18
Sep

KENAPA ORANG LAIN SENANG BERJAYA AKU TIDAK…

miskin dan kaya

Hari ini saya cuti sekejap…cuti dari berjumpa kawan-kawan. Ya, kesibukan setiap hari membuatkan saya kadang-kadang ada yang bertanyakan dah buka email? dapat mesej di facebook?…Sebenarnya, masa saya banyak dihabiskan diluar dan dalam kereta ( jalan jem).

Waktu untuk duduk buat kerja di depan komputer biasanya waktu pagi-pagi, ketika embun tengah tebal….kadang-kadang saja yang buka komputer waktu tengahari. Kebiasaanya saya banyak berjumpa orang. Apoinment sehari kadang lebih dari 10 orang  jumpa. Hari minggu buat kelas training…

Walaupun sibuk tetapi masih lagi banyak kekurangan kerana masih lagi mencari rentak. Sama seperti kisah si tikus makmal yang saya selalu ceritakan dalam training…teruskan berenang….kalau berhenti berenang mati lemas.

Saya selalu di tanyakan soalan tentang kejayaan….ramai yang bertanyakan pendapat saya , mengapa orang lain lebih senang untuk berjaya berbanding diri mereka?….Mungkin anda juga pernah terfikir benda yang sama…

Cuba renungi saat dahulu ketika kita di sekolah. Ada tak antara kawan-kawan kita yang lebih berjaya dalam peperiksaan tapi kawan kita tu jenis malas tak pernah nampak dia belajar?

Saya ni jenis kategori rajin belajar tapi peperiksaan corot. Dan saya ada ramai kawan yang dekat kelas dia tidur sahaja tapi peperiksaannya cemerlang. Kita pasti menyangkakan dia jenis beruntung sebab otak geliga.

Pernah saya suatu hari jam 3 pagi dahulu…masa itu saya sekolah asrama penuh. Kira sama asrama dengan Dr Muhammad. Ketika itu saya nak ke tandas asrama dan lalu di depan bilik kawan yang satu kelas dengan saya dan asyik tidur masa cikgu mengajar.

Saya lihat dia belajar sungguh-sungguh sampai tak sedar ada orang perhatikan dia lebih seminit. Saya lah tu yang perhatikan dia. Memang patutlah dia boleh berjaya. Pernah juga saya buat macam dia sebelum itu dengan tidur di kelas tapi periksa lagi hancur.

Mana taknya…waktu kelas tidur, malam pun tidur. Saya tak belajar pun waktu malam macam dia. Jadi sebenarnya hari ini kalau kita perhatikan orang lain berjaya senang sekali berbanding dengan kita sebenarnya yang kita nampak masa dia senang dan kita tak nampak apa yang diusahakan dan apa kesusahan yang dia hadapi.

Seperti saya juga, pernah suatu ketika dahulu saya memang sudah tidak ada pekerjaan langsung dan duit tidak ada, rumah tak ada, keluarga semua putus duit dan bila saya dah berjaya orang semua beranggapan saya tak pernah hidup susah. Ada seorang sahabat saya dulu bertanya En Hadzrin memang lahir aje kaya ye…

Dia tak tahu, saya dulu lahir duduk rumah sewa setinggan di Taman Johor. Dan usaha yang saya lakukan setiap hari ialah berhadapan dengan berbagai ragam orang. Ada yang berjumpa dengan orang yang nak tunjuk pandai, orang negatif, orang kaki pow, orang kaki kencing. Bila dah bekerja jumpa orang setiap hari, dari situlah beajar ilmu Street Smart.

Sebab itu kalau lihat kawan kita yang senang secara tiba-tiba dan kita hairan sedangkan kita juga buat sembahyang hajat setiap hari, tak perlu rasa irihati atau cemburu. Perasaan itu sebenarnya Iblis dah tiup kepada kita untuk menimbulkan rasa menyesal buat solat sunat macam-macam tapi tak nampak berkesan.

Sebenarnya bila sentuh bab melakukan solat sunat ini , kalau target untuk jadi kaya sebenarnya kita paling rugi. Ya, satu hari pasti jadi kaya. Tapi sebenar-benarnya tujuan buat Solat Sunat adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Bila kita dekat dengan Allah maka kejayaan yang hakiki dapat dicapai. Untuk jadi kaya sebenarnya ia bersifat sementara.

Biarkan orang lain berjaya walaupun mereka dalam masa yang sama lebih berjaya lebih banyak maksiat dilakukan. Sebenarnya kekayaan juga adalah ujian dari Allah. Ujian yang cukup berat bagi kita bila kita ada duit banyak.

