| 10 Aug |
MENUNTUT ILMU |
Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim , “Barangsiapa yang menuntut ilmu dan mendapatkan ilmu itu diberi ganjaran dua kali ganda. Barangsiapa yang menuntut ilmu dan tidak mendapatkannya diberi ganjaran satu kali ganda.”
Menuntut ilmu tak kira ilmu yang pastinya memberi kebaikan. Tanpa ilmu setiap aktiviti akan dilakukan secara kosong. Biarpun kita menunaikan Umrah tanpa ilmu umrah kita hanya kosong. Tanpa ilmu, kita tak ada hala tuju untuk lakukan suatu kerja.
Sebagai contoh, ilmu mendekatkan diri kepada Allah adalah ilmu paling kemuncak dan sukar dilakukan tetapi jika tahu ilmu itu, segala-gala pekerjaan akan dilakukan lebih konsistent, ikhlas dan berisi.
Sempena bulan Puasa ini, mari kita sama-sama berdoa kepada Allah agar diberi kesempatan dan kemampuan untuk melakukan Umrah setiap bulan Ramadhan dan alami kehebatan menyambut Raya di Masjidil Haram. Jika kita mengatakan kita tidak mampu untuk melakukan umrah di bulan Ramadhan, tidak mampu dari segi kewangan…
Tahukah kita sebenarnya ada berjuta manusia yang berpeluang untuk menyambut Puasa di Mekkah kerana mereka dipilih atas usaha mereka untuk ke arah itu. Jika anda tahu beruntungnya orang yang melakukan ibadah di Mekkah, pastinya anda tidak melepaskan peluang.
Jika hari biasa dan bulan biasa melakukan ibadah di Masjidil Haram, pahalanya 100,000 kali ganda berbanding ibadah di tempat sendiri. Jika bulan Puasa ia meningkat 10 kali ganda ganjarannya…jika 100,000 darab dengan 10 untuk satu ibadah…? Pernah kah kita terfikir, jika selama hidup kita melakukan ibadah ganjarannya tidak sama dengan satu ibadah di Masjidil Haram.
Sebab itu ilmu penting. Pertama sekali kita mantapkan ilmu tauhid kita kemudian ilmu ekonomi untuk kita mampu berusaha mengerjakan ibadah puasa setiap tahun di Masjidil Haram. Jika selama ini kita sentiasa fikirkan nak cari duit sahaja, kali ini kita fikirkan bagaimana nak carik pahala berganda-ganda untuk kehidupan akhirat yang cemerlang.
Insya Allah, jika niat dan impian bersumberkan keredhaan Allah, segala urusan kita akan dipermudahkan dan dalam Al-Quran selalu dinyatakan, Kejar Akhirat, dunia akan ikut.
Selamat Berpuasa.





Tinggalkan Komen Anda
azli
August 11, 2010 at 1:07 amuntung la org arab tuan master…xpyh pk pasal duit sgt,mmg depan mata je kaabah….
mhnizam
August 11, 2010 at 2:45 amharapnya dapat la ke Mekah 2 tahun lagi…..tu kena kumpul duit dari sekarang