16
Sep

BILA CUTI LAGI….BANYAK KERJA TERGENDALA

1Assalamualaikum. Selamat Hari Raya dan Salam Satu Malaysia untuk hari ini. Walaupun mode Raya masih ada tetapi kerja yang berlambak buatkan cuti umum menjadi satu halangan untuk siapkan tugasan.

Banyak pesanan yang diterima terpaksa dihantar lambat, urusan bank tergendala, transfer cheque jadi delay, apoinment jadi canceled…nampak gaya kena buat kerja ground work lah.

Bila banyak cuti maka permohonan loan yang sudah disubmit juga masih tak setle lagi. Dengar cerita pegawai yang uruskan pinjaman itu masih lagi di kampung. Orang dah standby ramai tunggu duit nak dapat loan. Tu yang leceh bila buat pinjaman , tenaga banyak terbuang mengharapkan ia dapat.

Sebab itu sebelum ini saya ingatkan, kita buat sahaja kerja dan yang soal loan ni sebagai bonus. Dapat tak dapat ke, cepat lambat ke, asalkan langkah pertama dah dimulai. Sebab itu permohonan yang melibatkan duit saya tak ambik. Apa yang penting selamat tak ada melibatkan kerugian.

Hari ini saya terfikir nak berkongsi dengan sesiapa sahaja yang berminat nak tahu dan mungkin ada yang dah buat amalan ini. Ia berkaitan dengan DUIT dan bagaimana menghormati duit. Sebelum itu, saya nak tekankan, bukan saya nak mengajar anda jadi Hamba duit tetapi tanamkan perasaan respect pada duit.

Hamba duit dan hormat duit satu aplikasi yang tak sama. Nak cerita pasal hamba duit biarlah saya simpan untuk post lain kali. Tapi secara ringkasnya , selama ini kita sudah dibasuh dengan pemahaman segala-galanya perlukan duit. Tapi bagi orang yang bijaksana, kadangkala tak memerlukan duit, mereka dapat apa yang mereka nak.

Contohnya paling mudah, teringin nak makan nasik beriani tiba-tiba kawan ajak datang makan rumah ada nasik beriani. Itu contoh paling mudahlah yang tak perlu guna duit untuk dapat apa yang kita nak. Mungkin anda juga pernah alaminya.

Hormati duit yang saya nak kongsi kali ini adalah yang sedikit daripada apa yang nak dikupas selebihnya. Mengapa perlu hormati duit? Cuba bayangkan jika ada orang hormati anda, apa yang anda akan lakukan semula pada orang itu?

Anda akan hormati dia kembali. Jika orang hinadan tak hormati anda? Juga sama perasaan yang terpancar dari anda. Bagaimana duit juga ada perasaan? Benar, duit bukan benda hidup tetapi duit mempunyai satu energi yang berhubung kait dengan alam dan manusia.

Sebagai contoh, bila ada duit banyak, anda akan rasa bersemangat dan berkeyakinan tinggi. Maklumlah dalam akaun bank ada berjuta. Bila cakap pun suara lantang. Suara seorang Jutawan. Suara yang tiada sekat-sekat.

Cuba kalau dalam bank anda ada RM2. Cakap pun tersekat-sekat.Malu, tak bersemangat. Orang sekeliling anda pun tak peduli pasal anda. Alam sekitar seperti pokok-pokok, batu-batu, sungai-sungai semuanya anda lihat seperti tidak indah. Seolah-olah benda-benda itu semua bercakap yang anda tengah kusut pikir pasal hutang.

Bagaimana cara menghormati duit dan kenapa perlu hormat duit…..Duit seperti yang saya nyatakan tadi ia bukan benda hidup tetapi satu energi dan energi itu mudah tertarik dengan orang yang amalkan prinsip hidup yang teratur. Cuba bayangkan kalau tak teratur, belanja boros sana sini, dapat duit sahaja habis digunakan.

Sebab itu duit sentiasa tak ada. Dan teknik menarik duit pun tak tahu dan amalan sogeh pun tak tahu sebab itu 10 tahun ke 20 tahun bekerja simpanan masih tiada. Bila tak ada simpanan, aset lain yang boleh menampal kebocoran wang juga tak ada.

