06
Sep

BAGUS SATU ATAU SEPULUH…

Sejak nak cuti Raya ni, banyak program tersekat-sekat…lebih-lebih lagi dalam kesibukan proses uruskan pinjaman pemohon. Bila cuti, maka cuti jugalah proses pinjaman ini dan terpaksa disambung semula selepas Raya. Dan ada juga yang dok merintih agar duit loan dapat sebelum Raya sebab nak pakai buat Raya.

Katanya dia perlukan RM30,000 untuk budget Hari Raya….Subhanallah. Bukan mengumpat tapi mari kita sama-sama merenung dalam jiwa, nak dibuat apa belanja Raya sampai RM30,000…kalau nak buat majlis Kahwin tu lain cerita ini nak buat jamuan Raya ke sampai sanggup berhutang….

Nanti jadi Raya yang lagi 10 tahun tak habis lagi bayar hutang sambut Raya tahun ni…Saya bantu orang buat loan bukanlah untuk menghabiskan duit kemudahan yang diterima tapi untuk tingkatkan ekonomi dengan buat bisnes misalannya…Kalau buat Raya sahaja…cuba bayangkan kalau tak ada RM30,000….raya tetap raya juga kan!

Hidup yang bahagia sebenarnya adalah dengan memilih kehidupan yang sederhana dan tidak perlu hipokrit….kehidupan yang berteraskan pada ilmu tauhid. Allah tahu keadaan kita. Kalau kita cuba nak tunjukkan kemewahan, Allah tahu kita menderita…dan jika kita sederhana biasa-biasa, Allah juga tahu kita bahagia sebagai contoh mampu melakukan banyak amal soleh.

Kesabaran juga asas untuk berjaya. 100% boleh diuji terhadap orang yang tidak sabar bahawa 10 tahun lagi dia masih lagi kehidupan seperti sekarang. Secara terus terang, saya tidak berkeupayaan untuk membimbing orang yang tidak ada kesanggupan dan kesabaran. Rata-rata yang tidak sabar semua ibarat mereka sedang bermimpi dan kaki yang tidak berjejak di lantai.

Dan saya perhatikan terhadap orang yang sabar, mereka mendapat banyak perubahan dalam hidup mereka. Kerana dalaman mereka terpancar satu energi positif yang mampu menarik segala unsur kebaikan. Yang tidak sabar buat semua perkara tidak menjadi. Belajar ilmu semua makan diri atau tidak berjaya.

Kalau Nabi Muhammad SAW tidak sabar selama 20 tahun menyebar Islam dengan banyak keperitan dan penderitaan, nescaya hari ini kita tidak tahu agama Islam. Akhlak dan kesabaran Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang wajib diikuti untuk berjaya dalam kehidupan dan kepimpinan.

Berbalik kepada kehidupan yang sederhana tadi, sederhana tidak bermakna tidak berduit. Lihat sahaja kehidupan Tan Sri Syed Mokhtar , kalau dilihat perwatakan dan penampilannya seperti orang yang sederhana. Tetapi beliau Melayu terkaya di dunia. (Kalau ada Melayu yang lebih kaya dari Syed Mokhtar bermakna orang itu lagi sederhana).

Syed Mokhtar tidak memandu Mercedes atau Ferrari…tidak tinggal di rumah Banglo…tidak memiliki kapal terbang peribadi walaupun beliau sendiri mempunyai landasan kapal terbang sendiri. Mengapa ada orang yang seperti ini walaupun berkemampuan miliki apa sahaja.

Ini kerana orang-orang seperti ini faham akan erti tujuan kehidupan. Hidup ini tidak lama. Sebagai contoh, cuba anda kira berapa bulan sudah anda hidup? Saya pasti tak sampai 1000 bulan. Berbanding sewaktu melintas titian sirat sewaktu lepas dihisab di padang masyhar di hari kiamat selama 15,000 tahun perjalanan!

Dan sebelum melintasi titian itu yang berjuta tahun lemanya menunggu untuk dihisab…ternyata kehidupan dunia ini sekejap sahaja. Tak yakin ? Cuba renungkan, 80 tahun lagi, adalah kita masih mampu membuka komputer melayari internet?…renung sejenak….

Apa maksud satu atau sepuluh pada tajuk pada post kali ini? Ia ada maksud tersirat yang saya ingin kongsikan dalam bab kehidupan iaitu : kesederhanaan, kesabaran dan keinsafan…

Apa yang satu dan apa yang sepuluh? Sebenarnya ini salah satu cara meningkatkan dan mengukuhkan ekonomi kita dengan membuka akaun simpanan….

Mana lebih bagus buka satu akaun bank atau sepuluh akaun bank ?

