12
Aug

100% FORMULA KEJAYAAN

Bismilahirahmanirahim, Alhamdulillah hari ini adalah hari yang keempat berpuasa dan di atas kesempatan ini saya ingin mohon maaf kepada para pembaca blog hadzrin dot com. Pagi ini sewaktu selesai solat subuh berjemaah di surau, saya mendapat tazkirah yang mengatakan tentang doa orang yang dikabulkan ada 3 golongan :

1) Doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka
2) Doa seorang pemimpin yang adil
3) Doa orang yang dizalimi.

Allah berfirman setiap kali orang yang tersenarai di atas berdoa maka doanya akan dinaikkan ke langit terus dan akan dimakbulkan dalam masa terdekat. Jadi sempena bulan puasa ini, mari kita sama-sama banyakkan berdoa. Jangan minta pada makhluk tetapi minta pada Allah Maha Pencipta dan Maha Pemberi.

Aura suksesDi post-post saya yang sebelum ini ada sekali saya ingin kongsikan formula kejayaan 100%. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana nak menjadi Jutawan, Nak berjaya bisnes, Nak buat duit banyak, nak kumpul duit kahwin, nak orang pandang tinggi….jadi, ini satu amanah untuk saya kongsikan apa yang saya tahu.

Nabi Muhammad selalu beritahu, jika nak berjaya dunia perlu ada ilmu, nak berjaya akhirat juga perlu ada ilmu dan kalau nak berjaya kedua-duanya juga perlu ada ilmu. Sehingga sekarang kalau orang bertanya kepada saya : “Kerja apa?” Saya masih tak tahu nak jawab apa. Nak kata tak kerja pun boleh, nak kata kerja main-main pun boleh.

Kalau orang lain mungkin boleh kata kerja kerani, kerja bank, akauntanlah, kilang, kanten, polis, askar, kerja kerajaan,…kalau saya disoal tetang kerja…sebenarnya saya juga ada banyak kerja tu yang confius nak bagitahu yang mana satu. Jadi sebagai hamba Allah, kadang-kadang saya jawab saya sebagai “Pencari” atau “Seeker”.

Bila orang tanya cari apa? Mungkin ada yang beranggapan cari duit…mungkin cari projek…mungkin cari kerja / job….tapi bagi saya, maksud pencari dalam profesion saya ialah mencari keredhaan Allah. Saya berusaha untuk mendapat keredhaan Allah. Bukan bermakna saya alim, baik dan warak…

Sebab itu saya guna istilah sebagai pencari…kerana saya belum pasti sudah mendapat keredhaan Allah seperti orang-orang yang alim dan warak. Saya tahu, income dan rezeki dari Allah dan yang penting kenderaannya sudah disediakan. Jika tidak ada kenderaan bagaimana saluran incomenya terhasil.

Maksud kenderaan yang menyalurkan income ialah profesion. Salah satu profesion saya juga ialah menghasilkan produk dan pasarkan secara trading. Produk yang saya hasilkan setakat ini Alhamdulillah banyak memberi kesan positif kepada para pengguna.

Satu lagi profesion saya ialah menjalankan bisnes Networking. Bisnes yang memberi peluang untuk berjumpa dengan masyarakat dan orang ramai. Satu program baru yang dinamakan Quantum Kekayaan. Ada lagi hampir 6 kenderaan yang saya sediakan untuk menghasilkan saluran pendapatan. Apabila terdesak dan nak pakai duit, dengan kuasa Allah, salah satu kenderaan tersebut mengeluarkan hasil.

