30
Aug

MANA YANG ANDA PILIH…ZERO ATAU HERO?

bengkel ispAssalamualaikum,

Pagi ni lepas Sahur seperti biasa saya update blog sebelum pergi surau untuk solat Subuh. Hari ni agak sibuk sikit dengan urusan dunia…

Semalam jumpa kawan ke ofis sekejap carik dokumen loan isterinya tapi tak jumpa. Dalam perjalanan tu, seorang ustaz telefon nak pakai BMW…Steady tu bila berdakwah melalui pendekatan material supaya orang minat untuk jadikan sebagai idola.

Seorang yang berjaya dunia dan akhirat. Walau bagaimanapun, pakai BMW tak semestinya berjaya juga lebih-lebih lagi yang sambung bayar.

Perlu seimbang, harta dan liabiliti…sebab itu lebih baik naik motor tapi duit ada berjuta atau emas ada berkoyan-koyan…Motor kalau naik pun pastinya motor besar sebab senang nak pergi jauh-jauh dan senang cilok.

Hari ini sebenarnya saya nak kongsi kan pasal cara nak bangkitkan potensi sebenar dalam diri. Insya Allah, jika ikuti tips ini, sesuatu yang luar biasa dasyat akan berlaku pada diri anda. Bukan bermakna saya hebat tetapi saya juga mendapat ilmu ini daripada guru dan dari pengalaman setelah saya praktikkan.

Sebelum nak pergi kepada method, saya ingin bertanya kepada anda, yang mana satu anda pilih? Nak jadi hero atau zero? Bagi yang tidak tahu, mereka akan menjawab nak jadi hero. Tak ramai yang nak jadi zero.

Ya, memang benar, Hero merupakan watak idaman setiap orang seperti jadi CEO, jadi Jutawan, Jadi Boss, jadi menteri, jadi ketua kelas, jadi popular….manakala zero, apa yang orang zero ada ?

Untuk membangkitkan potensi sebenar, diringkaskan dengan 3 ‘M’, iaitu :

  1. Menerima – terima sahaja apa jua dugaan, ujian dan kekurangan diri. Redha atas ketentuan Illahi
  2. Mengaku – membuat pengakuan bahawa kita tidak ada daya untuk melaksanakan segala urusan melainkan dengan izin Allah. Bermakna totally zero monacle proses.
  3. Melepaskan – keluarkan segala masalah yang ada sebulat hati kepada yang Maha Berkuasa.

3 M diatas dalam training ISP akan ditunjukkan method dengan jurus pernafasan sekali. Anda masih lagi tidak faham mengapa zero begitu hebat berbanding hero?

Saya ambik contoh begini. Misal kata anda ingin sembahyang sunat tahajud pada malam hari . Ada dua cara niat iaitu : “Aku¬†nak ¬†sembahyang tahajud malam ini.” atau pun niat lagi satu, “Ya Allah, bantulah aku untuk bangun sembahyang tahajud malam ini.”

Anda rasa yang mana satu niat yang hero dan yang mana satu niat yang zero ?

Hero bererti menggunakan keupayaan diri, kekuatan diri dan kecekapan berfikir diri sendiri manakala Zero secara total dan bulat-bulat serahkan segala urusan kepada Allah. Jadi anda rasa yang mana lebih hebat ? Zero atau Hero?

Satu lagi kes kisah benar berlaku pada seorang Pilot Kapal Terbang Kapten Abdul Malik yang ketika dia membawa pesawat dengan 250 orang penumpang. Tiba-tiba enjin kapal terbangnya rosak dan mati. Lalu, kapal terbang yang dibawanya nak terhempas jatuh.

Sebagai seorang pilot yang biasa dan lemah, tidak berdaya untuk membaiki keadaan yang amat genting itu. Lalu diserahkan bulat-bulat dan menjadi zero ketika itu hanya memohon pertolongan dari Allah. Alhamdulillah, enjin kapal terbangnya hidup semula dan Kapten Abdul Malik dapat mendarat dengan selamat kapal terbang yang sarat dengan penumpang itu.

Bayangkan ketika itu hanya Allah sahaja yang boleh bantu bila saat genting berlaku dan Allah akan turunkan bantuan bila kita dalam keadaan zero.

Sebab itu sekarang kalau bab ekonomi, bila kita dalam keadaan zero, pasti ada sahaja rezeki yang datang kerana sifat Allah yang Maha Pelengkap. Allah tahu keperluan kita. Sebab itu bila jatuh susah, Allah bagi banyak kebaikan berbanding waktu kita senang.

Saya saksikan sendiri kawan saya yang dahulunya duit banyak dengan pendapatan lebih satu juta. Dengan duit yang banyak itu dia belanja melebihi seorang selebriti dengan mempunyai body guard, driver , PA…Tetapi bila ekonominya jatuh, Allah campakkan hidayah kepadanya untuk mencari kebenaran.

Saya dapat tahu dari dia selalu buka You Tube yang berkaitan dengan agama. Mudah-mudahan, jika Allah naikkan dia semula dia tetap mengikut jalan yang membolehkan amalannya diterima Allah. Jika dahulu solatnya tidak jaga , semoga kali ini dia tidak meninggalkan solat kerna yang wajib didahulukan daripada yang sunat.

Bila susah baru muncul satu jalan ke arah spiritual hapiness. Kebahagiaan rohani….Saya percaya, bila ada sahaja kekuatan ini, kekuatan yang terpancar dari orang yang zero, maka kejayaan yang akan dikecapi adalah kejayaan yang lebih baik dari sebelum ini.

Insya Allah, pada Ahad (5hb September) akan diadakan bengkel ISP dan anda akan faham bagaimana nak jadi zero bila dapat hadiri bengkel tersebut. PENTING : Hari Sabtu seperti minggu lepas TIDAK ADA KURSUS> Semuanya dikumpulkan pada hari Ahad. Alumni dialu-alukan hadir lagi sekali dan sama-sama sebarkan kebaikan kursus ISP.

(…Bersambung )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Norita

August 30, 2010 at 11:25 pm

Aku redha, ikhlas dan pasrah kpdmu Allah, hanya engkau yang Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih.

azli

August 30, 2010 at 11:45 pm

pasni bole pinjam bmw master la …nk g jln2..hehe

master hadzrin

August 31, 2010 at 3:11 am

bmw saya dah selamat di jual dengan harga murah..memandangkan banyak rosak dan banyak meragam…bawak pun dah tak sedap…saya tgh tunggu vellfire saya keluar ni…

Aziz

August 31, 2010 at 7:42 am

wah..vellfire? kereta idaman saya tu master..

    Master Hadzrin

    August 31, 2010 at 3:25 pm

    haaaa..aziz, pakat sama2 pakai vellfire!!

shah

September 1, 2010 at 9:47 am

Sy tk nk semua tu sy nk bikin sebuah studio
fotografi yang lengkap dan master klien sy yg pertama ^_^

Master Hadzrin

September 2, 2010 at 1:48 am

shah :

Sy tk nk semua tu sy nk bikin sebuah studio
fotografi yang lengkap dan master klien sy yg pertama ^_^

buat pe jadi klien….jadi model la shah…ok tak? saya dulu memang bekas model

shah

September 2, 2010 at 7:13 am

Ok jugak tu bleh letak gambar master kt signboard kdai
sy biar org ramai dtg masyukkkk

    Master Hadzrin

    September 2, 2010 at 2:17 pm

    letak gambar azian la…saya buat ape… Score AAAA…

shah

September 2, 2010 at 4:44 pm

Adoila..