03
Jul

TONJOLKAN DIRI ANDA

talk

Semalam saya di khabarkan dengan berita trajis, seorang sahabat kematian anaknya dalam kemalangan. Anaknya baru berusia 8 tahun dan punca kematian apabila anak itu tercampak keluar kereta sehingga mendapat cedera di kepala.

Semoga anak itu akan menjadi saham buat kedua ibu bapanya di akhirat memandangkan anak itu yang tiada banyak dosa , bukan seperti kita yang dah berusia dan banyak melakukan kesalahan.

Saya sebenarnya amat sibuk dengan aktiviti luaran sehinggakan tak berkesempatan nak menulis post. Tapi saya kongsikan juga dalam ruangan kali ini iaitu bagaimana kita nak menjadi orang yang berjaya tak kiralah baik dibandar atau di kampung.

Sebenarnya sahabat yang kematian anak itu adalah salah seorang Ahli Program Hibah. Ada kebaikan juga menyertai program hibah ini contohnya berlaku kes kematian semalam, ramai ahli-ahli hibah datang melawat keluarga arwah memberi ucapan takziah sehinggakan sesak lalu lintas.

Bayangkan jika kita tidak ada ramai kawan atau kenalan, sekurang-kurangnya kita menyertai program-program sosial ini supaya tidaklah sampai saat kematian kita esok tak ada siapa yang tahu atau tak ada siapa yang boleh uruskan jenazah kita.

Salahkah kalau saya beritahu ini? Mungkin ada yang tak suka bila sentuh bab kematian. Jangan khuatir…kematian adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman. Kerana bagi mereka , apabila sudah mati maka berakhirlah penderitaan di dunia ini yang penuh dengan ujian.

Tetapi bagi yang mencintai dunia, mereka akan takut akan kematian. Mereka mengatakan bahawa mereka belum kahwin, belum kaya, belum ada anak, belum capai impian, belum pakai BMW, belum pergi buat Haji….

Baiklah, kita pergi kepada tajuk perbincangan….pasal kisah kematian di post lain dimana saya akan huraikan bagaimana kehidupan dalam kubur, di padang masyhar daripada apa yang saya belajar dan rujuk dari guru saya.

Apa yang saya nak kongsikan disini ialah jika kita nak jadi orang yang berjaya, kita harus berani menonjol kehadapan sebagai seorang speaker atau penceramah atau cikgu. Ramai orang takut untuk kehadapan seperti saya dahulu dan saya adalah orang yang paling kuat cabut bila disuruh bercakap dihadapan.

Lama-kelamaan, saya dah biasa dan saya jadi seronok bercakap dihadapan ramai dan lagi ramai lagi bagus. Rekod saya pernah bercakap depan 6000 orang dan saya mencari peluang kearah itu semula.

Apa yang menariknya bila kita boleh bercakap dihadapan ini ialah dari segi pendapatan memang secara automatik ia datang dan naik dan dari segi keyakinan diri, ketokohan, ia bertambah.

Hari ini saya tak ingin berkongsi lebih bagaimana nak jadi speaker cuma saya ingin memberi pendedahan tentang pentingnya jadi speaker untuk berjaya.

Ramai yang bertanya saya bagaimana nak berjaya dalam MLM terutamanya. Soalan yang saya bertanya pada mereka ialah : ” Awak sudah pernah berucap dihadapan ramai orang?”

Ada yang menjawab, “Saya belum berjayalh…saya nak low profile lah…saya pantang dan tak boleh berdiri depan ramai orang lah….”

Jadi nak tahu dia boleh berjaya atau tidak ialah jika selagi tak pernag jadi speaker, jangan haraplah nak berjaya. Kalau berjaya pun itu sekejap sahaja. Kalau buat untung pun itu sekejap sahaja. Pernah lihat orang yang berjaya tak pernah berucap?

Nabi menyampaikan dakwah pun kena berucap di hadapan umat manusia. Cuba bayangkan kalau Nabi dulu pemalu seperti kita, mungkin hari ini Islam tak sampai kepada kita.

Orang berjaya semuanya menjadi speaker, motivator, pengajar…seperti Robert Kiyosaki berkata dalam bukunya, lebih ramai orang yang kita bercakap, lebih banyak duit masuk dalam akaun bank kita. “The more people you open your mouth, the more money caome to you.”

Jadi rebutlah peluang untuk menjadi speaker atau bercakap di depan orang. Mungkin esok saya akan kongsi persediaan untuk menjadi speaker pula…Wassalam

P/S: Bergegas ke luar daerah …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

azli

July 8, 2010 at 1:18 am

salam…

sy perhatikan blog ni semakin hari semakin menarik..bab nak menonjolkn diri adalah satu masalah besar yang sy hadapi sekarang,wlaupun tak seserius dulu tp masih kurang menyerlah..dgn adenye tajuk ni maka dptlah sy ambik tip2 yg sgt bermanfaat yg master huraikan…syabas tuan master

    Master Hadzrin

    July 8, 2010 at 4:09 pm

    saya faham dan tahu keadaan azli…hehehe

AZLI

July 9, 2010 at 2:51 am

kalau tuan master thu, boleh lah beri bimbangan n tunjukajar sb kalau nk harapkn blog je rasenye tak cukup…

Master Hadzrin

July 9, 2010 at 2:03 pm

insya Allah boleh Azli…saya selalu di alamanda putrajaya. Jika nak lay park dengan saya pun boleh sambil kita berkongsi idea dan ilmu

syikin

July 10, 2010 at 7:10 pm

En Azli: Cuba bygkan mcm nilah, katakan sekarang ni en azli berjalan kat sebelah pagar yg 2 x gnda tinggi. Tiba2 ada anjing gila yg lapar kejar En Azli. Rasa2nya, possible tak boleh panjat pagar tu utk selamatkan diri? Kalau x de anjing, boleh panjat x pagar tu? …… Maksudnya, sebenarnya En azli boleh, cuma x push diri tu…… Jgn terasa tulisan saya ni, cuma nak sama2 motivate sesama kita supaya berjaya dlm bidg yg diceburi…

Sifu : Teruskan usaha anda membantu yg lain. Doakan saya juga mampu buat dlm bidang saya….

    Master Hadzrin

    July 10, 2010 at 8:59 pm

    tengok cerita “apocolipto” : bayangkan…anda disaksikan oleh beribu orang untuk melihat anda di bunuh dengan mengambil jantung dan potong kepala…. setakat pergi bercakap kat depan tidak lah setakut itu…