31
Aug

4 CARA MEMBAYAR SEMULA PINJAMAN RM250,000

quantum kekayaan

Alhamdulillah (21X)…Salah satu kaedah menarik rezeki setiap kali bangun dari tidur…ya, saya perasan bila setiap kali bangkit dan dalam hati berzikir 21 Alhamdulillah, hari itu akan mendapat banyak kebaikan dan berita gembira. Termasuklah rezeki yang diluar sangkaan…

Semalam saharian saya berada di Bangi memasang tinted di satu kedai aksesori kereta dan saya cadangkan tak perlu pergi situ nak buat tinted. Dari pukul 2 petang saya hantar sampai 10 malam baru siap…walhal baru pasang tinted, bukan repair enjin lagi…terlalu banyak masa terbuang menunggu…

Nasib baik kawan-kawan yang diajak jumpa siang-siang dah bagitahu jumpa di PKNS Bangi untuk submit loan. Semua yang submit loan saya ajak jumpa di Food Court PKNS. 5 Orang submit loan masa itu. Sempatlah chit chat sekejap dengan mereka. Hujan lebat juga petang itu jadi terkandas dalam PKNS.

Kali ini, pinjaman yang mereka mohon adalah sebanyak RM250,000. Saya kira-kira sebulan instalmen bayar balik dekat RM3,000! Kira betul lah…takkan pinjam RM250,000 bayar balik RM50 sebulan…pinjamannya suku juta!

Ramai yang nak buat pinjaman ni saya nasihatkan untuk buat bisnes biar kecil-kecilan kerana bisnes kecil-kecilan sekarang ni boleh buat pendapatan RM5,000 sebulan. Besar-besaran tak usah ceritalah, boleh sehingga RM100,000 sebulan.

Contoh kecil-kecilan, Buka stall jual makanan seperti salah seorang murid saya berniaga nasi lemak sekarang income dia sehari RM800….buka pusat rawatan bekam (kalau sehari boleh merawat 5 orang buat bekam yang kenakan RM50 seorang sebulan dah berapa…), buka kelas tusyen, ajar online bisnes, banyakkan stall burger….banyak lagi.

Ada yang cadang buka bisnes sewa kereta kepada pelancong yang boleh dapat income harian dan bulanan…itu dah kira bisnes besar juga…kalau modalnya perlu beli 10 biji kereta MPV misalannya…satu MPV boleh sewa sebulan RM3,000…pakai lah EXORA yang sebulan bayar kat bank RM400-RM600. dah ada lebihan RM2,400.

Kalau ada 10 biji dah sebulan boleh dapat RM24,000. Tapi kalau nak berniaga tu kena ada pengalamanlah. Bukan main redah sahaja. Buat kajian lepak selalu dekat KLIA. Itulah lubok kereta sewa. Kawan saya kata syarikatnya sebulan buat RM300,000 hanya dari KLIA dengan sewa kereta sahaja.

Bagaimana nak bayar bulan-bulan loan RM250,000 bagi kebanyakan orang. Saya cadangkan beberapa strategi kepada mereka iaitu :