Rata-rata kebanyakan orang ada satu sahaja akaun bank tetapi ada 10 kad kredit. (contoh sahaja…). Saya mengamalkan buka akaun bank sejak saya tidak ada pendapatan tetap, tidak bekerja dan tidak tahu apa nak buat tetapi dalam keadaan yang saya mampu menyediakan segala keperluan asas dengan lengkap.

Saya tidak mengatakan saya mampu membeli ferrari, kapal terbang…beli pulau, dan sebab itu saya mengatakan saya mampu menyediakan segala keperluan asas dengan lengkap buat keluarga saya walaupun tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap sejak lebih 10 tahun lagi.

Caranya saya banyakkan buka akaun bank. Kalau ada satu sahaja saya akan guna habis kesemua duit saya dalam bank tersebut. Tetapi bila ada banyak akaun bank, ia seperti satu permainan yang menyeronokkan. Permainan untuk memeunhkan akaun bank mengikut sasaran.

Sebagai contoh, saya ambik sasaran menyimpan maksima RM1000 setiap bank. Kalau ada 10 akaun bermakna simpanan ada RM10,000. Hari ini rata-rata ramai tidak menyimpan wang. RM10,000 memang tidak ada walaupun dah bekerja 30 tahun. Dan mereka mengharapkan simpanan KWSP atau EPF.

Cuba bayangkan kalau sasarannya setiap akaun ada RM10,000. Bermakna 10 akaun ada RM100,000! Cakap senang tapi nak buat bukan boleh memandangkan gaji kecik….

Itulah belegu yang selalu dalam pemikiran. Sebab itu kehidupan sederhana dan kesabaran yang akan membayar kita kekayaan sebenar. Berapa pula sasaran saya ? Insya Allah jika diizinkan Tuhan , saya sasarkan mempunyai satu organisasi yang dapat menyalurkan sumbangan kepada fakir miskin.

Yang dimaksudkan dengan fakir miskin ialah golongan orang tua yang tiada rumah , elektrik tak ada, anak yatim piatu, daif…dan bukan orang yang membaca blog saya kerana orang yang tahu internet bukan golongan fakir miskin tetapi orang yang kaya hutang sehingga habis duitnya.

Sebab itu saya berkongsi teknik buka banyak akaun ini supaya anda praktikkan dan anda berjaya. Buka akaun sehingga sampai sasaran kemudian buka akaun baru. Jika tak mampu sasarkan tinggi-tinggi, buat yang mudah dicapai seperti RM500 satu akaun bank.

Bila dah ada RM500 dalam bank, tinggalkan akaun itu dan lupakan. Suatu masa nanti tanpa disedari, anda sentiasa berduit. Pasal saya praktikkan cara inilah saya sentiasa lupa yang saya ada banyak duit simpan dan tak pakai. Kalau tak habis di tarah semua. Hidup pun biasa sahaja dan tidak perlu nak mewah. Alhamdulillah, ketenangan jiwa itu ada.

Bagi yang memiliki dompet magnetik, ilmu ibu duit dan ilmu kerezekian seperti kesogehan yang saya promosikan di blog ini lebih mudah untuk applykan konsep menggandakan duit dalam akaun bank ini. Proses menuntut ilmu itu berterusan dan sebab itu kesabaran penting. Yang tak sabar memang kena tinggal lah…

Insya Allah, bagi peserta ISP (Inner Self Power) selepas raya ini, anda yang memohon pinjaman dari Bank yang ditawarkan akan mendapat satu program khas dimana ia direka khas bagi peminat ilmu metafizik dan ia berkaitan dengan program emas.

Jika Allah izinkan, selepas ini, anda akan berpeluang untuk melihat pelbagai peluang untuk meningkatkan ekonomi anda dalam program perawatan dan promosi produk metafizik dan salah satu tujuan program ini ialah memenuhkan akaun bank Ahli ISP dan mereka mampu membayar semula pinjaman sebanyak RM200,000 tersebut.

Kajian dan Perancangan secara teliti sudah dibuat dan sudah tiba masanya untuk dipertengahkan secara umum dan peluang ini dikongsikan bersama dengan orang-orang yang komited, sabar dan sanggup.

Sekian, wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Norita

September 7, 2010 at 11:15 pm

.. semuga aku t’golong dari org2 yg sabar.. akuan simpanan mmg dah byk tapi lum penuh, bagus juga saranan Master tu, bole pratikkan.. niat dihati mmg nak bantu org yg susah

Semuga Allah mempermudahkan nyer.. Insyallah

Master Hadzrin

September 8, 2010 at 3:56 am

Insya Allah..Selamat pulang ke kampung halaman.