| 09 Aug |
HASILKAN GELOMBANG KEKAYAAN MENGIKUT KREATIVITI ANDA SENDIRI |
Anda mungkin biasa dengar dan lihat iklan tentang tidur bola, makan bola, mandi bola minum coco-cola. Itu sebenarnya nak selaraskan diri dengan cara attunement energi bola dengan energi tuan punya bola supaya jadi pemain bola hebat.
Sekarang ni idea yang sama di aplikasikan untuk menarik kekayaan dengan buat tagline i love money…makan duuit, tidur duit, mandi duit, minum duit, cium duit, hidu duit….duit…duit…duit segala-galanya duit. Untuk apa? Sama seperti untuk attunement diri dengan duit supaya diri mempunyai frekuensi yang sama dengan duit.
Bila frekuensi sama, tu yang mudah mengundang atau menarik duit (rezeki) pergi dekat kita. Bunyi macam main-main tapi itulah hukum alam yang tak boleh nak dikupaskan dengan secara logika. Jangan sampai anda lihat orang yang anda kutuk, hina tak ada ciri-ciri orang berjaya suatu hari jadi orang yang banyak duit.
Saya ambik contoh, ini pun dengan izin kawan-kawan saya sendiri yang jika dahulu tengok kehidupannya merempat, duduk rumah setinggan di sentul (Bukan cerita bohong kerana dulu rumah setinggan dia lah buat tempat saya berteduh). Kira kawan saya ni lebih bagus dari saya sekurang-kurangnya ada rumah setinggan. Sebab saya ni dulu tumpang rumah setinggan dia.
Nak mandi tak usah ceritalah….bilik air di dan dapur sama sahaja. Tak ada pintu. Nak mandi ok lagi kalau nak berhajat besar…pandai-pandai lah cover line. Ok cukuplah cerita kedaifan member saya dan saya dahulu. Saya nak cerita pasal sekarang member saya ni bagaimana.
Sekarang dah ada hotel sendiri! Anda ingat saya buat cerita untuk sedapkan cerita? Hotel dia di Terengganu. Dah pakai kereta Mercedes dan tinggal di rumah orang elite(Kaya Raya) di Terengganu. Yang saya respect kawan saya ni sorang walaupun dah kaya raya tapi tetap loyar buruk macam dulu.
Macamana boleh jadi begitu member saya ni…Ceritanya masa saya dan dia sama-sama susah dahulu, kitaorang tak pernah mengeluh pasal kesusahan walaupun dalam poket ada dua puluh sen dan seminggu makan roti. Apa yang kita orang fikirkan ialah…Suatu hari nanti, Aku juga akan jadi Kaya.
Macamana member saya ni jadi kaya jumpa jalan…Saya rasa biarlah tuan punya dirinya cerita nanti. Saya memang bercadang nak bawak dia dalam program Quantum ISP saya bila buat di Terengganu nanti. Dah lama juga tak berjumpa (ada dalam 5 tahun) dan selalu berhubung dalam Facebook. Insya Allah saya akan ke Terngganu jika diizinkan dan mendapat sambutan orang Terengganu.
Seoarng lagi kawan saya ni…kalau tengok nama memang tak komersial langsung. Mael namanya dan dia tambah sikit ayat untuk mengglamorkan namanya setelah mencetak rompakkan nama kawannya yang seorang lagi. Mael jadi Maelionaire.
Mael ni dalam website memang hebat. Bila jumpa live orangnya memang stone ….cold. Buat macam-macam MLM semuanya tak meletup-letup tapi yang bagusnya Mael ni dia tetap positif dengan peluang yang dia buat. Selalu dalam Facebook akan ceritakan yang best2 pasal MLM dia tapi tak mendapat sambutan dari prospek yang ada dari member-member MLM dia memberi sokongan moral.
Sekarang Mael dah ada projek Ladang Sawit. Setiap hari mampu beri hasil 400 tan yang 1 tan nilainya RM470…kira sendirilah berapa income dia sebagai tauke Ladang Sawit. Silap haribulan ladang IOI pun dia cantas sebab aktiviti cantas memang dah ada dalam kitab MLM.
