12
Sep

KEMBALI BERTUGAS SELEPAS BERCUTI

start bertugas semulaAlhamdulillah, 1 Syawal sudah dirayai…memang kali ini sambutan Raya se Ala kadar sahaja tetapi lebih kepada menziarahi rumah saudara mara…tak ada buat open house tapi pergi open house rumah orang lain.

Balik KL ni pula bercadang nak beraya ke rumah sifu-sifu Tendai. Tapi kemungkinan besar kami semua akan mengadakan gathering di Chalet Klang. Dekat situ bertambah lagi ilmu bersama Pak Mahaguru.

Ramai yang menghantar SMS kepada saya mereka telah tamat latihan dasar tendai semasa 1 Syawal. Saya dengan ini mengucapkan tahniah buat anda. Tetapi perlu diingatkan, jangan sangka sudah lengkap ilmu itu (nama pun Dasar…)

Proses pembelajaran masih lagi berterusan walaupun dah tahap tinggi kerana ilmu Allah itu Maha Luas. Saya juga meneruskan pembelajaran kerana diri ini sangat kekurangan. Insya Allah tahun hadapan saya melanjutkan ke luar negeri dalam keilmuan ini.

Stok produk Aura Sukses diluar jangkaan sambutannya sehinggakan sebelum Syawal menjelang, produk tersebut sudah kehabisan stok. Yang sudah memesan stok aura sukses harap bersabar dalam 2 minggu kerana pemprosesan produk itu memang rumit.

Dan yang sudah memesannya, sila emailkan kepada saya di innerselfpower@gmail.com untuk diberi e-book percuma seperti yang diiklankan.

Sepanjang raya ini saya berkesempatan berbual dengan salah seorang pak saudara yang mempunyai banyak projek-projek luar negara. Dari situ saya belajar selok belok peluang yang ada di luar negara dengan menjalankan bisnes. Alhamdulillah, dah nampak jalan.

Jika diikutkan hati memang ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat ISP dan insya Allah RSISP akan ditubuhkan tak lama lagi. RISP bermaksud Rakan Setia ISP. Ini satu cara memberi penghargaan kepada Ahli-Ahli ISP yang sentiasa memberi sokongan kepada program anjuran ISP.

Dan insya Allah , satu Yayasan Program Amal atas nama yang belum diketahui lagi tetapi akan memudahkan segala program-program amal untuk masyarakat. Melalui yayasan tersebut sekurang-kurangnya itu sebagai bekalan untuk hari akhirat.

Banyak projek-projek yang dibincangkan dan dijangka satu persatu akan di rencanakan dan ini bukan projek jangka masa pendek tetapi jangka panjang. Nanti insya Allah, anda akan ikuti perkembangan dari kami dan saya akan sentiasa update dalam blog ini.

Baru saya tahu bahawa ramai yang buat duit yang banyak melalui program ‘luar negara’ mereka dan tentu sekali ini satu rahsia besar mereka. Tak usah tanya saya bagaimana caranya dan jika berminat, boleh bersama-sama dengan kami di ISP.

Ada juga saya mendapat SMS dari orang yang tidak kenali ingin menyertai program yang saya anjurkan tetapi nak perolehi macam-macam. Terus terang, semua program yang syarikat saya anjurkan adalah yang bersifat sederhana. Belum tiba masanya untuk menjadi gah kerana ia masih di peringkat awal.

Dan saya percaya , ia akan jadi gah bila tiba masanya kerana rezeki itu dari Allah. Yang mana merasakan RM60 mereka terlalu tinggi sehingga menjadikan mereka boleh mengatakan kerana RM60 mereka kami di ISP mendapat rezeki, terus terang saya katakan kepada mereka untuk memberi no akaun mereka dan pulang balik duit  mereka kerana mereka bukan orang ikhlas yang nak berjaya bersama.

Jika sudah memancarkan perasaan negatif maka gunalah apa jua produk di pasaran semuanya tiada kesan walaupun belajar dengan orang paling kaya di dunia. Saya ulangi, Rezeki hanya dari Allah. Selama ini hidup bukan dari hasil duit orang-orang yang tak ikhlas.

Insya Allah, saya akan buat yang terbaik untuk semua sahabat-sahabat ISP yang memberi komitmen yang tinggi dalam program ISP dengan melancarkan projek-projek besar untuk kebajikan Ahli-ahli ISP.

Bagi yang tahu, ia satu peluang yang tidak akan dapat dari tempat lain kerana ini satu anisiatif diri saya dan pasukan saya. Saya percaya, kehidupan kita mempunyai tugasan dan peranan yang akan dipersembahkan kepada Allah di hari kiamat nanti.

Pengumuman untuk hari Bengkel ISP, kami akan meneruskan program preview ISP pada 26 hb September dan tarikh 19hb akan ditunda pada 26 hb memandangkan masih ramai yang bercuti hari Raya. Anda boleh lihat di page : Bengkel ISP.

Bagi Ahli Tendai yang sudah tamat latihan, teruskan proses pembelajaran ilmu kerana masih jauh lagi perjalanan anda. Peringkat Dasar hanyalah permulaan dan walaupun permulaan, anda sudah alami banyak pengalaman menarik.

Selepas Dasar, pergi ke Master…selesai Master pergi ke Grand Master…selesai Grand Master pergi ke Super Grand Master…selesai Super Grand Master pergi ke Quantum Master dan seterusnya….tiada penghujung dalam menuntut ilmu.

Dan ilmu yang paling tinggi adalah ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah.

Tinggalkan Komen Anda

*

azrul langkawi

September 12, 2010 at 3:05 pm

tahniah master dan selamat beramal…

shah

September 14, 2010 at 11:01 am

br nk hanta dokumen hujung mggu ni tp ditunda plak
takpe ade hikmah tu