15
Aug

IF YOU DON’T DO NETWORKING YOU ARE NOTWORKING

nak duitRamai yang buat bisnes Networking dan ramai juga yang mengelak dari buatnya. Kalau sebut bisnes networking memanglah mesti fikir MLM atau Direct Selling. Sebenarnya kalau nak jadi kaya dengan cepat atau jalan pintas ialah dengan buat Networking. Sebenarnya networking bukan pasal buat MLM sahaja.

Contohnya Billionaire Ananda Krishnan, kaya dengan networking Maxis. Bayangkan berapa ramai yang beri income padanya dengan bayar bil. Bukan setakat Maxis, Astro pun sama…sekarang ni dah lebih 2juta pelanggan Astro. Setiap bulan bayar bil Astro paling rendah pun RM49.90. Cuba darab dengan 2 juta…

Selain dari Ananda, ramai lagi yang jadi kaya raya dengan buat Networking dengan buka franchise. Bisnes sekarang kalau lihat yang banyak franchise bermakna pengasas franchise itu terima duit yang banyak tanpa bersusah payah setiap bulan. Itu dipanggil “Pasif” income. Kopitiam pun sekarang dah jadi trend.

Jika anda ada resepi yang anda rasa boleh dikomersialkan boleh buat satu plan franchise. Ada juga orang yang berjaya dengan buka banyak stall burger. Saya kenal seorang kawan tauke stall burger yang hari ini dah ada 15 stall. Bayangkan setiap malam, jika stall burgernya bagi pulangan pada dia RM100, bermakna RM1500 income pasif dia.

Jika berniaga internet juga satu cara untuk cari network. Anda mungkin dah banyak join program Affiliate dan income anda bergantung pada orang lain (penganjur affiliate) untuk membayar anda. Apa kata anda buat sendiri program affiliate. Baru boleh mula bina network. Dan baru boleh sukses. Sebenarnya anda mampu buat program anda sendiri.

Mengapa saya suka sangat buat atau cerita pasal MLM sedangkan ramai yang dah fobia? Ini satu cara menangkis persepsi orang tentang kerjaya saya dan saya tekan kan disini, saya bukan mendapat pendapatan bersumberkan menjual ilmu, tangkap hantu, jin, melakukan perkara mistik dan lain-lain yang bertentangan dengan agama.

Anda tak tahu, saya juga pernah mendapat SMS dari isteri orang yang suruh menutup nafsu suaminya…masya Allah…diaorang ni ingat saya pawang atau pak nujum ke apa…Ilmu yang saya ada semua ni bertujuan untuk meningkatkan ekonomi dan bangkitkan potensi diri.

Ada juga yang betanyakan mencarik harta karun…memang ada ilmu tu tapi percayalah, yang amalkannya hanya nampak harta tersebut dalam bayangan atau pun yang dapat harta tu tapi tak boleh guna. Baik tak payah dapat. Jika saya ada harta karun tu dah tentu saya seorang yang dapatkannya.

Pernah tak terfikir orang yang jual ramalan nombor ekor yang katanya nombor akan naik menang banyak duit. Kenapa orang tu tak beli nombor tersebut dan dia sendiri menang dapat duit tu daripada dia jual ilmu ramal nombor.

Jadi , saya memilih platform Bisnes dan termasuklah bisnes MLM untuk majukan diri dan majukan orang yang ingin sama-sama berjaya. Seperti seorang penjual air cedok warga endonesia yang hari ini dah pakai BMW 5 siri, “Di mana adanya orang berkumpul, disitu lah berkumpulnya wang.” Bayangkan orang luar yang nampak luboknya.

Jadi MLM juga adalah lubok. Jika anda buat MLM, anda boleh kongsi dengan orang ilmu tak semestinya ilmu mistik tetapi contohya ilmu membuat laman web. Banyak sumber boleh dapat bila join MLM sebenarnya. Cuba anda lihat sendiri mana-mana syarikat, adakah pendapatan syarikat itu dari kemasukan ahli sahaja?

