01
Jul

SIAPA IKON ANDA ( Sambungan semalam…PART 2)

aku di masjid nabawi

…Sambungan kisah semalam,

Saya ada beritahu pasal turunnya surah Yasin ayat 78 hingga 79 yang menyatakan kisah kejadian tulang. Yang menghidupkan tulang tersebut kali pertama, dia lah juga yang akan menghidupkan semula.

Dari surah itulah jawapan Allah pada Ubay yang mencabar Muhammad. Jawapan ini juga untuk kita apabila kita masih ragu-ragu lagi dengan kekuasaan Allah.

Pada waktu itu, Islam telah berkembang. Dari secara sembunyi-sembunyi kini usaha dakwah nya secara terang-terang. Tu yang timbulkan kemarahan Pembesar Quraisy yang belum Islam.

Mereka berbincang dan berpakat macamana nak menyekat Islam dan mereka panggil Muhammad untuk buat tawaran. Ada tawaran baru untuk Muhammad.

Orang Bukan Islam Quraisy berkata, “Wahai Muhammad, sudah bermacam-macam kami tawarkan kepada kamu tetapi tidak ada satu pun yang kamu setuju. Sekarang ni kami hendak buat tawaran lagi, tawaran ni berat bagi kami. Tetapi mudah-mudahan kita dapat kata sepakat.”

sambung mereka, “Kami lihat engkau bermati-matian dengan agama kamu , kami ingin berseru kepada kamu supaya kita selesaikan masalah antara kita. Engkau sembah Tuhan kami sehari dan kami sembah Tuhan kamu sehari. Selang-selang.”

Muhammad berkata , “Tidak.”

Mereka berbincang lagi, kemudian mereka datang lagi kepada Muhammad. “Kalau begitu kami sembah Tuhan kamu seminggu dan kamu sembah Tuhan kami sehari.”

Muhammad berkata , “Tidak.”

Mereka pulang berbincang lagi. Kali ini kata mereka , “Kami sembah Tuhan kamu setahun, kamu sembah Tuhan kami sehari sahaja.”

Muhammad tetap menolak. Dengan pertemuan ini , turun surah al-Kafirun yang lebih kurang bermaksud, “Katakanlah wahai Muhammad, ‘Hai orang-orang bukan Islam! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

Dan kamu tidak mahu menyembah Allah yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadah seperti yang kamu ibadah. Dan kamu tidak mahu beribadah seperti cara aku beribadah. Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku.”

Oleh kerana Muhammad menolak tawaran ini, Quraisy menambah lagi tekanan mereka ke atas peribadi Muhammad dan sahabat-sahabatnya yang lain. Orang yang paling kuat menyakiti Muhammad adalah jiran-jiran beliau.

Antara jiran-jiran beliau ialah Abu Lahab iaitu bapa saudaranya, Hakam Ibnu Abil Asi, Uqbah Bin Abi Mu’it dan Udai bin Hamra. Inilah jiran-jiran terdekat Muhammad.

Mereka semua sepakat menyakiti Muhammad. Semua sampah dan kotoran dari rumah mereka dibuang di hadapan rumah Muhammad. Apabila mereka menyembelih lembu, unta ataupun kambing, segala tali perut dan kotornya diletakkan di hadapan rumah Muhammad.

Walau bagaimanapun Muhammad tetap bersabar. Beliau sendiri yang membersihkan dan membuang semua sampah dan kotoran itu.

Pada suatu hari , Muhammad bin Abdullah sedang sembahyang di Kaabah. Pembesar-pembesar Quraisy melihatnya sambil mengejek beliau.

Tiba-tiba, ada orang datang menyembelih unta di Kaabah. Pembesar-pembesar Quraisy cabar mencabar antara mereka siapa yang berani mengambil perut -perut unta yang berdarah dan bernajis itu dan meletakkan di atas kepala Muhammad yang sedang sujud di Kaabah.

Uqbah bin Mu’it, jiran Muhammad bangun dan berkata. ” Aku yang akan lakukan.”

Dia pun pergi mengangkat tali-tali perut itu beserta najisnya sekali dan meletaknya di atas kepala Muhammad yang sedang sujud itu. Uqbah dan pembesar-pembesar Quraisy yang lain ketawa terbahak-bahak sambil menggoyangkan badan mereka.

Muhammad terus sujud tidak bergerak-gerak. Perut unta itu terus berada di atas kepala Muhammad yang sedang sujud itu sehinggalah Fatimah anak Muhammad lalu di situ.

