28
Jul

PENGALAMAN AHLI TENDAI (TENAGA DALAM ILLAHI)

tenaga dalamBismilahirahmanirahim.

Hari ini saya akan menghadiri program forum terbuka di Ampang Flamingo Hotel untuk mendengar taklimat daripada Ulama-ulama Malaysia dan Indonesia tentang program Dakwah Modern. Jika berkesempatan akan datang saya akan siarkan apa-apa info di blog ini.

Hari ini saya nak kongsikan pengalaman selepas belajar ilmu Tendai khususnya kerana ramai yang bertanyakan kepada saya termasuklah yang sudah mengikuti tendai peringkat dasar dengan guru lain.

Saya masih ingat lagi waktu belajar ilmu Tendai ni permulaannya memang tidak ada duit dalam tangan. Tapi kerana saya yakin ilmu yang saya nak pelajari ni ada kegunaan untuk saya suatu hari nanti, saya gadai mangga rumah.

Dari peringkat Dasar pergi ke peringkat Master dan dari Master ke peringkat Grand kemudian akhir sekali ke peringkat Super Grand Master. Peringkat demi peringkat. Kalau waktu itu saya mempunyai kewangan yang banyak, pasti saya terus ambik peringkat Super Grand Master.

Yang menariknya berlaku pada diri saya pada peringkat awal Tendai, setelah diijazahkan dan dalam proses latihan 21 hari itu, saya mendapat rezeki daripada perniagaan gaya pos saya yang pertama lebih banyak dari biasa.

Pernah satu hari saya mendapat RM600. Masa mula-mula memang saya berniaga gaya pos sahaja dan waktu itu produk saya hanyalah produk digital mengajar orang membuat design dan program home bisnes. Tak pernah ketika itu pendapatan melebihi rm200 sehari.

Dalam ilmu Tendai memang ada di terangkan kaedah fokus menggunakan indera baru kita dan kekuatan spiritual melalui media zikir. Apa yang kita lakukan setiap kali latihan ialah menghantar energy niat hajat setelah selesai berlatih.

Tapak tangan seperti mempunyai getaran elektrik. Satu cabaran buat saya setiap kali memegang kereta atau pagar rumah akan terkena kejutan elektrik. Kesan ini membuat saya derita sekejap. Ramai yang nak sangat satu perkara luar biasa tapi tak semua sanggup alami nanti.

Ada seorang murid saya yang bekerja sebagai tukang urut kini mempunyai pelanggan yang ramai. Setelah pelajari Dasar Tendai dan kini peringkat Master pula, pelanggan dia rasa luar biasa dan tak pernah selama ini tukang urut mengeluarkan getaran elektrik dari tapak tangan seperti dia.

Pada perhatian saya, ilmu tendai ini akan kita rasai apabila kita mengamalkannya. Bukan sekadar ambik ilmu kemudian tunggu lihat berlaku pada diri. ILMU + GUNA = MANFAAT BELAJAR TENDAI.

Pelbagai cara guna Tendai sebenarnya untuk lihat ilmu tendai sudah kita kuasai atau tidak. Contoh lain seperti salahisp seorang murid yang berniaga jual nasi lemak di gerai kini menghasilkan pendapatan 5 angka sebulan.

Dia memasukkan energy ke dalam nasi lemaknya dan membuatkan nasi lemaknya rasa sangat enak dan jadi terkenal sekarang. Dekat mana gerainya? Cari di Melaka.

Selain dari berniaga makan atau urut, penghasilan produk menggunakan kaedah Tendai juga dapat mengaplikasikan ilmu yang dibelajar. Ada juga yang buat produk secara komersial seperti menjual Garam Kristal untuk rawatan, jual air penawar, jual koyok dan banyak lagi produk boleh dihasilkan.

Pengalaman saya menghasilkan produk pula, setiap kali saya membuat penyalarasan pada produk itu, saya merasai getaran energy di tapak tangan dan tapak tangan menjadi panas walaupun dalam bilik air cond. Sebab itu produk yang dihasilkan dengan izin Allah mempunyai pengisian energy untuk berfungsi mengikut niat pemakai.

Pernah juga satu peristiwa waktu saya nak ke surau awal subuh berjalan kaki sejauh 3 kilometer (senaman pagi saya), ada 5 ekor anjing mengejar saya. Anjing kalau ramai memang jadi kurang ajar. Kalau ia seekor sahaja tak berani nak kacau orang. Sama lah kalau ia di dalam pagar rumah jadi kurang ajar menyalak orang.

Dengan pakai kain pelikat macam mana saya nak lari. Jadi apa yang saya buat dengan menarik nafas dan menghantar energy dengan nafas kasar ke arah anjing-anjing itu. Semuanya teberhenti dan tertolak lalu lari bertempiaran. Ada juga yang masih nak mengejar saya tapi saya beranikan diri untuk pergi kearah anjing-anjing itu.

Semuanya lari tak berani lagi. Jika anda nak tahu anda ada tendai, cuba lawan dengan anjing tapi kalau disaat anda sedari tak pasti ia berkesan atau tidak. Ia akan muncul apabila anda dalam keadaan terdesak. Sama juga seperti anda ingin cari gaduh dengan orang untuk menguji anda mempunyai iilmu atau tidak.

Tendai bukan ilmu untuk cari gaduh atau tunjuk samseng. Tapi jika disaat terdesak ia akan timbul dengan kekuatan yang luar biasa. Bagi aplikasi harian , memang boleh digunakan seperti membuat produk atau membantu usaha bisnes anda.

Aplikasi tendai akan dikongsikan melalui bengkel yang ISP anjurkan dari semasa ke semasa. Bagi yang dah ambik tendai, teruskan berlatih. Peringkat Dasar seminggu sekali sahaja memadai setelah tamat latihan 21 hari.

Bagi peringkat Grand Master ke atas, energinya akan meningkat tanpa berlatih setiap kali menggunakannya. Peringkat paling tinggi lebih mudah amalannya dan lebih tinggi level energinya.

Adakah saya menjadi Jutawan dengan Tendai? Jawapannya bukan setakat jutawan sahaja yang akan dicapai. Sekarang, ramai pakar-pakar metafizik dilahirkan dan salah seorang pakar yang Berjaya juga mungkin terdiri dari Ahli Tendai.

Adakah anda orang yang Berjaya itu?

Tinggalkan Komen Anda

*

reza

July 28, 2010 at 8:13 am

master ada buat lg tak kelas ulangan untk peringkat dasar?

    Master Hadzrin

    July 28, 2010 at 4:05 pm

    Pada hujung bulan 8 ni akan buat kelas baru. Kelas Asas Tenaga Dalam di Jalan Diplomatik Putrajaya. Yuran Hanya RM50. Ajak lah seramai yang boleh. Tempat duduk terhad.

sazzy

December 13, 2010 at 12:37 pm

sabah ada buat tak?