  • Beli Emas dan simpan untuk diri sendiri. Setiap kali emas naik secara harian, boleh dijual atau tukar surat pajakan. Contohnya sehari naik RM2 dan anda mempunyai 1 kilo emas bermakna hari itu sahaja income anda RM2,000.
  • Sertai Program Quantum Kekayaan ( Networking Bisnes plus Insentif ). Saya buat duit banyak dari Networking. Bak pepatah seorang billionaire, if you not doing networking means you are NotWorking. Tapi yang menariknya Program ini ialah kereta ,rumah, Umrah , Haji , Emas Jongkong dapat free semuanya dengan deposit RM3000 sebagai Diamond members.  Kalau dulu saya dapat duit nak kena keuar modal downpayment kereta RM50,000, beli rumah downpayment RM20,000, pergi Umrah kos RM6,000….kali ini saya hanya perlu keluar deposit RM3,000 untuk dapat semua itu secara percuma.( Keterangan lanjut bila anda dapat loan…takkan RM3,000 tak dapat nak sedia kalau dah dapat RM250,000…)
  • Jadi Ejen Emas. Anda boleh buat urusniaga emas. Kalau ada orang nak beli atau jual emas, anda beritahu bahawa anda juga ejen emas. Contoh ada orang nak jual balik emas dia, anda tolak 20% (Kalau kedai sampai 36%)  contohnya ada orang nak jual 100 gram emas (RM14,000) anda tolak 20% bermakna anda hanya bayar dia RM11,200. Bila ada orang nak beli emas itu anda jual RM14,000…jadi dah untung RM2,800 atas angin. Masa itu anda ada duit rolling untuk buat emas..apa ada hal…jual ikut harga pasaran.
  • Buka bisnes konvensional seperti buka kopitiam….dengan RM100,000 dah boleh buat kopitiam yang cantik atau buka franchise. Saya tak pasti sekarang ni stall hot dog 1901 berapa kalau dulu RM70,000 sahaja. Sebulan stall 1901 boleh jana RM20,000. Kira nak bayar loan RM250,000 insya Allah tak ada masalah. Anda juga boleh buka car wash dan kena pandai pilih lokasi.Salah seoarng kawan saya buka car wash setiap hari kereta dia bercuci sahaja.  Tapi kalau nak murah lagi bisnes niaga pasar malam jual ayam goreng. Kalau anda perasan ada gerai KFC di pasar malam…KFC ini sebenarnya Kelantan Fried Chicken. Pun yang niaganya buat duit sehari RM1000. Pasal niaga kat pasarlah KFC tak ambik tindakan.
  • Menjadi Guru Tendai dan ISP. Inilah peluang untuk anda sebenarnya mendalami ilmu potensi diri. Saya yang belajar dengan saya peringkat Guru memang saya ajar mereka supaya menjadi Guru yang boleh mengijazahkan orang kerana falsafah Tendai ialah membantu dari segi rawatan dan ekonomi. Seorang Guru Tendai jika berusaha gigih sebulan boleh buat RM20,000 dengan memasarkan produk (macam-macam produk boleh buat), mengajar ilmu, mengijazahkan murid, merawat orang dan sebenarnya dengan ada ilmu, semua peluang bisnes di atas boleh di usahakan dengan izin Allah dengan jalan yang mudah. Nak berjaya , ilmu mesti power! Anda berhadapan dengan loan RM250,000 jadi bukan calang-calang orang anda ni….kalau tak, beban hutang yang banyak buatkan anda lagi susah di masa akan datang. Lokek belanja ke jalan ilmu bermakna kejayaan yang diimpikan hanya mimpi siang hari sahaja.

Saya berbelanja untuk mendapat ilmu sebelum ni beribu-ribu dan hari ini Alhamdulillah, dengan ilmu yang ada, saya tak risau pasal belanja rumah, isteri saya yang sepenuh masa jadi suri rumah, rumah dapat bayar, kereta habis bayar… Alhamdulillah, hari ini, ilmu yang saya belajar dahulu hari ini dapat membiayai semuanya.

Banyak produk-produk saya yang dijual melalui ilmu yang saya pelajari dahulu seperti AuraSukses yang terjual hampir 1000 botol sebulan. Selain itu , produk seperti Dompet Bio-Magnetik (money magnet) yang banyak memberi kesan kepada pemakainya, semua daripada ilmu yang saya perolehi dahulu.

Dulu sanggup korbankan duit susu dan lampin anak semata-mata nak belajar. Kini saya bersyukur kerana dapat menghasilkan pelbagai produk power. Seperti semalam, salah seorang kawan yang datang buat loan bagitahu kesan lepas guna dompet yang dibelinya…

Katanya dia dapat semula duit hutang orang pinjam darinya RM500…minyak wangi yang digunakan buat sembur pada dirinya dan gerai pasar ramadhannya menyebabkan ramai orang datang beli juadah buka dari gerainya. Semua ini kuasa Allah dan usaha sungguh-sungguh.