Tidak! Income syarikat juga daripada kursus dan training yang mereka anjurkan, jualan buku-buku , CD sebab mereka tahu, dalam MLM ada ramai yang orang berkumpul dan bila ada ramai orang berkumpul, disitu ada banyak duit berkumpul.

Ya, semuanya bergantung pada ilmu dan modal. Saya juga bermula dari seorang penggiat MLM dan setakat hari ini, perniagaan saya sudah berjalan sendiri tanpa saya perlu buat. Yang menariknya, bila kadang-kadang nak pakai duit, saya boleh ambil dari bisnes MLM saya tersebut sebab bisnes itu dah beri saya pendapatan pasif.

Buat pun baru 3 tahun. Sebenarnya dah berbagai jenis bisnes yang saya dah buat. Sebelum ini saya jalankan perniagaan gaya pos juga. Alhamdulillah, pendapatan dapat juga mencecah RM1,000 sehari. Tetapi bila terima pendapatan seperti itu, satu rasa tanggungjawab harus dibuat.

Contoh bila buat gaya pos ni, setiap kali terima pendapatan, bermakna banyak kerja harus dilakukan seperti menyiapkan produk pesanan, beli barang-barang produk, beli setem, kos penghantaran , pergi sana-pergi sini untuk lengkapkan pesanan apa yang patut…Jadi saya tak bebas melakukan aktiviti lain.

Contoh jika saya jalankan bisnes gaya pos dengan menjual Set Kapal terbang Remote Kontrol dahulu, saya perlu beli bahan untuk bina kapal terbang tersebut dan bilik jadi penuh dan serabut dengan barang-barang kecil dan nak pasangkannya ambik masa 5 jam untuk satu kapal terbang.

Memang dapat untung satu kapal terbang RM250 daripada harga jual RM500. Tapi nak menyiapkannya bayangkan, bila ada pesanan orang untuk beli kapal terbang RC dari saya saya rasa seronok tapi rasa satu lagi kerja nak kena siap selama 5 jam…letih kadang-kadang.

Berbanding kalau saya buat MLM, bila saya lihat akaun saya ada kemasukan contohnya RM1,000, saya tak perlu nak siapkan apa-apa pesanan atau produk dan apa yang saya perlu lakukan ialah pandai mengagihkan wang tersebut supaya duit itu tidak habis begitu sahaja.

Sebab itu sekarang ni, saya hanya diam sahaja bila jumpa orang yang mengadu pada saya bahawa dia gagal banyak dalam MLM dan dalam hati saya bercakap “Kau bukan Buat Networking…kau buat Notworking…Join MLM sahaja bukan jaminan kejayaan sebab semua orang boleh  join dan tak semua orang buat sunguh-sungguh”

Hari ini salah seorang adik saya dah berjaya membina kumpulan (networking) dia di Johor Bahru dan saya support pergerakan dia. Saya tahu untuk berjaya dalam MLM harus beri masa. Tahun pertama mamang tahun dugaan, kadang-kadang sampai tak ada pendapatan, saya tahu sebab dulu saya begitu juga. Tahun ketiga sebenarnya tahun kegemilangan.

Sekarang ni adik saya dah berjaya dengan program Networkingnya dari seorang yang naif sekarang ni mampu bercakap dihadapan beribu orang. Saya selalu berpesan pada dia , niat menjalankan bisnes harus berlandaskan ibadah pada Allah baru rezeki yang terima berkat dan bisnesnya juga satu syahid. (Tak ada kena mengena dengan Haji Syahid)

Jika anda minat dengan Networking dan perlukan tips-tips tentang untuk berjaya dalam Networking, bolehlah layari website: http://www.QuantumKekayaan.com

Insya Allah, saya cuba siapkan page tentang membuka hijab sebab setiap hari orang hantar email bertanyakan tentang ilmu itu. Selamat mengerjakan ibadah puasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*