15
Aug

KUASA MINDA VS TENDAI

head_and_brain copySekarang ni banyak program Kuasa Minda yang dianjurkan oleh Guru-Guru Mind Power. Kalau dulu dengar kuasa minda ni sebagai ilmu sakti tapi sekarang ni ilmu ini merupakan ilmu yang dah jadi comman. Tambah pula banyak buku-buku mengenai Kuasa Minda di jual baik di kedai buku atau dalam bentuk e-book.

Jika anda masih belum mendapat pendedahan dengan ilmu Kuasa Minda, boleh dapatkan di blog ini juga. Sayang kalau tak pernah belajar ilmu ni. Dulu ilmu ni jika nak belajar dalam kursus sehingga RM1500 (peringkat asas dan advance) tapi sekarang ada yang sehingga RM500. Tapi jika saya yang anjurkan sebelum ini tak sampai RM300.

Memang saya letak tak mahal dan pernah suatu ketika saya cuma letak harga RM20 pun ada. Ketika itu saya ajar group Bisnes saya. Dalam 200 orang yang hadir dapat ilmu sama macam pergi bayar beribu. Mengapa saya letak murah ? Antaranya:

  1. Ilmu ni sekarang boleh belajar melalui rujukan buku atau video
  2. Setiap orang yang belajar terus boleh ajar orang (tapi berisiko).

Apa risikonya? Jika anda mengajar orang tanpa ada protection, kebarangkalian ada aura negatif menyerang anda. Sebab itu ada setengah guru ketika mengajar Kuasa Minda memakai gelang kristal hitam (khasiatnya menangkis aura negatif).

Tapi jika anda berminat untuk mengajar ilmu Kuasa Minda, lebih sempurna jika anda sudah mempraktikkan selama paling kurang pun 2 tahun. Bermakna ilmu yang anda sampaikan itu berkesan. Anda bercakap apa yang anda sudah buat dan anda berjaya capainya.

Seperti saya dahulu, selepas saya belajar Kuasa Minda, saya mengajar ilmu itu setelah 4 tahun mempraktikkan. Kalau tak, pasti anda akan keliru, peserta anda lagilah keliru. Jangan baca buku hari ini esok terus nak anjurkan kelas Kuasa Minda.

Sebab itu kalau lihat sekarang, kursus Kuasa minda dah macam cendawan. Walhal ilmu itu mengajar cara guna 98% minda bawah sedar yang selama ini kita hanya guna 2%. Dan yang peliknya walaupun dah belajar ilmu Kuasa Minda ini, kita masih tidak mampu untuk menggunakan lagi lebih 2%.

Mungkin kalau dapat guna 100% minda boleh letupkan sesuatu seperti letupan atom. Saya pernah lihat penulisan orang jual panduan ini dahulu yang mengatakan jika dapat guna 100% minda boleh hantar bom. Tapi percayalah, bahawa yang katakan kenyataan itu pun tak dapat guna 100%. Cakap memang semua orang boleh cakap.

Berbanding dengan Tendai pula, anda perlu mendapat pengijazahan dari Guru. dan jika anda nak turunkan ilmu, anda wajib diijazahkan sebagai Guru Tendai (Master). Tendai tidak boleh diperturunkan melalui pembacaan sahaja. Kerna ia melibatkan ilmu kebatinan. Sebab itu ada yang merasai pengalaman berbeza-beza ketika berlatih Tendai.

Jika menurunkan ilmu Tendai dari orang yang tidak layak akan mengakibatkan pelbagai masalah sebagai contoh jika nak mengobat orang, penyakit pesakit itu akan menyerang ke dalam diri orang yang cuba merawat. Badan akan jadi lemah dan tidak berdaya.

Kelebihan dan kesan selepas guna Kuasa Minda pula ialah dari segi material akan jadi sukses dan tercapai impian. Modalnya hanya masa dan kesabaran. Yang mana tak sabar seperti belajar ilmu dan nak macam-macam memang berada dalam golongan orang yang rugi dan tidak bersyukur.

Kelebihan dan kesan kejayaan guna Tendai pula, ia lebih tertumpu kepada Spiritual (kerohanian) orang itu. Jika dilihatkan penagamal Tendai yang mana berjaya ialah dari segi amalan dan ibadahnya bertambah, lebih cenderong ke arah kebaikan dan ingin menegakkan agamanya.

Dari segi kejayaan material, ia menyusul kemudian dan apabila tiba masanya, kejayaan materialnya lebih hebat dari kejayaan sebelumnya. Allah berfirman, kejarlah akhirat dengan banyak dunia akan ikut dengan banyak.

Bagi yang sudah mendapat pengijazahan Tendai peringkat Master, anda adalah orang yang paling berkeupayaan untuk jumpa pelbagai peluang dan macam-macam anda boleh lakukan. Selain boleh mengijazahkan orang, anda boleh menghasilkan produk sendiri.

Berbanding orang lain yang nak belajar tahap Master di keilmuan lain sehingga beribu-ribu, anda hanya perlukan latihan sedikit dan yuran yang berpatutan. Dan paling penting, belajar Tendai atau apa jua ilmu , proses pembelajarannya adalah berterusan.

Jika ingin berjaya, selalu ikut program yang dianjurkan oleh mana-mana guru dan selalu bertanya. Anda boleh berjaya jika amalkan sikap cawan kosong dan sentiasa menerima.Tak perlu menjadi seorang yang suka melompat. Balajar sana-sini buat perbandingan dengan guru-guru lain.

Saya memang tak suka jika ada persoalan yang membandingkan guru-guru lain dan perlu ditegaskan disini, sebelum membanding-bandingkan orang lain, bandingkan diri sendiri dahulu. Walau apa pun ilmu yang dibelajar, semuanya berlandaskan satu jalan iaitu ingin mendapat keredhaan Allah.  Baru berkat segala usaha kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

nizar

August 16, 2010 at 5:16 pm

betul,betul,betul……..hidup tendai

abdul rahim

August 20, 2010 at 11:11 pm

seram aku nengor penjelasan kamu yob.Berbahagiakah aku setelah mempelajari ilmu nih nanti………….