27
Sep

APA PENGAJARAN DARI SAI’E SAFA KE MARWAH

Hari ini dah 3 hari tinggalkan post di Blog ini. Ramai yang bertanyakan , kenapa tak update blog. Walhal baru 3 hari tak update.

Sejak kebelakangan ini , banyak urusan luar harus diutamakan seperti anjurkan bengkel, mengajar di rumah-rumah palajar peringkat Super Grand Master, uruskan Pusat Rawatan, Diploma dan pengijazahan bakal practitioner, urusan bank untuk jual beli emas…

Senang cerita nak duduk depan komputer sejak kebelakangan ni memang tak kesempatan. Ada yang tak sempat nak membalas email dengan segera. Ni pun ambik kesempatan sebelum tunggu berbuka.

Sebelum ini saya ada uruskan pinjaman untuk kes-kes yang masalah seperti Blacklist , Ccriss dan Ctos. Malang sekali projek tersebut tak dapat nak diteruskan kerana pihak Bank sudah jual mahal sekarang. Pinjaman Peribadi tersebut sudah mereka tutup.

Bagi yang belum memohon mungkin akan rasa kecewa kerana tak sempat nak memohon tetapi percayalah bahawa anda adalah orang yang paling bertuah dan beruntung. Kerana orang yang sebelum ini memohon kesemuanya belum ada tanda-tanda untuk mendapat pinjaman. Senang cerita kes mereka masih lagi sangkut.

Berbanding anda yang baru nak mohon tak rugi apa. Tak perlu nak berkejar sana-sini untuk siapkan dokumen seperti batch yang awal-awal. Jadi jangan kecewa kerana tak sempat nak submit dokumen.

Bagi yang dah submit pula, status mereka ni masih tergantung. Sebenarnya kalau dapat kelulusan masa yang diperlukan tak lama. Seminggu sahaja. La ni dah masuk minggu ketiga Syawal.

Jadi yang memohon sebelum ni dan dokumen anda sudah dimasukkan ke dalam Bank tak perlu rasa kecewa dan putus asa. Kerana sepatutnya yang merasa kecewa dan putus asa ialah diri saya sendiri kerana mengusahakan sesuatu yang tidak berhasil selama sebulan.

Berkejar sana sini berjumpa orang sehingga balik hampir subuh selama berminggu-minggu dan melayan persoalan orang-orang yang mempunyai harapan tinggi untuk mendapat loan…akhirnya program tersebut tidak dapat diteruskan.

Walaupun rasa kesal di atas projek ini tetapi ada satu pengajaran yang perlu diambil daripada kisah Siti Maryam berlari-lari dari Safa ke Marwah untuk mencari air buat bayi bernama Ismail. Inilah ia pelajaran dari Sai’e.

Apa yang nak disampaikan ilmu tersebut ialah, Siti Maryam berlari-lari dari Safa ke Marwah mencari air tetapi akhirnya air terpancut keluar dari bawah kaki Ismail sendiri yang dinamakan telaga air zam-zam.

Maksudnya Allah memerintahkan kita berusaha tak kisah apa jua pekerjaan sekalipun dan biar Allah yang beri rezeki kepada usaha kita. Dalam kes saya, walaupun menguruskan kes pinjaman pemohon-pemohon selama sebulan tanpa buat benda lain tetapi rezeki tetap datang tanpa saya sedari.

Inilah erti usaha dalam konteks Sai’e. Anda tak perlu bertanya bagaimana boleh dapat rezeki sedangkan usaha yang dilakukan adalah perkara lain tetapihasil datang dari perkara lain.

Itu semua Kuasa Allah. Secara logiknya bandingkan kisah Sai’e tentang air (rezeki) yang keluar di tempat sendiri walaupun cuba mencari di Safa atau Marwah. Inilah apa yang Allah ingin kita pelajari ilmu Kerezekian. Anda perlu berusaha untuk dapat apa jua hasil

Bila berfikir begini, kita tidak akan berasa kecewa dengan apa yang kita usahakan selama ini. Jika teguh pendirian kita, setiap usaha kita akan menjadi satu ibadah dan tanda pengabdian kepada Allah SWT.

Bagi yang sudah menghantar dokumen untuk mohon pinjaman bank dari saya , anda jangan susah hati. Insya Allah saya akan usahakan ke tempat lain yang secara proper dan anda juga berkelayakan untuk saya lantik menjadi Wakil Pengedar Emas saya.

Bayangkan, peluang untuk anda berniaga emas yang tidak memerlukan modal besar. Status anda akan secara tak langsung menjadi tinggi kerana melibatkan diri dalam perniagaan emas. Senang cerita jadi tauke Emas la.

Jika sesiapa yang berminat untuk menjadi Pengedar Emas, bolehlah emailkan kepada saya innerselfpower@gmail.com dan anda boleh mula menyimpan emas dan jika selama ini orang mampu membeli emas sedikit tetapi anda boleh miliki 3 kali ganda lebih.

Tinggalkan Komen Anda

*

shah

September 27, 2010 at 1:24 pm

Loan dh tutup?

tam81

September 28, 2010 at 12:19 am

huhu..baru nak try apply..

azli

September 28, 2010 at 12:33 am

brape modal nk jd pengedar emas ni master?

peminat emas

September 28, 2010 at 2:35 am

Master, menarik ni…biasanya paling rendah nak jadi ejen emas modalnya RM38,000. Master punya berapa?