24
Aug

PERGERAKAN GURILLA MARKETING BAKAL MELETUS…

Dah hampir seminggu keluar malam dan bersahur dengan sahabat-sahabat. Sejak menguruskan dokumen pinjaman projek khas pemohon-pemohon ni waktu malam terpaksa berkorban.

Lulus atau tidak itu semua kerja Allah. Jika Lulus Alhamdulillah, jika tidak mungkin ada hikmah di sebaliknya kerana Allah tahu apa yang kita akan hadapi jika sesuatu yang kita harapkan tidak menjadi.

Walau apa pun, kita berusaha dulu…jangan duduk diam sahaja. Seperti salah seorang kawan saya , dia cuba memohon pinjaman sebanyak RM1 juta. Jika dia dapat sahaja loan itu, dia akan hadiahkan sebiji kereta Caldina kepada orang yang bantu dia buat kertas kerja (bukan saya).

Katanya, duit yang di pinjam itu nak buat kopitiam dan promosi bisnes secara besar-besaran. Saya percaya katanya itu akan buat kerana sebelum ini dia juga pernah bikin kecoh di media cetak seperti masuk coverpage Maskulin, Sinar…

Soal nak hadiahkan kereta tu…memang satu pembakar semangat kepada orang yang uruskan loan dia. Mana taknya, dapat kereta impian secara cash.

Jika anda berkeinginan untuk mendapat kereta free juga sebenarnya boleh juga. Bukannya anda terlepas peluang untuk dapat kereta free. Ada caranya dan bukan dengan buat kertas kerja seperti kawan tu.

Insya Allah, jika ada rezeki anda, anda boleh dapat sertai program yang bakal diketengahkan oleh kumpulan Quantum Kekayaan. Bukan setakat kereta free, rumah free pun boleh dapat.

Bukan senang nak dapat peluang seperti rumah free, kereta free…kalau dulu kena sediakan duit muka kalau kereta antara RM20,000 ke RM50,000…dan kalau rumah pun antara RM20,000 ke RM50,000.

Jadi bila maksud dapat free, bermakna tak perlu sediakan duit muka. Cuma tahu cara guna sumber dan ambik peluang yang ada. Tambahan lagi ada projek emas yang sekarang ni hangat diperkatakan.

Jadi sibuk kah anda bila banyak benda boleh dibuat? Adakah anda mempunyai masa untuk mengeluh, merungut, mengadu nasib anda yang anda fikir dalam dunia ini andalah yang paling bernasib malang dan lebih malang dari orang yang duduk di bumi Palestin.

Kesibukan saya juga masih berkesempatan meluangkan masa dengan orang yang ingin dapat benda pelik-pelik seperti nak ilmu terawangan, ilmu melihat benda ghaib…saya cakap ada…kalau nak bayar maharnya dalam RM900 ke RM4,500.

Bila minta bayar terus senyap, sebelum itu bukan main lagi nak macam-macam. Nak free sahaja tak dapat lah. Sebabnya yang pertama saya dapatkan ilmu itu pun bukannya free dan murah…kedua, sebagai teguran. Anda nak jadi hebat sebenarnya untuk apa?

Rasa-rasa Allah jadikan kita untuk apa? Adakah untuk kita jadi hebat? NO!!

Allah jadikan kita untuk sembah pada Allah. Bukan atas tujuan untuk jadi hebat Allah jadikan kita. Cuma ilmu yang diperolehi adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Ada yang nak belajar ilmu lihat benda ghaib saya cadangkan belajar dengan orang yang boleh lihat benda-benda ghaib. Sebenarnya terlalu ramai orang yang berkemampuan seperti itu. Tak percaya?

Cuba tanya anak kecil…mereka dapat melihat benda-benda ghaib. Mengapa mereka dapat lihat? kerana mereka masih bersih dan tidak ada dosa. Hijab mereka masih terbuka tak seperti kita yang sudah ditutup kerana dosa yang banyak dilakukan.

