips dapat rezeki tak disangka-sangka…itu pun kalau anda mampu buat….Walaupun saya banyak bagi tips tarik rezeki, tetapi saya tidaklah orang yang dalam banknya da berpuluh juta duit, pakai kereta harga berjuta, rumah banglo berjuta…

Tapi saya suka berkongsi ilmu dan setakat ini ilmu yang saya pakai berkesan pada diri saya. Jika tak berkesan pada diri anda mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada diri sendiri. Tak perlu salah kan sesiapa. Sepanjang saya amalkan ilmu ini , saya tak pernah putus wang dan kalau nak sesuatu, insya Allah akan dapat cuma perlukan sedikit masa sahaja..

Ilmu yang saya nak kongsikan hari ini ialah bagaimana nak tarik rezeki orang lain. Bunyinya macam mencuri macam kisah orang yang curi beg makcik tadi. Tapi sebelum tu saya nak pesan pada anda, mungkin anda boleh berjaya menggunakan kaedah ini dan mungkin anda tak berjaya.

Saya dah perhatikan kaedah yang saya nak kongsikan dengan anda bagaimana menarik rezeki orang memang sudah banyak kali saya praktikkan menjadi. Anda mungkin fikir saya mengajar sesuatu perkara jahat….terpulanglah pada anda sama ada terima ia sebagai perkara positif atau negatif dan anda sendiri tentukan ianya Halal atau tak…

Mari kita mulakan dengan situasi….

Setiap kali bila waktu petang balik dalam jam 5, jalan raya sesak dengan kereta lebih-lebih lagi di bandar KL, pasir Gudang, Pulau Pinang dan …. banyak lah tempat yang jem.

Di saat kita beratur panjang menunggu dalam kereta dengan penuh sabar….disaat itu jugaklah datangnya pemandu-pemandu yang pentingkan diri sendiri memotong mencelah tidak mengikut beratur…

Pernah alami pengalaman ini? Atau anda sendiri yang selalu potong line orang ?

Apa yang saya akan buat setiap kali orang potong di hadapan saya, saya akan menarik nafas kemudian niat dalam hati : “……..semua rezeki yang nak datang kepada orang yang memotong di hadapanku ini datang mengalih kepada ku….” Kalau ada 10 orang yang memotong di hadapan saya dengan sepuluh-sepuluh orang lah saya niat begitu…

Penting ! Doa (niat) orang yang dianiaya seperti kena potong line atau hak nya diambik orang cepat dimakbulkan. Jadi hati-hati sebelum nak memotong line orang sebelum rezeki anda dialihkan kepada orang lain. Apa kuasa saya untuk tahu yang rezeki orang yang potong saya itu datang kepada saya?

Itu semua kuasa Allah dan jika Allah izinkan maka tiada apa yang mustahil. Dalam Tendai, ilmu niat yang diajar lebih tepat dan efektif. Tambahan pula bila niat itu disertakan dengan membangkitkan tenaga dari dalaman. Dan setiap kali bila saya diuji dengan dugaan orang memotong line, saya dapat rasa yang saya akan mendapat rezeki besar hari itu.

Dan memang benar pun, selang sehari saya meraih rezeki yang luar biasa dan tak disangka-sangka. Bagaimana kalau bila anda lalui pengalaman orang memotong line anda dan anda memaki hamun dan mengeluarkan energy negative…maka hari itu anda akan rasa sangat menegecewakan diri anda…anda rasa malang sekali.

Secara tak langsung bila anda dipotong line masa jem sesak dan anda lakukan apa yang saya kongsikan ini, anda menarik segala unsur-unsur positif dari alam termasuklah unsur rezeki.

Adakah kesabaran ini berbaloi? Jangan Tanya berapa income dapat bila buat begitu…kerana incomenya luar biasa…boleh jadi berjuta-juta kalau diamalkan sentiasa.

Bagi yang tinggal di kampong tak ada jalan jem, perhatikan peluang-peluang yang anda akan dianiayai…lain macam bunyinya…apa yang pokok dikongsikan disini ialah sentiasa positif walaupun dalam keadaan jem…

Inilah aktiviti saya bila setiap kali sangkut dekat jem …aktiviti menarik rezeki orang bila terkena potong line…kadang-kadang saya pun ada juga potong line orang dan tu yang saya asyik habis duit atau mengalir wang macam air keluar…masuk sikit keluar banyak…

Rupa-rupanya ada jugak orang yang kerjanya menarik rezeki orang masa tengah jalan sesak-sesak…lagi hebat jika menghulurkan tapak tangan sambil niat dan bayangkan energy duit atau rezeki dari orang yang memotong line anda mengalir masuk ke tapak tangan dan anda gengamkan setelah rasa dah cukup….satu kaedah yang pelik dan luar biasa.

Selamat menarik rezeki orang lain yang menganiaya anda….

Tinggalkan Komen Anda

tam81

September 3, 2010 at 12:38 am

Wah..tips baik nih..

azli

September 3, 2010 at 12:43 am

sgt luar biasa..mmg selalu pon kena potong line…dh thu cara nk tarik rezeki org..pasni power ler sy…tq master

kErEPokmoNi

September 3, 2010 at 2:52 am

penang mmg jem x ingat.tambah pemandu yang rakus denagn kereta mewah potong cam jln itu bapak diaorang yang buat…

Muhammad

September 3, 2010 at 7:31 am

memang power!!!

abdul rahim

September 3, 2010 at 9:52 am

Master betulke ilmu nih?Pelik benor bunyinya.Saya rasa bermimpi mebcacanya………

Master Hadzrin

September 3, 2010 at 4:44 pm

siapa ckp betul??

Norita

September 4, 2010 at 2:02 am

Alhamdulillah, dpt lagi satu ilmu hari ini. Insyallah akan diamalkan. Lepas ni tak payah marah2.. pasang niat dlm hati “……..semua rezeki yang nak datang kepada orang yang memotong di hadapanku ini datang mengalih kepada ku….”