Saya perhatikan kebanyakan orang yang berduit mereka betul-betul menghormati duit sehinggakan kalau nak dibelanjakan hanya benda yang berfaedah. Sebab itu ada orang kaya yang saya lihat hanya pakai handfon yang masih lagi hitam putih. Itu bab belanja lah salah satu cara hormati duit.

Cara paling mudah untuk hormati duit ialah dengan meletakkan duit di hadapan. Jangan letak di belakang punggung seperti letak dompet dan letak dibelakang. Punya panjang berjelar pengenalannya tips nya ini lah dia yang saya nak kongsi buat kali ini.

Ingat, lepas ni jangan letak dibelakang. Letak di kocek depan. Sebab itu banyak kes orang hilang dompet kena kebas pasal letak kat belakang. Atau anda pernah tengok dan terfikir tak ibu-ibu kita selalunya berduit. Asal minta duit diaorang ada.

Sebab ibu-ibu ni sentiasa letak duit didepan. Kalau orang dulu-dulu pula letak dalam baju didepannya. Saya takdela maksud suruh letak duit dalam baju dalam tapi memadai jangan letak di belakang duit. Jika anda tak ikut cara ini itu pilihan anda dan saya tak ingin nyatakan bahawa cara ini betul dan suruh anda percaya.

Kalau percaya nanti jadi syirik pula. Tapi dalam masa yang sama tak salah kalau buat dan niat dalam hati mohon pada Allah diberikan rezeki yang berlimpah ruah. Sebenarnya ada banyak lagi tips yang power untuk menarik rezeki dan kekayaan. Jika anda berminat dan nak belajar, boleh dapatkan dompet V2 yang saya khususkan untuk menarik kekayaan di page http://hadzrin.com/dompet-bio-magnetik/

Tinggalkan Komen Anda

*

shah

September 16, 2010 at 9:17 am

wah!dh ade yg version2 ke/yg v1 pun blum habis khtam lg
huhu

Master Hadzrin

September 16, 2010 at 11:35 am

bagi orang ada pilihan….sebab ada yang inginkan kemewahan dan kekayaan lagi cepat

shah

September 16, 2010 at 1:35 pm

hehehhe :)

azli

September 17, 2010 at 12:33 am

master …bole trade in v1 ke v2 ke?….patut le selalu bocor,rupenye dompet letak belakang…hehe..

shah

September 17, 2010 at 1:37 am

saye letak kt depan pun selalu bocor inikan lg klu letak kt blkg,iskh3x..

Master Hadzrin

September 17, 2010 at 2:30 am

Azli: nak trade in? hehe..takpe, tak perlu trade in…saya bagi potongan diskaun lagi untuk yang sudah miliki dompet V1

Shah: Letak depan memang lagi cepat bocor sebab senang nak tarik keluar. Tapi ada cara nak tampal kebocoran itu…

shah

September 17, 2010 at 4:42 am

Wah!ade potongan berapa tu master?
separuh harga ke?

azrul (langkawi)

September 17, 2010 at 11:35 am

teringin nak makan siakap..ada chef hotel mania tlng masakan lagi…huhuhu

azli

September 17, 2010 at 3:50 pm

klau separuh harge bisa muflis master kite shah…hehehe…xpayah bg potongan master..bg je ilmu halimunan…senang nk rompak bank…kahkahkah..

shah

September 17, 2010 at 4:36 pm

Ha..bagus idea tuh tp jgn smpi kene bakar sudah
kah kah kah

Master Hadzrin

September 18, 2010 at 2:30 am

separuh hrga pun boleh diatur…dompetnya juga bagi separuh….hehe..ilmu halimunan untuk rompak bank ? Nanti jadi duit haram tak cium bau syurga…baik ajar ilmu buat bisnes

shah

September 18, 2010 at 12:40 pm

Btul tu sy dh ade bisnes cume agak slow sbb lbh kepada online nk jumpe klien pn payah sbb jauh,klu ade rezki nk bt studio kt kl sng nk bincang dgn klien