24
Sep

AKTIVITI HARI JUMAAT

Masjid

Rasa Jumaat lepas jumpa Reza nak ajak beraya rumah Dr Muhammad la ni dah Jumaat balik. Reza ni duduk di Sepang pengumpul emas jongkong dan bekerja di KLIA.

Dia ni memang peminat ilmu metafizik, banyak kursus dia pergi belajar.

Tu yang banyak duit sebab banyak ilmu. Saya cakap kat dia sudah-sudah lah belajar. Jadi Guru ajar orang pulak. Tapi dia ni pemalu orangnya. Kalau jalan dekat Kompleks nampak orang yang dia kenal pun nyorok-nyorok.

Semalam dari petang sampai ke malam berada di Selayang rumah Kak Siti. Salah seorang Ahli Tendai Baru peringkat Super Grand Master. Rumahnya baru renovate jadi Villa Spa Q. Kalau deretan rumah taman tu, rumah Kak Siti ni lah paling menyerlah.

Jika nak datang beraya atau berubat, bolehlah datang ke rumah Kak Siti ni yang tak jauh dengan Selayang Mall. Kak Siti belajar Tendai untuk buat pusat rawatan. Memang Kak Siti minat untuk merawat orang. Ada rawatan mandian Spa sekali di rumahnya. Kalau minat untuk dapatkan khidmat Kak Siti ni cari dalam freind list saya di Facebook.

Asalnya Kak Siti lumpuh tak dapat berjalan tapi sekarang Alhamdulillah dapat berjalan dan yang luar biasanya boleh mengurut orang. Memang anugerah untuk Kak Siti boleh mengurut orang.

Pagi ni saya ingin kongsikan untuk sesiapa sahaja yang memerlukan idea untuk bangkit semula, yang bercadang nak buat amal, yang ada masalah duit, yang risau hutang melambung, yang buntu mana nak cari modal…Sesungguhnya Allah jadikan hari Jumaat adalah Raja segala hari.

Raja yang dimaksudkan ialah hari yang mulia dan diutamakan. Macam Raja kira VVIP. Jadi setiap amalan hari Jumaat itu kalau ditambahkan niat ibadah dan pengabdian kepada Allah ganjaran pahala akan jadi berlipat kali ganda.

Apa aktiviti yang patut dibuat semasa hari Jumaat? Ada setengah orang asal hari Jumaat pergi makan Nasi beriani. Bukan itu yang ingin dikongsikan bagaimana nak menarik rezeki atau kekayaan. Hari ini saya kongsikan satu rahsia yang orang yang tahu tak bagi orang lain tahu.

Insya Allah, saya dan anda boleh jadikan amalan ini sepanjang hayat. Untuk apa saya ceritakan dalam blog ini? Supaya anda juga boleh berubah untuk jadi kaya atau berjaya dengan rezeki yang Allah beri. Bila anda berduit selesai banyak perkara bukan? Yang tak suka tu tak perlulah buat sebab saya tak harapkan apa-apa dari mereka.

Ramai yang bertanya dengan saya ilmu untuk jadi kaya sebab dah penat dengan hidup melarat. Yang mana iman tak kuat memang minta yang bukan-bukan seperti minta tangkallah, minta azimat untuk kaya lah. Bagi saya itu semua kerja yang boleh merosakkan aqidah. Sebenarnya azimat kekayaan itu adalah bergantung pada usaha anda sendiri.

Doa minta pada Tuhan juga satu usaha. Yang jenis tak sabar, hari ini minta harap minggu depan dah kaya. Itu kalau dia ada masuk pertandingan Jangan Lupa Lirik ke dan menang RM500,000 mungkin boleh jadi.

Usaha yang saya ingin kongsikan hari ini adalah salah satu amalan kesogehan (kekayaan) yang tak ramai sanggup buat dan yang antara saya kongsikan dalam ilmu-ilmu lain untuk menarik kekayaan. Mana tahu, bila anda dapat rezeki, anda boleh bina kekayaan dengan emas lepas tu atau mempunyai modal buat bisnes.

Untuk menyelesaikan masalah ekonomi atau menarik kekayaan adalah dengan menjual Nasi Lemak atau Nasi Goreng atau Nasi Ambang atau nasi campur setiap hari Jumaat. Kalau saya, saya pilih nasi lemak sabab senang nak sediakan.

Laaa…takkan itu ? Semua orang tahu jual nasi boleh dapat duit.

Ya benar, jual nasi boleh dapat duit tapi cuba jual dengan harga PERCUMA. Rasanya boleh dapat duit ?
Pening kepala nak jual harga percuma atau senang cerita bagi orang makan Free ?

