23
Aug

TENDAI ADALAH GEMBLENGAN (HIMPUNAN) PELBAGAI KEILMUAN METAFIZIK

tangga ilmu

Sejak seminggu lepas, sibuk menguruskan orang punya loanĀ dan persiapan untuk bengkel yang pertama kali dibuat di Training Center Putrajaya . Ingatkan sekadar nak bagi info tentang peluang buat loan tapi rupa-rupanya dapat banyak permintaan untuk proseskan loan mereka.

Ada jugak yang ingat ni projek dengan Ah Long la…dan ada juga yang nak minta pinjam dengan Ah Long kalau saya kenal member ah Long. Patut la Ah Long hidup mewah sebab sentiasa ada permintaan terhadap pinjam-pinjam duit ni. Jadi tu yang datangnya ilmu untuk bantu kita dalam hal mengukuhkan ekonomi.

Saya baru berjumpa dengan pengasas Tendai di Klang untuk bincangkan program yang sesuai dan penambahan ilmu mengikut situasi sekarang. Dia selalu tekankan bahawa belajar ilmu Tendai ini untuk dua sebab iaitu untuk perawatan dan untuk kukuhkan ekonomi. Jika ada yang berminat untuk merasai perkara-perkara ghaib, Tendai bukan ke arah itu.

Insya Allah, saya dan Dr Muhammad akan memulakan pusat latihan untuk semua ahli Tendai seluruh Malaysia yang berminat untuk sama-sama jayakan program lanjutan dan bimbingan Ahli Tendai agar ilmu yang diperolehi akan diaplikasikan dan bukan sekadar disimpan. Dalam bab perawatan, peserta boleh belajar cara dan kaedah merawat untuk diri sendiri, keluarga dan orang lain.

Kalau bab kerezekian pula, peserta boleh belajar sehingga ke peringkat Guru dan mampu menghasilkan produk sendiri dan boleh mengijazahkan murid Tendai. Proses belajar secara konsistent amat digalakkan oleh pengasa Tendai dan ilmu ini akan sentiasa dikemaskinikan oleh pengasas sendiri dari semasa ke semasa.

Sebenarnya beruntung bila dapat belajar Tendai sebab macam-macam ilmu boleh dapat dan kos belajar juga sebenarnya dalam Tendai amat murah. Dengan peringkat Dasar juga pengamal Tendai boleh men ‘transfer ‘ energi ke dalam air untuk dibuat rawatan dan dapat rasakan getaran energi baru setelah tamat latihan Dasar.

Jika anda ingin belajar Tendai hanya untuk diri sendiri seperti mengobat diri sendiri, cukup sekadar dengan mengambil peringkat Dasar. Tapi kalau serius untuk berjaya dalam Tendai, ikut sahaja program Tendai sehingga ke peringkat paling tinggi langkah demi langkah. Cara ini sebenarnya dapat mengukur tahap kesanggupan dan komitmen ahli Tendai.

Ahli Tendai boleh berjaya ekonomi ? Sudah tentu boleh. Dengan izin Allah, akan lahirlah pengamal-pengamal Tendai yang komited di suatu masa nanti mempunyai banyak perusahaan dan membuat banyak kerja-kerja amal seperti memberi rawatn percuma di kampung-kampung.

Berita baik untuk anda, jika anda dapat hadiri kursus Quantum ISP pada Sabtu (28hb) atau Ahad (29 hb) ini, kami akan memberi rawatan percuma kepada semua peserta. Rawatan ini bertujuan menyelaraskan energi diri dan membersihkan aura diri anda supaya ada permasalahan dapat disembuhkan …insya Allah.

Jumpa di Quantum ISP pada 28 hb atau 29 hb ini….masa pendaftaran adalah 9:30 pagi dan kelas akan bermula pada jam 10:00 pagi. Selamat berpuasa.

Untuk maklumat lagi layari :

http://hadzrin.com/bengkel-tenaga-dalam-dan-spiritual

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Lisa Goh

August 23, 2010 at 6:40 am

Bolehkah penganut Buddha belajar ilmu tendai ini?

spartacus

August 24, 2010 at 5:27 am

boleh lisa…