Sebab itu saya cakap tadi, belajar ilmu untuk dekatkan diri kepada Allah dan bersihkan diri supaya jika memerlukan sesuatu perkara luar biasa, ilmu yang ada itu dapat membantu dengan izin Allah.

Kalau ikutkan, saya jenis yang tak berhenti menuntut ilmu dan tidak berhenti berusaha menaikkan ekonomi baik untuk diri saya dan orang-orang yang ingin bengkit berjaya bersama saya.

Alhamdulillah, usaha saya berhasil seperti projek Aura Sukses saya walaupun baru 2 bulan dilancarkan tetapi jualan hampir 1000 botol dijual. Cara jual pun guna teknik Gurella seperti gaya pos dan surat berantai (program yang ada akad jual beli).

Lepas raya ni , saya dan pasukan saya jika dizinkan Allah akan mengadakan aktiviti Training Tenaga Potensi Diri, preview keusahawanan Quantum Kekayaan dan Projek emas. Kami akan bertebaran ke seluruh Malaysia.

Mengapa kami buat ini semua, sebabnya ialah “PASSION”. Kami ghairah untuk berkongsi ilmu dan ghairah melihat kejayaan orang yang bersama-sama kami.

Bagi yang tak dapat membuat pinjaman seperti tidak bekerja dan tidak mampu menyediakan Duit Upfront RM3,000, anda mempunyai peluang lain juga untuk boleh berjaya.

Sebut pasal Upfront, ada juga yang minta saya bayarkan dahulu RM3,000 tu dan saya cakap boleh dengan syarat, ada buat perjanjian. Bila loan lulus, saya ambik 60%. Bila dicadangkan begitu, pun sama terus senyap.

Saya tak berminat pun nak ambik duit dia sebenarnya. Itu pun untuk teguran, nak lihat sejauh mana komitmen dia mencari upfront untuk bayar proses loan bagi lulus. Yang mana nak tahu lebih terperinci tetapi diri sendiri banyak masalah seperti blacklist diminta renungkan dulu keadaan.

Sebenarnya yang mana problem seperti itu hanya perlu sediakan dokumen lepas itu try submit…kalau lulus kira rezeki lah walaupun blaklist…kalau tak biasa lah tu…Tak perlulah nak banyak tanya sebelum ditanya kenapa blaklist. YA, ramai yang begitu.

Bank apa tu, tak perlu ditanya kerana biar Bank sendiri yang akan hubungi anda. Bila bank dah telefon bermakna Bank tersebut berminat nak bagi anda pinjam duit. Ada ke bank nak bagi pinjam duit dekat orang yang blaklist?

Dah berkurun sudah lamanya bank beri loan pada orang yang blaklist….jika bank tak bagi orang pinjam, income bank pun sebenarnya daripada orang yang bayar pinjaman. Orang blaklist diberi kelulusan mungkin ini dipanggil “peluang kedua” (Second Chance).

Bukan semua bank yang bagi…anda tak perlu besok pergi ke Bank dan tanya di kaunter… Semua ini adalah kuasa Allah yang mengizinkan sesuatu perkara yang mustahil menjadi berhasil.

Apa yang saya nak kongsikan dalam post ini ialah sebenarnya terlalu banyak rezeki dan peluang yang Allah sediakan untuk kita dan peranan kami (saya dan team) adalah untuk memberi ilmu cara-cara untuk guna peluang yang ada.

Selain guna Blog untuk berkongsi, kami akan buat road tour besar-besaran. Dah sampai masanya untuk bangkitkan potensi terpendam. Insya Allah….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

azli

August 25, 2010 at 3:34 am

redha dgn ketentuan allah…lulus alhamdulillah,klau tak pk cara lain…

nuar

August 26, 2010 at 2:34 am

tak sabar nak join bengkel asas ISP di p15 sabtu ni..

amylionaire

August 27, 2010 at 11:48 am

heheheh…nantikan..akan ada satu kelainan pada hari tersebut…

alexander

August 27, 2010 at 5:08 pm

saya datang hari ahad..besok tak dpat cuti lew