Apa nak dibuat dengan kekayaan yang Allah bagi. Kalau kita irihati lihat kejayaan orang yang buat maksiat, itulah kejayaan Iblis terhadap kita. Kalau anda berkesempatan , cuba lihat kisah wayang phirana. Lihat gelagat manusia yang berseronok melakukan maksiat. Lihat bagaimana cara mereka tamat riwayat mereka walaupun seorang pengarah yang terkenal. Lihat bagaimana dia mengakhiri hayatnya. Kaya raya duit banyak tapi….lihat sahaja filem itu ya…

Paling penting, jangan cemburu kejayaan orang yang kita kenali. Sebaliknya cemburu dengan aktiviti yang dia lakukan. Paling mudah jika dia seorang usahawan MLM, dia berjaya tiba-tiba dan anda juga seorang pengiat MLM. Anda perhatikan sehari berapa banyak temujanji dia jumpa orang. Kalau dia buat 10 anda buat lebih 10.

Nak berjaya banyakkan aktiviti sahaja. Donald Trump pernah beritahu saya aktiviti dia setiap hari ialah pagi dia akan membuat 30 panggilan telefon untuk temujanji dia hari itu…Ya, benar…dia beritahu saya melalui TV rancangan Apprentice.

Seperti yang saya beritahu tadi, kita tak perlu iri hati dengan kejayaan dan kemaksiatan yang mereka lakukan tetapi irihati dengan aktiviti kejayaan mereka. Dan kalau aktiviti dan buat tapi masih tak berjaya bagaimana?

Itulah masuk dalam bab kerohanian. Setiap pekerjaan yang dilakukan adalah ibadah kepada Allah. Tak ada tujuan lain. Walaupun dunia tidak nampak hasil tetapi Allah dah sediakan mahligai sebesar berjuta kali ganda lebih besar dari dunia ini di akhirat. Janji Allah pada orang yang sabar itu pasti! Walau apapun Alhamdulillah, dunia akhirat kita dapat.

Ditaja khas oleh : Mandian Kejayaan dan kekayaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Hasbullah

September 18, 2010 at 8:07 am

Alhamdulillah, perkongsian ilmu yang sangat baik dari Master Hadzrin. Mudah-mudahan dapat dipraktikkan, insya Allah.

P.S: Donald Trump pun bagitau Master Hadzrin rahsia kejayaan dia. 🙂

Master Hadzrin

September 18, 2010 at 8:16 am

donald trump tu kira bapak saudara punya jiran punya saudara belah emak saudara..umur dia pun tingal beberapa semester je lagi…kalau dia diberi hidayah beruntung sungguh dunia akhirat berjaya

Norita

September 18, 2010 at 11:45 am

Dahsyat la Master kita ni.. Donald Trump bole jadi kawan yek..

Seronok baca blog Master ni.. banyak pengisian nyer..

shah

September 18, 2010 at 12:34 pm

Tak tau nk kate ape lah mmg terbuka minda setiap hari ternanti
blog post yg terbaru dr master

PS: Azian dh tanye psl kursus ISP master sebentar td sblm ni bt dono je.InsyaAllah klu iada aral die join la ahad depan ni 🙂

Norita

September 18, 2010 at 12:51 pm

Insyallah.. ISP mggu depan nak dtg, nak tmbh ilmu

azli

September 18, 2010 at 3:52 pm

insyaallah…nk join isp ahad ni….

Norita

September 18, 2010 at 4:43 pm

@azli
Azli, ahad ni tak der tapi ahad depan ader 26/9/10

Master Hadzrin

September 19, 2010 at 1:39 am

Ya lah…ahad depan 26hb….kemudian 3 hb dibawa ke minggu berikutnya kerana saya dan Dr pergi kursus orang lain pulak…mmmmmmmmmmm….

Master Hadzrin

September 19, 2010 at 1:44 am

shah :

Tak tau nk kate ape lah mmg terbuka minda setiap hari ternanti
blog post yg terbaru dr master

PS: Azian dh tanye psl kursus ISP master sebentar td sblm ni bt dono je.InsyaAllah klu iada aral die join la ahad depan ni :)

luar biasa shah…mana tahu dia boleh pecahkan botol kaca nanti…

shah

September 19, 2010 at 2:30 am

itu yg sy nk die bt sebenarnya masa kursus nanti kite dera sama die haha

    Master Hadzrin

    September 19, 2010 at 2:48 am

    Jangan tak dera…Nanti merajuk siapa nak pujuk…Saya tak terlibat ye..

shah

September 19, 2010 at 9:52 am

Die kuat orgnye InsyaAllah tk merajuk