Semuanya hanya dari satu ketika yang kita tak sedar bahawa kita sudah menghantar satu energi yang murni dan luar biasa yang mampu sampai ke destinasinya. Jika putus asa dengan cita-cita dan angan-angan yang ingin dicapai dan mula menghantar energi negatif, maka musnahlah energi murni kita tadi. Sebab itu tak kaya-kaya.
Jika anda tak mengerti tak mengapa. Insya Allah, dalam bengkel yang saya dan pasukan gerak khas saya akan adakan nanti adalah menunjukkan cara menghantar energi murni ini supaya ia sampai ke destinasinya. Kami akan tunjukkan pelbagai teknik dengan menggunakan duit, Aura, Jurus dan petikan jari untuk pancarkan gelombang itu.
Program Quantum Inner Self Power diberi setelah dikaji skop nya pergi lebih meluas. Module Quantum ISP termasuk Quantum Kekayaan dan Quantum Genius.
Ramai yang terjebak dengan skim yang salah seperti kita sedia maklum baru-baru ni 57 orang pengiat skim tipu dan kereta mewah sebanyak 21 biji dirampas. Jatuh reputasi mereka yang terlibat. Kereta dah la masih hutang bank, kena rampas, kena tahan lokap, kena denda…masa depan memang gelap.
Yang mana dulu katanya Wahhh untungnya mereka dalam usia muda dah pakai kereta mewah, duit banyak, gembira cerita gah sana gah sini…..sekarang bila jumpa mereka semula pasti mereka akan berkata…muda-muda dah dapat bahana.. Tuhan tarik sekelip mata…nasib baik lah loan aku belum aproof lagi….
Haaa….itu lah kata-kata orang yang masih dilindungi kalau tak menanggung hutang bank berpuluh ribu nak join skim pelaburan tak betul tu gara-gara nak cepat hidup senang dan pakai kereta mewah.
Satu tips keramat dari saya, jika nak join apa-apa bisnes jangan jadi tamak haloba join yang modal sampai berpuluh ribu. Melainkan kalau nak buka konvensional bisnes macam franchise kopitiam, Mcdonald, KFC…kalau MLM berpuluh ribu tu sebenarnya gali lobang sendiri.
Jika anda ingat kembali, kalau dulu join MLM kan hanya bermula RM60…tapi yelah, pasal nak cepat sangat kaya jadi nak join yang berpuluh ribu. Saya sepanjang buat MLM tak pernah join sampai yang beribu-ribu dan Alhamdulillah dapat hasil dari MLM sepanjang penglibatan saya dahulu berjuta hasil saya terima.
Memang cara saya lambat tapi lama-lama saya berhasil sebab saya buat sungguh-sungguh. Akan datang saya bagi formula 100% kejayaan dalam bisnes. Saya tak adalah berjaya dalam bisnes sekarang ni sebab kalau saya berjaya pasti saya dah ada Wisma atau menara saya sendiri tapi saya tahu formula dan resepinya. Ikut sahaja cara yang tak perlu belajar tinggi ini 100% berjaya tak kira apa jua bisnes anda.





Tinggalkan Komen Anda
MOHD ZULKIFLI BIN OSMAN
August 10, 2010 at 1:52 amBESTNYER POWER NI …PANDUAN NI MASTER.
Master Hadzrin
August 10, 2010 at 7:31 amni baru sikit…
azli
August 10, 2010 at 11:31 amtengah tunggu ilmu shaktivat….
arif
August 10, 2010 at 11:18 pmtgh tunggu ilmu pembuka hijab..makin hari dh jadi makin teruja nk tahu ilmu baru : )
mael
August 12, 2010 at 4:34 pmsubahanallah hebatnya……………………………makan sawit,tido sawit…..blh juga buat pengat sawit..penah rasa?hehehe..tq master hadzrin coz mengelemerkan nama beta..
Master Hadzrin
August 12, 2010 at 10:41 pmmael, daftar lah kat http://www.gravatar.com untuk membina creadiblity sebagai seorang usahawan sawit yang berjaya…heyheyhey
maelionaire
August 13, 2010 at 4:08 amavatar?…sat2..