Jadi, jalan dah ada, peluang dah ada tinggal nak diambik sahaja. Buat sementara waktu ini, permohonan loan dah tutup. Dari saya sahaja dah ada 30 pemohon dan ia akan dibuka semula selepas raya. Jika anda berminat untuk buat pinjaman dari 3 buah Bank (tak perlu tanya bank mana), sediakan dokumen yang diperlukan seperti :

  1. Salinan IC
  2. Slip Gaji 3 bulan disertakan dengan satu Original Slip Gaji (yang salinan perlu dichop pengesahan)
  3. Penyata KWSP (yang disahkan juga)
  4. Penyata Bank (yang disahkan Bank)
  5. Surat Panel Bank atau Biro Angkasa
  6. Borang permohonan. Borang ini akan diberikan apabila dokumen anda disemak sama ada layak mohon atau tak
  7. Jika ada blacklist, Ctos, Ccriss, sila sertakan surat full settlement dari bank

Apabila lengkap semua dokumen diperlukan ini, maka anda layak dapat pinjaman RM250,000…tapi bukan sekarang. Lepas Raya dalam 2 minggu lepas atau sebulan….Bila dapat duit pinjaman tu nanti bolehlah buat niaga dan jangan pinjam kalau semata-mata nak buat tutup lobang masalah.

Sertai Bengkel ISP di Putrajaya pada hari Ahad 5 September 2010 bermula jam 9:30 pagi (daftar). Alamat 91B Jalan Diplomatik Presint 15 , poskod 62150 putrajaya wilayah persekutuan. Nanti kalau nak submit dokumen buat loan jika anda duduk jauh, sila hantar ke alamat ini juga. Attention to ISP sahaja.

Tinggalkan Komen Anda

*

abdul rahim

September 1, 2010 at 10:57 am

Master saya nak cari duit lebih.Katakanlah saya ada RM500000.Saya simpan kat ASB setahun cuma dapat RM40000 sahaja.Ada tak cara lain yang selamat yang boleh menjana lebih dari yang ASB beri.Harap dapat beri pandangan.

jay

September 1, 2010 at 11:42 am

master,sya bru buka bisnes..tp kurang maju dan kurang modal…blh master bg sya ilmu skit nk majukn bisnes sya???

jay

September 1, 2010 at 12:09 pm

sya mnat nk blaja tendai,tp sya ada bt part time bisnes..mcm mana master?

Master Hadzrin

September 2, 2010 at 1:42 am

Abd Rahim : dengan RM500,000 tu boleh dapatkan Overdraft dan beli emas…jadi duit tu tak usik. Dan dengan RM15,000 saya boleh tunjukkan cara ia jadi RM500,000 (double ) dalam masa 6 bulan.

Jay : Boleh belajar Tendai di rumah (latihan jarak jauh)

amylionaire

September 2, 2010 at 11:43 am

simpan duit untuk selamat akan jadi tidak selamat…apakata multiply duit yang ada… dgn adanya 500k…banyak benda yang boleh di buat, berbanding yang hanya ada rm50…

Master Hadzrin

September 2, 2010 at 2:14 pm

Ya benar, jika htc ditolak rm400 maka selamat dunia akhirat…

roy

February 25, 2013 at 9:29 am

Sy nk meniaga! Tp xde modal, mcm mana nk dpatkn modal?blh kasi ajar x?

morris

February 14, 2014 at 6:30 am

Jaminan 100% Pinjaman tawaran memohon

Kami menawarkan pinjaman pada kadar faedah yang rendah. Pinjaman perniagaan dan pinjaman peribadi adalah available.If anda Pada hutang dan anda memerlukan pinjaman hanya beritahu kami, Walaupun dengan kredit yang tidak baik, kita masih menawarkan pinjaman kerana kami sedia perhentian bas terakhir dalam
Bantuan kewangan .. hubungi kami hari ini .. morrisdeborah827@hotmail.com

MASTURA IBRAHIM

March 7, 2014 at 2:18 pm

Macam mna sya nk buat pinjaman encik