16
Aug

JANGAN LOKEK UNTUK INVEST PADA ILMU

 

buku2

Sedikit tazkirah untuk Subuh ini, Allah berfirman, akan diberi ganjaran pahala yang besar kepada orang-orang yang bersahur. Nabi SAW juga bersabda , orang yang bersahur akan biberi keberkatan daripada Allah dan didoakan oleh para Malaikat, hadith riwayat Abu Hurairah. Ini menunjukkan kasih Allah pada hambanya yang hanya perlu makan sahaja dan dianggap ibadah dengan ganjaran yang besar.

Pernah kah dengar orang cakap, kita hari ini adalah apa yang kita belanja sebelum-belumnya (antara 5 hingga 10 tahun lepas). Saya masih ingat lagi, lebih sepuluh tahun lepas saya banyak menghabiskan masa dan wang di kedai-kedai buku. Pernah juga sekejap selepas SPM pada tahun 1995 saya bekerja di MPH bookstore.

Rasanya kalau dahulu kerja sampai sekarang di MPH dah jadi General Manager MPH. Setiap kali masuk kedai buku saya akan keluar duit untuk sekurang-kurangnya beli satu buku. Padahal duit tak adalah banyak. Kalau ada RM30, saya beli buku yang sampai RM29. Tinggal RM1 dala poket pun tak kisah kalau dah suka buku tu.

Saya banyak membeli buku tentang Sales, Leadership, Personal Development, Pelaburan, Biografi. Sehingga sekarang, saya masih lagi belanja beli buku baru setiap bulan. Tapi kali ini bukunya dah tak macam dahulu. Sekarang banyak beli buku pasal ilmu tauhid, kisah Nabi, buku agama dan buku tentang kiamat.

Untuk apa beli buku? Kita akan berubah dengan 3 perkara untuk jadi seorang yang berjaya, iaitu:
1) Buku yang kita baca
2) Orang yang kita bercampur
3) Program Seminar atau Bengkel yang kita ikuti

Bagi yang minat nak cari ilmu, jangan lokek untuk belanja duit ke arah beli buku atau pergi kelas. Insya Allah, anda akan berubah (transformasi) jadi lebih baik dari sekarang di masa akan datang mungkin 5 tahun lagi.

Ada satu teknik saya scan orang tentang masa depan dia. Ramai yang bertanya dengan saya tentang masa depan mereka sama ada boleh berjaya atau tidak. Dan ramai yang nak jadi jutawan. Mereka bertanya, saya boleh scan mereka atau lihat masa depan mereka?

Saya khabarkan itu perkara kecik sahaja dan kacang goreng. Dalam seisi personal coaching dulu saya memang buat personal coaching dan konsultasi saya waktu itu memang sampai beribu sebab saya result oriented. Saya letak yuran consultansi saya RM3,650. Ramai yang berjaya dan berubah setelah saya coach dahulu.

Sekarang saya tak ada masa untuk buat coaching lagi sebab coaching ambik masa 2 hari one by one. Bagaimana saya boleh lihat masa depan seseorang itu sama ada dia boleh berjaya atau tidak…mudah sahaja. Saya suruh mereka bentangkan kepada saya perbelanjaan mereka setiap bulan kepada saya.

Yang mana setiap bulan ada belanja untuk menuntut ilmu, beli buku, pergi seminar atau function, kursus tu kursus ni…saya yakin, orang itu ada potensi tinggi untuk berjaya. Berbanding yang mana belanjanya banyak beli rokok , enjoy, beli baju, handfon setiap bulan tukar, modified kereta, boros sana boros sini…yang ini memang konfirm bukan Kaya tapi kayap!

Jadi nak tahu masa depan anda bagaimana, lihat apa yang anda buat sekarang. Tak perlu nak merungut pada orang kenapa tak boleh jadi kaya atau jutawan seperti orang lain. Nak jadi jutawan kalau nak ikutkan kosnya pun berjuta. Baru namanya Jutawan bila dah belanja pada diri berjuta.

Sebab itu ramai jutawan bila dah capai sasaran jadi jutawan buat pertama kalinya, dia akan kehabisan wang sebab nak capai status jutawannya yang pertama banyak belanja dah keluar. Bukan orang Melayu sahaja malah orang luar pun sama.

Contohnya kisah Robert Kiyosaki yang jadi jutawan dengan menjual dompet velfronya (bukan dompet magnetik) dengan membuka kilang. Dia tak paternkan dompetnya sehingga ada orang lain juga buat dompet sama seperti dia tu yang menyebabkan dia jatuh muflis.

Dari seorang Jutawan jadi orang yang tak ada rumah hanya duduk dalam kereta datsun nya selama 3 bulan bersama isterinya. Dari seorang jutawan sampai jatuh begitu sekali. Sekarang apa dah jadi, duitnya dah ada beratus juta dan sasarannya billion sekarang.

Lihatlah, bukannya jadi jutawan terus hidup senang lenang. Sebab itu tanpa ilmu walau jadi kaya dengan dapat duit banyak sekalipun akan jatuh jadi miskin. Lihat sahaja orang yang menang loteri berjuta-juta akhirnya muflis berjuta-juta jugak.

Bila kita selalu mensasarkan diri kita ke arah kejayaan, kita akan selalu mencari-cari ilmu dan akhirnya berjumpa dengan pelbagai-bagai peluang dan dengan ilmu itulah kita pilih peluang yang sesuai. Tanpa ilmu, peluang banyak datang dan kalau salah pilih memang tempah bahana lah jawabnya.

Tu yang ramai orang join skim cepat kaya. Beza skim cepat kaya dengan skim boleh kaya ialah skim cepat kaya menjanjikan pulangan tanpa usaha. Hanya labur beratus ringgit sahaja untuk dapat berjuta-juta. Sebab dijanjikan bintang tu yang ramai join.

Cuba kalau ajak skim boleh kaya seperti buat bisnes MLM, jadi usahawan emas, jual insurans, memang liat nak buat sebab alasannya tak ada masa, nak kena keluar modal, bini tak bagilah…tapi nak jadi jutawan dan nak keluar dari masalah kewangan. Sebab utama banyak masalah kewangan ialah sebab banyak bagi alasan dalam hidup. Tak sanggup untuk belajar.

Dan bila belajar pula, jangan fikir yang ilmu tu dapat hari ini minggu depan terus kaya. Ibarat masuk darjah satu hari ini minggu depan terus ambik SPM. Konfirm gagal punya pasal ilmu tak cukup lagi. Semuanya perlukan masa dan strategi.

Ilmu yang saya selalu kongsikan banyak yang berjaya bila buat secara konsistent. Jadi jika dah dapat ilmu tu simpan dan amalkan sunguh-sunguh. Tak ada kejayaan yang dibuat dengan main-main. Keajaiban pada diri anda akan berlaku bila anda jumpa turning point anda. Apa itu turning point? Akan dibincangkan akan datang…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

abdul rahim

August 20, 2010 at 10:58 pm

kami anak beranak nak belajar dengan tuan.