Jika anda pergi sembahyang Jumaat, ada tak anda lihat orang sedekah nasi di masjid? Kebiasaannya kita yang tukang berebut untuk dapat makanan free. Kadang-kadang nasi-nasi tu disedekahkan oleh tauke restoran  mamak. Sebab tu bisnes mamak maju.

Macam tauke Osman di Bandar Baru Uda yang selalu sedekah nasi di masjid-masjid. La ni Restoran Osman ada 7 cawangan. Sebenarnya ramai lagi yang sedekah nasi di masjid.

Apa relevan yang boleh dikaitkan dengan bagi orang makan nasi di masjid? Bayangkanlah, setiap butiran nasi yang diberikan kepada orang yang makan nasi anda adalah tasbih kepada Allah supaya mengharapkan keredhaan Allah.

Setiap butiran Nasi itu ibarat rezeki yang mengalir kepada Anda dengan keikhlasan memberi kebaikan kepada orang lain. Dan hasil dari tenaga yang terhasil dari makan nasi anda mereka lakukan ibadah dan anda mendapat juga bahagian amal ibadah orang yang mengerjakan itu seperti solat Jumaat.

Senang cerita banyak manfaat yang anda akan terima jika lakukan amalan sedekahkan nasi di masjid. Seperti yang saya ceritakan tadi, saya suka berkongsi dengan anda dan terpulang pada anda untuk lakukannya. Jadikan amalan ini sebagai amalan untuk anda mendapat keredhaan Allah.

Saya tak paksa untuk anda lakukan. Buat atas kemampuan. Jika mampu buat Nasi goreng, goreng banyak-banyak lepas tu bungkus kemudian letak sahaja di masjid dan tinggalkan sahaja. Saya memang buat sendiri dan masak sendiri bersama isteri saya. Kalau beli tak dapat nak bagi banyak.

Bukan niat saya nak menunjuk amalan saya tapi sekadar nak kongsikan apa yang saya buat pada hari Jumaat. Dah namanya aktiviti hari Jumaat. Kalau orang tanya Jumaat ni apa projek. Saya akan jawab aku jual Nasi Lemak. Orang yang kenal akan cakap si Master ni dah meniaga jual nasik pulok daa…

Mesti pikir saya nak carik pitih jual nasi. Diaorang semua tak tahu, kita jual nasik kepada Allah. Biar Allah yang bayar dengan berlipat-lipat kali ganda. Inilah amalan yang dibuat oleh Sahabat Nabi Muhammad SAW yang bernama Abu Hurairah . Beliau pada zaman itu membawa 10,000 ekor unta yang penuh dengan gandum, beras dan kacang-kacang untuk disedekahkan kepada orang-orang Madinah.

Punya banyaknya unta-unta yang membawa barang keperluan untuk disedekahkan kepada penduduk Madinah ketika itu sehingga menyebabkan kota tersebut bergegar ibarat gempa bumi. Orang bertanya kepada Abu Hurairah, kepada siapa dia nak jual semua barang-barang tersebut.

Abu Hurairah menjawab, ” Aku nak jual kepada Allah dan biar Allah sahaja yang membayar kepadaku dengan keuntungan yang berlipat kali ganda “.

Cuba bayangkan kalau hari ini ada orang datang ke bandar dengan membawa 1000 kontena barang dan hadiahkan kepada penduduk bandar. Itulah nilai kekayaan Abu Hurairah pada zaman itu 1400 tahun yang lalu.Orang zaman sekarang mungkin tak sekaya Abu Hurairah ketika itu dan semurah rezeki sepertinya.

Sebab itu, jangan tanya saya betul ke boleh kaya, boleh buat duit kalau bagi orang makan nasi di masjid. Sebelum itu ubah niat dahulu iaitu untuk dapatkan keredhaan dari Allah kemudian biarkan sahaja Allah yang balas usaha kita.

Alangkah seronok hidup jika kerja kita buat benda-benda yang mudah seperti bagi orang makan free dan dapat hasil dari yang diluar jangkaan kita.

Apabila dapat menolong orang lain, Allah pasti akan menolong kita bila kita susah. Alhamdulillah bersyukur di atas nikmat Allah berikan kepada kita.

Balik ke Muka Utama Klik Sini

Tajaan Dari Minyak Aura Sukses dan Dompet Magnetik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

shah

September 24, 2010 at 1:05 am

We want more! 🙂

tam81

September 24, 2010 at 2:50 am

‘What U Give, U get Back’..

azli

September 24, 2010 at 2:53 am

minggu ni master jual nasi lemak kt masjid mana?sy nk rase masakn master….hahaha