Fatimah membuang kotoran di atas kepala Muhammad sambil menangis melihat ayahnya dihina dan menanggung ujian.

Apabila Muhammad bangun daripada sujudnya, beliau memerhatikan mereka semua , lantas Muhammad berdoa dan menyebut nama setiap mereka yang ada pada masa itu…

Menurut riwayat hadis, semua nama-nama yang disebutkan Muhammad dalam doanya mati terbunuh dalam perang Badar.

Subhanallah…itulah dugaan dan penghinaan yang Nabi Muhammad S.A.W. pikul demi memimpin kita ke jalan Allah. Bermati-matian berjuang pertahankan kesucian Islam untuk kita semua. Yang sentiasa memikirkan apa akan jadi pada umatnya akhir zaman yang sudah beribu tahun beliau tinggalkan.

Beliau yang sentiasa rindu kepada kita sedangkan kita tak kenal Muhammad. Tak tahu penderitaan yang beliau lalui untuk kejayaan kita di akhirat yang kekal abadi. Beliau amat risau pada umatnya yang mencintai dunia melebihi mencintai Allah.

Mengapa kita tak nampak jasa Nabi Muhammad bukan kerana kita tak tahu tapi kerana hati kita sudah buta. Kenapa orang yang seperti Donald Trump yang kita jadikan sebagai ikon?! Kenapa Falsafah Robert Kiyosaki dijadikan pegangan ?!

Menurut riwayat, kesakitan Sakratul Maut adalah lebih sakit dari 300 kali tusukan pedang ke dalam badan. Tahu kah apa doa Nabi Muhammad ketika baginda menghadapi sakratul Maut ? Baginda mohon pada Allah agar kesakitan umatnya semua ditanggung oleh baginda! Mengapa kita tidak pernah nak ingat pada Nabi Muhammad?!

Apa yang boleh kita lakukan untuk berjumpa dan bersama-sama dengan Nabi Muhammad di padang Mashyar dan meniti di titian sirat sambil dipimpin oleh Nabi Muhammad nanti ?

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, “Sesiapa yang mengikut Sunnahku maka dia mencintai aku. Sesiapa yang mencintai aku, maka dia mencintai Allah.”

Sebelum ini , kita sudah berbincang tentang amalan 7 sunnah Nabi Muhammad yang memberi kejayaan akhirat dan dunia.

Kita ingat kembali 7 sunnah tersebut :
1) Solat Tahajud tengah malam ( jam 3 ke 5 )
2) Membaca Al-Quran dan menghayati
3) Solat Subuh berjemaah di masjid atau surau
4) Sedekah
5) Solat Duha untuk membuka pintu rezeki
6) Menjaga Wuduk
7) Berzikir. Jadikan setiap pekerjaan adalah zikir.

Semoga, kita dah kenal siapa ikon kita dan kita bijak memilih jalan kejayaan. Amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

azli

July 1, 2010 at 1:22 am

salam…

alhamdulillah selepas mmbaca post ni…mereka2 yg telah menjadi ikon saya…yg sebenarnye tidak menyumbangkan ape2 manfaat dan tidak berani berkorban demi umat sejagat akan sy tolak tepi.antara mereka ni jika dibandingkan dgn nabi kite adalah seperti langit dgn bumi…mereka hanye berjuang dan berkorban hanye untuk kebahgiaan dan kesenangan sendiri dahulu….

halmy@pak Ustaz

July 1, 2010 at 2:04 am

dunia ni sempit akhirat tu amat luas…

Master Hadzrin

July 1, 2010 at 2:44 am

ya benar azli dan pak ustaz…
kalau jadikan manusia biasa sebagai ikon , kita akan jadi stress sebab nak berkejar-kejar menjadi seperti mereka.

Tetapi jika ikon kita adalah Nabi Muhammad, kita akan merasakan spiritual happiness 🙂 dan perasaan ini lah yang menjaminkan kita di kehidupan akan datang.

halmy@pak Ustaz

July 1, 2010 at 6:25 am

Ya Allah kurniakanlah kami sebagai pengikut setia nabi Muhammad saw pada awal, akhir, zahir, batin , perkataan, perbuatan, dan ibadat dan amal soleh kami…Ameen

Genji

July 1, 2010 at 8:52 am

Ameen…

azli

July 1, 2010 at 3:25 pm

takbir…takbir…takbir…