Tentang persoalan orang yang bertanya tentang bagaimana nak jadi Jutawan, saya bagi formula : MASA + KONSISTENT EFFORT + AKTIVITI = JUTAWAN. Ada yang bertanya saya ada tak ilmu yang terus belajar kemudian jadi Jutawan? Jika anda pernah jumpa ilmu itu silalah belajar. Saya tahu formula itu tetapi sebenarnya formula itu tidak genuine. Saya tak boleh beritahu anda secara terang tetapi kiasannya begini…

Anda belajar ilmu jadi Jutawan dengan cara bertapa atau zikir tetapi anda tiada kenderaan yang datangkan sumber pendapatan. Anda beranggapan, anda nak ikut cara David yang berlakon dalam cerita the Secret dengan guna Law of Attraction kemudian setelah setahun dia dapat menang duit no ekor sebanyak USD1juta.

duit duitHuraiannya, David menggunakan kenderaan Main Nombor Ekor. Persoalannya, adakah anda tergamak untuk makan duit haram? Kedua, anda rasa ada tak orang datang jumpa anda terus bagi duit? Apa sumbangan anda untuk terima duit?

Melainkan jika ada orang datang jumpa dengan anda dan tahu kepakaran anda lalu memberi modal suntikan. Haaaa…Yang ini ramai yang dapat setelah belajar ilmu dengan saya.

Ilmu saya lebih kepada memudahkan urusan kerja kita untuk dapatkan hasil. Bukan ilmu yang tanpa kerja tapi dapat hasil. Bayangkan, kalau kita tak sembahyang dalam hal ini solat adalah kerja…adakah kita boleh masuk syurga?

Untuk formula kejayaan 100% yang saya pegang selama ini seperti yang saya nyatakan tadi : JUTAWAN=MASA+KONSISTENT EFFORT+AKTIVITI. Aktiviti penting. Contohya jika anda usaha tetapi usaha yang bukan aktiviti mendatangkan hasil anda juga memang tak jadi.

Contoh usaha anda dah buat. Seperti keluar rumah pagi-pagi dan balik rumah pagi-pagi. Aktiviti anda pula? Hanya duduk dekat mamak layan facebook. Bukan Aktiviti buat temujanji dengan pelanggan. Maaf…anda ada rasa terkejut saya cakap pasal pelanggan? Ni kira kena berniaga ke?

Ok lah, saya bagitahu istilah pelanggan kerana ia umum. Saya ambik contoh pemandu teksi. Jika dia keluar rumah pagi-pagi tapi duduk kat station teksi borak-borak dengan member-member, agak-agak ada income? Tentulah tidak. Sebab sumber pendapatan di salurkan melalui penumpang yang dikira pelanggan juga.

Sebab itu ramai yang mengeluh cakap dah macam-macam usaha buat tapi tak berjaya. Ehem…usaha apa yang dilakukan? Join MLM ? Dah banyak join MLM tapi semua gagal. Semua orang boleh join…Dan anda gagal kerana join sahaja. Pernah jumpa pelanggan sehari 10 orang? Tak pernah belum istilah dah usaha tapi gagal.

Sebab itu aktiviti penting. Masa pula, beri tempoh pada diri 3 tahun / 6 tahun / 9 tahun untuk jadi jutawan. Jika anda tak sabar buat target paling lama 3 tahun. Waktu itu sebenarnya anda sudah menguasai bidang anda buat. Tak kiralah apa jua bisnes.

Kalau 3 tahun tak jadi jutawan juga, beri lagi tempoh tambah 3 tahun lagi jadi 6 tahun. Kalau tak jadi juga jadikan 9 tahun. Kalau tak jadi juga memang anda tak ada rezeki jadi jutawan kat dunia ni. Tapi kalau orang yang beriman, jika dia tak jadi jutawan kat dunia ni dia tak kecewa kerana dia tahu Allah telah sediakan yang lebih baik dari Jutawan di akhirat nanti. Subahanallah… (bersambung…)

Tinggalkan Komen Anda

*

Nizar

August 15, 2010 at 8:35 pm

wah best ni jadi orang pertama bagi komen.Saya selalu ada luck..haha
syabas! suatu pendedahan yang menyuntik semangat ramadhan..esok lepas solat nak mintak doa banyak…master tak lenguh jari-jemari anda taip panjang-panjang?tapi berbaloi-baloi……..(pesanan ini dibawa khas oleh “teletubbies show”)