13
Aug

BANYAKKAN SUMBER PENDAPATAN DENGAN BELI EMAS

emasSaya baru-baru ni berjumpa seorang kawan lama yang dah lebih 5 tahun tak jumpa. Masa jumpa itu hari member dah simpan rambut panjang ala-ala penjejak awan. Dulu sama-sama buat Omegatrend (kini company tu dah bungkuih). Member tu sekarang sebagai trader emas.

Kerja dia memang simple sahaja, ajak orang ke ofis dia kemudian tunjuk emas yang berharga ratusan ribu. Mula-mula saya was-was dengan program dia tapi lepas datang ke ofisnya yang bersebelahan dengan kompleks tersohor di KL ni, dan saya pegang secara live 1 kilogram emas yang berharga RM142,000….saya lihat ini satu peluang baru.

Kata member tu, syarikatnya dah 15 tahun beroperasi dan ikut piawaian emas PGGAM. Sebelum ni saya banyak sertai bengkel yang berkaitan pelaburan emas tapi emas kawan saya ni unik dan paling menarik berbanding emas di tempat lain. Dia punya emas lagi fleksibel untuk buat duit.

Kalau biasanya kita beli emas dan nak buat duit dengan menjual semula bila harga emas naik. Tapi emas kawan saya ni bila kita beli emas tersebut dan kita ‘simpan’ sendiri emas itu, syarikat emas terbabit akan beri bonus faedah 4% setiap bulan. Bermakna pulangannya 4% X12 = 48% setahun!

Berbanding jika duit simpan di ASB, paling tinggi boleh dapat sekarang 8% setahun. Itu belum kira kalau harga emas naik. Waktu itu 1 gram bersamaan RM142. Cuba bayangkan, suatu hari nanti bila ia naik jadi 1 gram RM200…

Mulai saat itu, saya merancang untuk membeli emas sebagai tabung persaraan. Bayangkan jika ada nilai emas sebanyak RM1juta, bermakna, emas yang kita simpan sendiri (boleh letak di safe deposit) dan setiap bulan terima bonus RM40,000!  Patutlah orang kaya bertambah kaya…

Macamana syarikat boleh bagi bonus pula setiap bulan ? Difahamkan rupa-rupanya syarikat emas yang mempunyai lesen layak membeli 50% harga emas sebenar dari pengeluar emas. Harga RM142 untuk 1 gram adalah untuk kita. Maknanya syarikat emas beli dengan pengeluar hanya RM71 untuk 1 gram.

Bayangkan kalau kita beli 1 kilogram emas dengan harga RM142,000, sebenarnya syarikat dah untung RM71,000! Jadi, adakah menjadi masalah syarikat tersebut untuk membayar kita setiap bulan 4% (RM5680).

Dan satu lagi penting…peluang ini tak di buat secara terbuka. Sebab kalau terbuka, semua orang tak simpan duit di ASB atau di KWSP. Kalau kata skim ni tipu, anda akan diberi emas tulen dan sebenar untuk disimpan sendiri.Emas jongkong nilai 999. Kalau betul-betul rasa nak buat pelaburan , inilah yang terbaik berbanding menyertai skim pelaburan yang hanya guna internet dan ambik deposit secara haram.

Jika anda mempunyai emas, kekayaan anda terjamin. Saya ambik contoh, anda pernah dengar cerita suatu ketika nilai matawang negara Somalia jatuh teruk sehingga harga sebiji telur dia adalah Somalia money 3 billion! Kalau ada emas, walaupun ekonomi teruk, nilai emas tetap naik.

Atau pun contoh paling mudah, jika anda ada duit disimpan dirumah sebanyak RM10,000. Satu hari , mala petaka berlaku, rumah anda terbakar. Duit yang anda simpan juga hangus terbakar. Tapii jika anda ada emas nilainya RM10,000, kalau rumah terbakar, emas anda selamat. Jadi mana satu yang jamin kekayaan? Miliki duit atau emas?

Kini, anda dah ada ilmu baru tentang pelaburan emas, dan mungkin anda mencari mana nak beli emas ni. Cuba lah cari dahulu…memang susah nak jumpa. Kalau dah puas cari tak jumpa nak perlukan rujukan saya, saya boleh perkenalkan kepada kawan saya tersebut.

Saya juga berusaha untuk ada simpanan emas sebanyak 10kilogram sebagai persaraan saya nanti…insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

azli

August 14, 2010 at 8:04 am

menarik ni…simpan je co boleh bg 4% sebulan….lain dr yg lain…

impian

August 14, 2010 at 2:45 pm

master hadzrin leh tak share aper nama sykt tu?
marketing plannyer camne pula?
tq yer

Master Hadzrin

August 14, 2010 at 4:22 pm

beli emas kemudian simpan kat bank tempat kerja azli…ok?

Master Hadzrin

August 14, 2010 at 6:17 pm

nama syarikat tu saya tak ingat. Sebab saya tertumpu pada emasnya. Marketing plannya secara ortodok sahaja.

azli

August 14, 2010 at 11:51 pm

bank sy xde simpan emas..klau nak simpan kt umah sy je..hehehe..

Master Hadzrin

August 15, 2010 at 2:55 am

satu idea yang bagus…boleh jadi satu bisnes menyipan emas orang….hahahaha

amylionaire

August 15, 2010 at 7:40 am

bro..mana boleh bagi fix 4% tiap2 bulan…tu dulu mcm etika emas.bukankah kita pergi kat ar-rahnu,lagi selamat…aku main tak byk bos…dari 50grm..lps sebulan aku dah ada 300 gram…hehehehe….

Master Hadzrin

August 15, 2010 at 9:13 pm

sebab tu program ni by invitation…300gram ? Kalau Duit yang Ng bawak lari dapat balik boleh beli lagi 2kilo..hahaha…
Program ni Jinggo member kita punya… kalau etika emas suatu ketika dulu boleh buat bermakna ada banyak juga underground syarikat emas yang anjurkan program gini.

md akil

August 18, 2010 at 11:50 am

bos bg no tpn bos,sy nak tanya pasal emas ni…@Master Hadzrin